nuffnang

Wednesday, October 5, 2011

Selepas 19 tahun akhirnya kami jumpa semula!

Rasa macam dalam rancangan jejak kasih la pulak..macam tak percaya pun ada..

19 tahun terpisah dengan sahabat lama si Timah @ TIM ni akhirnya dapat bersua semula masa pegi miting di putrajaya minggu lepas.. mujurla jumpa semula kat fesbuk..

Pertemuan yang dirancang dalam masa yang singkat bila TIM nampak aku tweet nak ke Putrajaya bagi menghadiri mesyuarat pada hari khamis lepas.. terus dia offer nak jemput aku kat LCCT..

Aku pun macam ''ooohhh...sungguh terharu..kau betul ke ni TIM?"

Dia jawab "yup..no prob..my pleasure" 

So at the day, TIM jemput aku kat LCCT.. berpeluk cium kitaorang bila dapat berjumpa semula masa umur 30an ni.. 

Yela..last jumpa masa umo 14 tahun..masa tu kami budak skolah hingusan lagi .. aku rapat sangat ngan dia masa bersekolah di Tumpat, Kelantan ni dulu.. tu pun tak lama TIM bersekolah di situ sebab dia bertukar balik semula ke negeri asalnya di Johor..

image
Fatimah Rohaiza Rusmani a.k.a TIM..
Mujurla aku sampai awal di LCCT tu..dalam kul 12 tengahari camtu.. miting stat kul 2.30 petang.. jadi sempatla kami pegi makan makan sambil bertanya khabar memasing dan mengenang kembali cerita kawan2 lama masa sekelas dulu..

image
TIM bawak aku makan di sini.. 
sedap la makanan kat sini.. 
view pun cantik.. kat tepi tasik tuu..
image
My orange juice..


image
Char Kuew Tiaw Penang TIM punye..


image
Ciken chop ni of kos la aku yang punye ;)

Dah selesai makan dan borak panjang, TIM hantar aku ke salah sebuah bangunan Kementerian di presint 4..

Sempat lagi amik gambar bersama dalam kete dan laga laga pipi sebelum berpisah hihi..

IMG_4700
aku n Tim..
muka ku besar gedabak...
memang sah aku gemuk..huhuhu
Ok TIM.. harap kita dapat bersua lagi time aku pi miting kat Putrajaya ek.. tima kasih gak sebab sudi jemput aku dari epot, belanja makan pastu hantar ke pejabat kementerian skali..

Keep in touch tau.. :)

Luv u..mmmuaahhss


3 comments:

me suya said...

waa mesti sgt teruja kan.. nak pulak dpt jumpa member lama cam ni.. isk3..seronok!

jay said...

Best kan bila dpt jumpa member lama...

Dah la dua2 still comel lottey tak mamah dek usia, auwh...!

Rohani Hashim said...

besh x mkn kt sini???