nuffnang

Saturday, October 15, 2011

Walaupun Kalah Kelantan Tetap di Hatiku..

Tahniah kepada semua pemain Terengganu yang cemerlang menjalankan tugas masing-masing dan b_250_200_16777215_0_https___lh5.googleusercontent.com_-Q74gJ_ZYdFo_TdRmXQUv4sI_AAAAAAAAI4Y_5Tk9SN1M5-I_20110516-67.jpgterima kasih kepada semua pemain Kelantan yang bermati-matian cuba untuk mencari kemenangan namun ternyata nasib tidak menyebelahi mereka. Satu perlawanan bolasepak yang hebat dalam sejarah bolasepak Malaysia.


Musnah impian The Red Warriors ke peringkat seterusnya tidak bermakna seluruh penyokong Kelantan harus melupakan segala hasrat yang dirancang untuk musim depan. Musim depan banyak tugasan yang bakal dilalui Kelantan selaku pasukan dalam Liga Malaysia 2012 dan pasukan yang akan beraksi dalam saingan Piala AFC 2012. Keputusan malam tadi menepati ramalan Tan Sri Annuar Musa yang menjangkakan misi sukar untuk Kelantan mempertahankan Piala Malaysia setelah kehilangan mengejut tiga pemain harapannya, sehinggalah Kelantan dilupakan dengan pencapaian membanggakan oleh barisan pemain yang ada. Sabar dan tahniah kepada pengurusan The Red Warriors yang sentiasa bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan Kelantan sehingga berjaya merangkul Piala Sumbangsih, juara Liga Super dan naib juara Piala FA.

Sudah menjadi lumrah bolasepak setiap kali berlaku kekalahan mulalah dikaitkan dengan cerita rekaan kejuaraan dirancang dan mitos rasuah tanpa mengusulkan sebarang bukti yang kukuh untuk pendakwaan bagi melenyapkan terus cerita rasuah atau kejuaraan dirancang daripada terus berulang, mereka cukup sekadar menyakinkan orang ramai dengan teori idealogi mereka. Dalam bolasepak ramai umat Islam mudah lupa dengan kekuasaan yang Maha Esa apabila diuji dengan kemenangan, mereka bersyukur dan yakin kepada Allah tetapi apabila diuji dengan kekalahan, mereka yang sentiasa manis menyebut kalimah pun boleh mencipta fitnah bagi memuaskan hati yang terluka.

b_250_200_16777215_0_http___a4.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-ash4_s720x720_316799_284035968274576_257394730938700_1228992_1887142845_n.jpg
Inilah masanya untuk kita bermuhasabah diri daripada terus riak dan takbur dengan mendabik dada hanya pemain Kelantan sahaja yang terbaik dan Kelantan tidak boleh kalah serta hanya dari Kelantan sahaja yang hebat itu dan ini sehingga pasukan dan pemain lain sering diperlekehkan setiap kali mereka menyarung jersi Malaysia atau beraksi menentang Kelantan.

Kegagalan ini amat berharga bagi seorang tokoh tranformasi bolasepak seperti Tan Sri Annuar Musa yang tidak pernah kenal erti jemu dalam mengurus bolasepak Kelantan yang penuh cabaran ini. Kegagalan awal ini memberi peluang kepada Tan Sri Annuar dan pihak pengurusan KAFA mencari bakat yang mantap dan menyusun strategi rapi dalam mengharungi saingan musim depan berbanding tahun ini dimusnahkan  pada saat-saat akhir sebelum bermula Liga Super 2011.

Namun keputusan malam  tadi juga diharap dapat menjadi pengajaran berguna kepada ketua jurulatih Kelantan yang dilihat sentiasa mengekalkan 80% barisan pemain yang sama sejak sepak mula Piala Malaysia dan insiden kad merah di Terengganu berjaya membuka mata semua bahawasanya Kelantan tiada pemain gantian yang berwibawa atau yang kerap diturunkan dalam keserasian bersama kesebelasan utama. Oleh itu tidak hairanlah jika pemain senior seperti Khalid Jamlus, Danial Fadhly dan Wan Rohaimi tidak segah bekas pemain senior yang digilap Kelantan seperti Akmal Rizal dan Hairuddin Omar yang masih beraksi cemerlang bersama pasukan baru mereka.

Tiada apa yang lebih bermakna dalam bolasepak selain kesetiaan dan keyakinan penyokong sejati kepada pasukan kesayangan mereka ini. Mereka sokong bukan semasa berada di kemuncak sahaja malah turut jatuh dan bangun bersama pasukan selamanya.

Walauapapun keputusannya akan terbukti selepas ini Piala Malaysia akan hilang seri dan kemeriahan tanpa penyokong The Red Warriors. Tahniah dan terima kasih kepada seluruh penyokong The Red Warriors yang sentiasa memberi sokongan padu pada pasukan dan menghidupkan bolasepak Malaysia daripada kesunyian tanpa penyokong sejati seperti anda.

Pilihan stadium Shah Alam sebagai gelanggang final sememangnya sesuai untuk pasukan lain dan bernasib baik Kelantan gagal kerana sebesar stadium Bukit Jalil pun sukar menampung kehadiran penyokong setia Kelantan, inilah antara ayat diharap mampu mengubat kedukaan ini.

TAHNIAH DAN SYUKUR KERANA ANDA MASIH LAGI ANAK KELANTAN DA MENYAYANGI PASUKAN KELANTAN. GOMO KELATE GOMO...KELATE HEBAT SOKMO...KELATE GO ASIA 2012. GAGAL HARI INI TIDAK BERERTI KITA TEWAS SELAMANYA.

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Mode: Frust yang amat :((

Sumber:www.theredwarriors.com

4 comments:

L said...

smlam, suma membe2 L terkaku.. huhu... biasa la tue, adat main, menang ataw kalah. huhu..

nak taw nikmat dunia ? jom..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/10/6-nikmat-dunia.html

Totie@Tomy said...

sbb kita adalah sek sek kelate..hehe

JIJI YU said...

sek fan baju hitam gaans semalam..tok mutuh nyanyi

BLADE EDGE said...

assalam akak...

saya sokong tganu :-)