nuffnang

Sunday, May 5, 2013

Dah selamat mengundi!

5 Mei 2013..

Dalam pukul 11 pagi tadi aku keluar mengundi dengan adik dan encik suami. Orang agak ramai tapi mujurla kami dah semak awal awal saluran mana yang patut kami pergi so tak perlu nak beratur panjang untuk semak saluran.. terus jer ke bilik tempat mengundi. Hulur ic..calit dakwat kekal.. ambil kertas undi dan pangkah. Kemudian masukkan dalam peti undi dan siapp!!

Lepas ngundi untuk aku dan adik terus ke tempat ngundi encik suami pulak di bandar KB. Mujurla dia pun tak ambil masa yang lama untuk membuang undi..



Sebelum balik ke rumah sempat singgah restoran minum abc special dulu..

posted from Bloggeroid

Friday, April 12, 2013

Salam Jumaat



Ps: Dah lama tak update..tunggu jela mood datang semula.. huhu

posted from Bloggeroid

Wednesday, April 3, 2013

Parlimen dah Bubar!



Parlimen dengan rasminya telah dibubar pada 3 April 2013. 
Pengumuman rasmi telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak menerusi siaran langsung di semua stesen tv Malaysia pada jam 1130 pagi tadi..

Nampaknya angin pilihanraya yang bertiup kencang sebelum ini sudah semakin hampir.
Selepas ni terpulanglah kepada kita untuk menentukan semula halatuju negara yang kita cintai ini. 
Jadilah rakyat Malaysia yang bijak mengundi okeh?

p/s: Tak sabar rasanya nak memangkah undi ;) Undilah dengan bijak kerana undi anda bakal menentukan masa depan negara.. chewaahh.. sempat lagi bagi pesanan penaja tuu...