nuffnang

Friday, April 6, 2012

Petua Untuk Memiliki Bentuk Badan Menawan

Kebetulan terbaca petua ni kat fb..so aku rasa nak share dengan korang kat sini.. sementelah diri sendiri tengah diet nak turunkan berat badan yang semakin naik menjadi jadi ni.. huhuhu

1. Amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga. Jangan terikat dengan sesetengah jenis buah atau sayur. Pelbagaikan pengambilan buah-buahan.

2. Susu perlu ada dalam dalam diet harian anda. Minum sekurang-kurangnya 2 cawan susu tanpa lemak. Anda juga boleh menggantikannya dengan yoghurt atau keju.

3. Anda boleh menjamah snek tetapi pilihlah yang rendah lemak, seperti sandwich, bertih jagung ataupun popia basah.

4. Anda boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul. Masakan secara memanggang, membakar atau mengukus lebih bermanfaat.

ps: korang ada lagi petua lain yg boleh share kat sini? thanks!
Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

dh mcm2 cuba kak tp nafsu mkn tetap juara, so skrg dh malas nk diet, hihihi

me suya said...

ewah rajin diet.. org yg gemms ni xsir pulok diet,,keh3