nuffnang

Sunday, July 14, 2013

Iftar hari ke-5


Sebelum menjelang esok dan aku sendiri yang telan ailio tengok lauk pauk kat bawah ni jadi baiklah kita publish entry berbuka hari ni malam ni terusss .. boleh ? ;)

ni menu berbuka time maghrib tadi ...
aku masak kari ikan siakap, telur bungkus dan sotong celup tepung untuk anak-anak .. then add on tembikai merah dengan kuih onde-onde

Alhamdulillah .. berbaloi-baloi aku masak hari ni
anak-anak dan encik suami puji sedap dan makan bertambah-tambah ..
 bagus2x .. esok lusa kalau mama rajin mama masak lagi ek!
tu pun kalau mama korang ni rajin la..
kalau mama tak berapa nak rajin jawabnya tapau lauk kat PARAM jer la kita yek :D


telur bungkus yang tak seberapa cantik .. rupa tak menggambarkan rasa ye .. ni disebabkan kuali yang aku guna tu agak dalam dan tak sesuai untuk buat telur dadar.. nak guna pan leper tu tengok macam kecik lak.. kang tak muat nak dadar telur ni silap  haribulan jadi tebal 1 inchi telur dadar aku .. hihi

kari ikan siakap ..
ni percubaan pertama aku masak kari ikan guna ikan siakap .. mula-mula ingat nak masak stim jer ikan ni tapi bila pikir2 asyik stim jer makanya aku pun tanyala cik google masakan apa yang sesuai guna ikan dan hasilnya ... wallah!! sedap sangat masak kari pakai ikan siakap ni rupanya... dengan isinya yang lembut..ditambah dengan airtangan tukang masaknya yang sedap ... kekeke *muntoh*

sotong celup tepung .. aku guna yang instant jer ni .. beli kat supermarket jenama Pacific West ..  500gm berharga RM17 .. sedap sotong ni tau.. lembut jer isi dia ..

air sirap laici .. manis giler bibik aku bancuh .. sampai kena tambah air sejuk banyak banyak lagi baru kurang manisnya... kalau la hari2 minum air macam ni maunya aku laki bini cepat kena kencing manis >_<

Ni nak tunjuk jugak menu semalam .. nasi ayam madu pun aku yang masak tauuu ..guna resepi dari cik google jugak .. Alhamdulillah menjadi dan sedap famili kata ;)

1 comment: