nuffnang

Tuesday, August 6, 2013

Last Iftar di Luar

Salam 28 Ramadhan...

Hari ni last day aku datang kerja sebelum cuti raya. Sepanjang hari ni satu keje pun malas nak wat. Otak dah teringat pasal nak raya jer. Dok terbayang nasi dagang, sate, ketupat, tapai dan macam macam lagi yang seangkatan dengannya hihi...

Tak tau nak cerita apa kita tepek pic masa buka puasa semalam jer la ek ? Boleh ke tidok ? :D

Semalam berbuka di Hotel Perdana selepas kunjungan pertama hari tu. Kiranya last iftar di luar la ni. Kali ni pergi berkonvoi dengan famili abang nizam dan bawak ma sekali. Sementelah abang aku tu baru balik dari Yaman selepas 2 bulan berada di sana kerana belajar agama. Ma pulak takde kat rumah masa aku datang sini aritu sebab masa awal awal puasa baru ni dia ke rumah anak-anak (kakak adik aku le tu) di KL. Jadi elok la kita datang sekali lagi berjemaah meriahkan iftar di sini.. tak gitu senah? hihi

Cerita panjang-panjang tak guna beb... meh layan gambar jer la ek :)

Penuh meja... amboi mentang-mentanglah harga buffet boleh tahan mahalnya semua makanan korang nak ambik yer.. biasaaa dia tuu .. hehe


boboy kemain dengan gayanya di hujung meja tu .. macam pengerusi majlis kau nak..

cucu sejati matok .. pergi mana mana mesti nak berkepit dengan ma tok dia ni .. kena duduk dekat dekat selalu .. malam malam tido sekatil dengan matok hahah ..


Diakhiri dengan gambar tuan tanah bersama anakanda dan anak-anak saudara yang kiut miut ni
Dari kiri : yaya @ adik, wafin dan balqis

ok lah tu jer...tak koser dah nak story mory panjang2.. aku tau ramai yang dh tak bukak blog dekat2 nak raya ni .. ngeeeee


~SELAMAT HARI RAYA SEMUA!~

Saturday, August 3, 2013

Berbuka di Jeddah

Jauh benar bunyinya .. hehe

Semalam pergi berbuka kat satu restoran masakan arab ni. Restoran Jeddah namanya. Feeling mak arab betul bila makan nasi arab kat restoran yang namanya sebijik kat tanah arab gitew ..
Dalam pukul 7 dah sampai di sini . Ekeli tengahari tu aku dah pergi booking dulu. Kalau tak booking alamatnya tak dapat masuk nak berbuka la jawabnya. Memang full dengan mereka yang masing-masing nak try makanan di restoran yang baru di buka ni.. 
Kami dapat meja di tingkat atas restoran. Dalam bilik VIP tuu.. masuk-masuk meja dah siap berhidang camni..
Ni la rupa nasi arab kat sini . Yang ni nasi mandy ayam. Ada yang lauk kambing juga. Nasi kabshah pun ada. Tapi i lupa nak snap gambar. 
Salad untuk nasi. Ada 2 jenis. Yang atas ni namanya Fatoush. Sedap jugak rasanya sebab ada roti pita yang digoreng dalam tu. Krup krap krup krap i makan. Yang kat bawah ni Lebanese Greed Salad namanya. Salad campur biasa biasa jer. Ada timun, tomato dan daun salad yang digaul bersama..
 
Kuah dalca dan sambal untuk nasi
Aku order air oren dan mangga. Satu jag harganya RM15. Air mangga tu sedap. Pekat sangat..
Berbuka dengan family my sis in law .. kak efa. 
Anak-anak
Baca doa dulu sebelum berbuka yer .. boboy sila mulakan...
Menu dan harga .. for me makanan kat sini boleh tahan la sedapnya.. harga pun reasonable
     
 
 
So.. for those yang nak mencuba makanan di restoran Jeddah ni boleh la pergi ya.. i dah share semua menu, harga dan lokasi restoran ni untuk memudahkan uols.. 

~Selamat berbuka~