nuffnang

Tuesday, July 16, 2013

Cuti cuti Tok Aman Bali Beach Resort

Salam Ramadhan..

Ni cerita seminggu sebelum puasa baru ni. Kami plan nak bawa anak-anak bercuti di resort Tok Aman di Kg Semerak Daerah Pasir Puteh yang letaknya kira-kira 50km dari bandar Kota Bharu. Memandangkan cuti sekolah hari tu aku dan encik faris tak sempat nak bawa anak-anak bercuti makanya kami pun bawa la mereka bercuti di sini sebelum menjelang Ramadhan ni.. pelepas hajat budak budak nak mandi kolam katanyer ;)


Cantik sangat resort ni .. nampak sangat exklusif dengan suasana yang tenang dan jauh dari kesesakan bandar..
Ruang lobi tempat check in ..

Bilik kami. Aku mintak kat ground floor supaya senang nak akses ke kolam renang. Luas bilik ni .. yang ni jenis family room dengan 1 katil queen dan 1 single bed. Aku rikues 1 lagi extra bed untuk boboy sebab yang single bagi kat ma yang datang skali dengan kami sekeluarga.

Harga bilik? bermula dari RM198 ke atas ..

view from the toilet .. amboi, see tru kauu .. jangan lupa tarik blind tu sebelum mandi yer .. kalau tak senang-senang jer boleh tengok free show dari luar hik hik..

landskap di perkarangan resort yang sangat cantik ..

bonda ku yang vogue :)

phewittt ... berspek itam di tepi kolam gitew ..

ni aktiviti petang tu .. budak budak dan encik faris turun ke kolam tapi aku malas nak turun basahkan baju semua.. lepak tepi kolam jer dengan ma sambil makan cekedis.. hii

adik .. mengelip sampai itam kulit tu dok berendam tengah panas

eh? ni budak mana pulak yer? kami datang 2 famili sebenarnya .. my abang jea dengan familinya pun ikut sekali .. tu budak wafin dengan budak balqis yang tak reti nak naik ke darat bila jumpa air .. hehe

suka la dapat berendam yek ..



orang suruh pose dia wat lembik camtu pulak .. isshh boboy.. boboy!

1 comment:

duniaanita74.blogspot.com said...

salam ramadhan....bestnya bawa anak jejalan....cantik tempat dia...ita dah lama gila tak gi kelantan ne....ita dah follow blog yg comel ne...