nuffnang

Sunday, July 14, 2013

Iftar di Hotel Perdana KB

Assalamualaikum semua..

sebelum tu aku nak ucapkan Salam Ramadhan kepada korang semua :)
ada yang dah tinggal puasa? Kalau ada tu pandai pandai la kaver yek terutama kaum hawa yang wajib kena tinggal puasa ni. Jangan nak over sangat masak megi ke apa time bulan pose ni kang tak pasal pasal kantoi korang jugak yang malu.. kekeke :P

Persiapan raya korang caner? 
Amboii baru masuk 5 hari puasa dah kepoh pasal persiapan raya kauuu. Eh eh.. mesti la kenn.. mana bleh prepare lambat lambat.. nanti tak sempat dan bz dengan orang ramai kat shopping mall tu. Jadi haruslah kami sekeluarga membuat persiapan awal memandangkan tahun ni langsung tak menempah baju dengan tailor huhu..

shopping baju raya anak anak kat kb mall .. bajet baju raya keluarga macam biasa incik faris yang sediakan :)
tarraaa... dah dapat sorang 3 pasang .. complete dengan kasut sekali .. tersenyum simpul 2 beradik ni
lepas shopping di kb mall terus ke Hotel Perdana ni untuk berbuka.. kami sampai awal sejam dan solat asar dulu sebelum survey hidangan yang disediakan.. untuk pengetahuan uols hotel ni baru dibuka semula pada bulan Ramadhan ni selepas beberapa bulan ditutup untuk renovation *picture google*
menu special di sini .. kambing golek wajib ada ..

jom ambik gambar adik dulu .. dah cantik hotel sekarang lepas renovation ..

bersiap sedia untuk berbuka .. habis ke tu boy dan adik ? banyak nyaaa...

close up makanan di meja kami .. mujur la meja tu kecik .. kalau tak lagi penuh meja tu aku angkut semua jenis makanan .. hihi

ni mamanya yang punya ... nasi minyak  dengan lauk pauk nya.. aku ambik skit jer takut tak muat space dalam perut nak makan benda lain lagi .. eh, sikit ker camtu? haha

cis kek dan biskut .. semuanya sedap!

kiri : sagu gula melaka *sedap* kanan: gulai rusa .. aku cicah dengan roti *pun sedappp*

Segala macam kerabu *aku ambik serba skit*

kambing golek yang special iteww ..

abc boboy yang punya .. tapi budak ni tak larat dah nak makan .. last2 mama dia yang kena habiskan .. ggrrr

gulai tempoyak ikan patin .. aku tak ambik

kerabu stalls ..


rojak buah pun ada..

bahagian sup .. kambing .. tulang .. ayam .. perut .. semua ada *tapi kuah sup dia agak masin aku rasa*

kiddos yang tak sabar menunggu nak berbuka ..

ibu dan anak lelaki .. heheh

yang ni last aku makan lepas solat maghrib kat situ .. cempedak dan ubi goreng dengan popia .. nak masuk perut pun rasa macam terpaksa dah ... kenyang bangattt >_<


Harga pakej berbuka untuk dewasa RM 65 .. kanak-kanak 6 tahun ke atas RM32.50
Ekceli banyak lagi hidangan yang disediakan macam spagetthi, nasi ambeng, segala macam gulai kawah, asam pedas, aiskrim, desert dan air air.. tapi aku tak sempat nak snap semua sebab orang ramai kenn... 
Overall agak berbaloi la dengan harga pakej yang ditawarkan tu.. 
Kalau korang yang dok Kelantan ni nak cuba hidangan berbuka di hotel ni boleh call no 09-7458888 untuk tempahan..
ok..bai!

1 comment:

Cahaya Khaseh said...

byk giler menu dia..k.nur tau x berapa harga utk set??