20.10.2010..what a nice date kan? Diam tak diam rupa2nya dah 9 tahun rupanya saya melayari kehidupan berumahtangga..maknanya BERKAHWIN la tuu..dan Alhamdulillah saya bersyukur pada Allah s.w.t kerana rumahtangga saya aman bahagia hingga ke hari ini..walaupun ada la jugak kadang2 adegan masam muka dan gaduh2 manja dalam rumahtangga kami.(tapi takla sampai main piring terbang/ufo ye..) tapi biasalakan..orang kata itula adat berumahtangga..kalau takde ribut taufan, asam garam, pahit manis, masam masin bukan berkahwin la namanya..hehe..
Saya bersyukur pada tuhan kerana dikurniakan suami yang cukup memahami..walaupun kadang2 (atau sering kot) saya menjadi queen control dan memegang segala jawatan menteri dalam rumahtangga kami (pecah rahsia..hehe)..tapi en suami saya sgt rajin membantu..terutama dalam urusan rumahtangga dan anak2..beliaulah pendorong dan pembakar semangat saya (chewah..kembang le tu)..
dan hasil perkongsian hidup kami diserikan lagi dengan sepasang cahaya mata yang menyerikan hidup ini...tarraaa...
dan hasil perkongsian hidup kami diserikan lagi dengan sepasang cahaya mata yang menyerikan hidup ini...tarraaa...
Kepada en.suami..trima kasih banyak2 kerana memahami isterimu ini..terima kasih kerana sudi bersama2 saya menjaga anak2..menjaga ma dan arwah abah semasa sakit..dan terima kasih di atas segala2nya..
i love u husband and i know u love me too..
Semoga Allah memberkati rumahtangga kita selama-lamanya..amin..
No comments:
Post a Comment