nuffnang

Saturday, October 16, 2010

Abah Pergi Buat Selamanya..

Gambar terakhir bersama abah di wad 7S HUSM 7 Okt 2010 

Abah..
Kenapa abah pergi terlalu cepat.
Tinggalkan kami.. 
Sudah seminggu abah pergi jauh tak kembali.. 
Kami rindu abah..
rindu yang teramat sangat...
Masa abah menghembuskan nafas terakhir.. 
Sempat aku melihat degupan jantungnya.. 
Perlahan- lahan... Tapi kenapa abah...
Soalan yang tak patutnye aku tanya...
Kerana mempersoalkan.. 
Kejadian dan kerja Allah...





Hari- hari yang kami semua lalui tak sama seperti ketika abah masih ada.. 
Tiada lagi hari-hari bersama abah..
Kami tidak dapat lagi menyuap abah..
Terasa janggal bila tidak lagi menghantar abah ke pusat dyalisis HUSM bersama2 ma
Tidak lagi menyelimut dan pakaikan stoking abah setiap kali abah hendak tidur
Tidak lagi kedengaran suara abah minta pasangkan ubat nyamuk di kala senja
Tidak lagi kedengaran radio klasik fm kegemaran abah
Tidak lagi siapkan ubat-ubat abah setiap malam
Tidak lagi sediakan milo 'o' atau 3 in 1 kegemaran abah
Tidak lagi tolong mandikan dan pakaikan baju abah
Dan banyak lagi kenangan bersama abah..

 

Bila abah pergi..
Ma adalah orang yang paling sedih..
Seringkali ma menangis bila teringatkan abah
Ma tak boleh tengok barang2 abah
Terutama kerusi roda abah 
Dan gambar2 abah



Terlalu cepat rasanya abah pergi
Dikala semua orang masih mengasihi dan mengasihani abah
Siapa yang mengenali abah
Sudah tentu kenal dengan sikap abah
Abah seorang yang peramah
Abah suka berjenaka 
Abah tidak mementingkan hal2 keduniaan
Sungguh tidak kusangka
Pada pagi hari terakhir abah dirumah
Abah kelihatan sangat uzur
Abah lelah dan kelihatan lemah sekali
Aku terasa sungguh berat hati hendak ketempat kerja
Tapi abah suruh jua aku pergi


Bila abah ditahan dihospital malam itu
Abah kelihatan gelisah
Tidur baring abah serba tidak kena
Abah sesak nafas..doktor dan jururawat sibuk memantau abah
Abah pegang tanganku tidak mahu lepas
Abah minta air acapkali
Kadang2 percakapan abah tidak jelas
Aku memujuk abah supaya tidur dan berehat
Tapi abah nampak tak keruan..



Jam 7.30 pagi esoknya..
Bila doktor mengatakan ingin membius abah
Dan memasukkan tiub oksigen melalui hidungnya
Aku mula terasa sebak
Air mata tidak dapat dibendung lagi
Keadaan abah semakin lemah


Bila ma sampai di wad hospital
Abah segera pegang tangan ma
Abah cakap.. 'abah dah nak mati'
Jam 9.30 pagi..abah mulai kritikal
Doktor suruh hubungi semua keluarga
Semua keluarga bergegas ke hospital
Mereka bacakan yasin untuk abah
Ayat2 quran tidak putus dibaca ditelinga abah
Abah semakin lemah..
Abah mulai nazak..


Dan..tepat jam 11.36 pagi 8 oktober 2010
Denyutan nadi abah mulai lemah
Tatkala kak na sampai di katil abah
Abah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir
Abah pergi dalam suasana yang cukup tenang
Di pagi jumaat yang mulia
Pada hari terakhir bulan syawal 1431H


Abah
Kami redha dengan pemergianmu
Tidak tahan lagi melihat penderitaan abah
Saban malam abah sering sesak nafas
Abah selalu minta urutkan belakang abah
Kadang2 abah sapu 'vicks' banyak2
Sehingga nur & ma larang abah

Doa kami anak-anak 
Sentiasa bersama Abah
Semoga abah ditempatkan bersama orang2 yg soleh
Nur, Kak Na, Adik, Abg Lan, Abg Yi dan Abg Jea
Akan sentiasa mendoakan abah
Insyaallah..





Al-Fatihah buat arwah abah..
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.t
Amin ya rabbal alamin..




8 comments:

Unknown said...

tharu dan sebak tatkala mbaca bingkisan seorg ank yg ckp menyayangi abahnya...mula tfikir bgaimana kira ini yg blaku keatasku...blh ke aku setabah ini??? hrp knur tabah mhadapinya....

Unknown said...

tq wani sbb sudi singgah kt blog knur ni..sesungguhnya pemergian abah amat dirasai oleh kami sekeluarga..apapun kami Redha dgn ketentuanNya..sbg anak wani jagalah mak dan ayah baik2 selagi mereka masih ada..bila kehilangan mereka barulah terasa peritnya kehilangan org yg tersayang..apapun knur dh berpuas hati sbb dapat menjaga abah shingga akhir hayatnya..

Arenis said...

Semoga arwah abah ditempatkan bersama-sama hambaNYA yang beriman. Doa anak yg solehah akan menjaminkan syurga untuk ibu bapanya.

Puteri Nuur At-Terawis said...

takziah.

jujurnya kak nur, sue faham gapo kak nur and family rasa sebab sue dah merasainya sebelum ini. walaupun aboh dah pergi since 2007, sue tak sepenuhnya terima lagi kehilangan ini dan mungkin sampai bila-bila pun tak kot.

alfatihah.

aitotyati said...

salam kak,

sayu saya baca entry ni.

(T_T)

Anonymous said...

tiada lafaz semurni ungkapan dan untaian kata-kata dari bibir kedua orang tua kita..mereka temani kita, mereka ajari kita, mereka jaga kita..mereka dakap kita tatkala kita ketakutan..ya ALLAH, tempatkanlah arwah di dalm golongan mereka yang mendapat rahmat dan keredhaan mu ya ALLAH..

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

salam kenal sis..
sedih sy dgr..moga abah sis ditmptkn diklgn org2 beriman..amin.. al-fatihah..

me suya said...

kak nur suya baca dari mula kaknur buat blog ni. since xbanyak lagi kan entry..sempat la godek2.. kaknur, sedihkan bila dah hilang ayah. suya sama jugak cam kak nur..cuma lewat dulu.. 10thun yang lepas..masa suya masih keanak2an.. tp semua kemas dalam ingatan.. sgt kesian kan ma... 10 thun tnpa ayah.. susah senang besarkan suya dan adik2.. nak nak plak masa tu ma tengah preggy kan adik bongsu suya yg da masuk 10 thun da skunk ni.. sedeyh sgt,xleyh nk cerita :(