nuffnang

Saturday, June 25, 2011

Katak Dalam Bungkusan Nasi

image image

Aku pasti masa korang mula2 baca tajuk entry ni pun semua orang dah loya anak tekak kan?.. mana taknya.. cuba korang bayangkan.. masa uols tengah sedap sedap menikmati hidangan sebungkus nasi dengan lauk yang enak tetiba korang tertelan makhluk tuhan paling seksi yang comel ni dan…. gullppp.. masuk ke dalam anak tekak korang…errrkkk!!

Kalau la benda ni terkena kat aku sure tak lalu makan sebulan weh!!

Hakikatnya, ini lah pengalaman yang tak dapat dilupakan oleh seorang pemuda seperti yang diceritakan di dalam berita di bawah ini…

RANTAU PANJANG – Seorang lelaki di sini terkejut apabila mendapati nasi yang dibeli di sebuah kedai di pekan Rantau Panjang pagi semalam mempunyai seekor katak bersaiz ibu jari orang dewasa.

Lelaki terbabit yang mahu dikenali sebagai Faizal, 25, berkata dia kecewa kerana peniaga terbabit tidak menitik beratkan soal kebersihan ketika penyediaan makanan. Menurutnya, dia tidak melihat isi bungkusan berkenaan dan terus makan, bagaimanapun hasratnya terbantut apabila melihat objek seperti katak dalam makanan tersebut.

“Saya baru menyuap nasi ke mulut tetapi sebaik melihat objek seperti katak saya berhenti.

“Selepas mengamatinya jangkaan saya tepat, ia memang katak dan saya terus muntah,” katanya.

Faizal berkata, nasi berlaukkan daging serta sayur campur tersebut dibeli dengan harga RM3.00.
Menurutnya, dia memasukkan sendiri daging goreng ke dalam bungkusan nasi tersebut sementara sayur dicedok peniaga tersebut.

“Selepas muntah, saya tidak dapat makan, saya masih terbayang-bayang katak yang terdapat dalam bungkusan nasi itu.

“Saya percaya, katak tersebut digoreng bersama sayur campur, saya kecewa dengan apa yang berlaku dan berharap pihak kesihatan mengambil tindakan kepada peniaga yang tidak menitik beratkan soal kesihatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian Edisi Kelantan, 25 Jun 2011

Huhuhu..kesian kan? memang patut dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa la penjual ni.. eloknya dikenakan tindakan sewajarnya di atas kecuaiannya menjaga kebersihan makanan di premisnya tu..

8 comments:

JIJI YU said...

terbeliak anak tekak..

cik ayin said...

dapat saman tu yang syok...tak kesah da makanan tu..hahaha

Rtp Farra Arisha said...

huh? pengsann kejap arisha dgr. how could it be kann.

Lizan said...

adula wei....pengsan tak bangun2..

me suya said...

euwwwwww geli yg amat.. pasni reject ah rantau panjang..xsir beli nasi dah.. hahaha.. sorry gak kak nur.. suya pun jrg komen..selalu singgah baca update je.. kat ofis masa limited.. ddah balik rumah kang vitamin M tu berleluasa.. MALAS.. hahaha

cikbedahlaser said...

eee x senonoh la dorg ni...
tak fikir pon berkat tak berkat nye... makanan sesuatu yg sensitif la..
aritu.. bukan jmp dlm makanan.. jmp kt gelas mnuman.. ade taik lipas... aduhh bengang gile rasa

kakchik@ella said...

Eeeee .. kembang tekak kc.

ct N honey said...

aduhai..teruknya...