nuffnang

Friday, June 3, 2011

Cuti-cuti Malaysia

Salam semua…now bersiaran dari Kuala Lumpur..chewahh..macam jauh sangat..yela..dr kb ke kl..jauh la jugak kan? semalam bertolak, subuh tadi baru sampai.. Alhamdulillah..badan pun rasa dah semakin sihat dah..kalau tak taulah nak cakap camana..sudah pasti rancangan cuti-cuti Malaysia kali ni terbatal dan anak-anak akan majuk majuk sebab tak dapat melancong..hehe
 
Jadi esok kami dua keluarga (ai dan famili kakak) akan sama-sama berkonvoi pergi ke rumah abang sulung di Johor.. dah lama dah ekceli tak sampai  keJohor ni..seingat ai last sekali pegi Johor masa abang ai yang nombor empat tu kawin kot..lepas tu tak pegi pegi dah.. maklumlah, jauh bebenar rasanya jarak antara Johor dengan Kelantan ni.. nak pegi kali ni pun terpaksa transit di KL dulu.. kalau pegi straight dari Kelantan pun mungkin akan memakan masa perjalanan yang panjang hingga 12 jam..fuhh..tak larat!
 
Bila berjalan dengan keluarga reramai ni rasa seronok la sikit..bebudak pun ramai yang memeriahkan suasana perjalanan dan tak la kita rasa penat sangat..kan? harap-harap perjalanan kami esok lancar walaupun dah nampak dan mendengar khabar yang keadaan traffic musim cuti sekolah ni tersangatlah sibuk.. tapi nak wat camna kan.. dah memang musim cuti sekolah ni memang gitu la keadaannya.. sibuk tak sibuk, jem tak jem jalanraya atau highway tu kena la redah jugak.. dah musim orang melancong dan balik kampung berkenduri sana sini ;)
 
Alang-alang sampai Johor esok ingat nak masuk ke Singapura lah.. hehe..jadi ke tak jadi ni ek? apapun kita tungguuu dan lihat lepas sampai sana esok ;)
 
Tataaaa…..

6 comments:

Rtp Farra Arisha said...

ronda2 sakan ya kak nur hee. best bestt, plan nak singapore eh? alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pagkal lengan, rugi klo tak pergi kott, kan dah dekat jrk antara johor and sgp :)) selamat berhiburrr!

JIJI YU said...

hamboi akak..hari tu kan tak sehat.tetibe dah nak pergi SINGA laks..ehhe

Farah Shamsudin said...

seronok tu jalan2.. alang2 dah ke johor tu, sekali la ke S'pore.. bukan senang lagi nak gi kan..

Encik Suami said...

Hamboi..penat bekerja.g bercuti plak.
mesti bes kan kak? angah pun dah lama tak g bercuti.asik tekanan je buat keje.

klu ada family day..bes jugak..nie tak. jgn harap lah nak ada family day.

jemput terjah new entry (>.<) Misi Mencari Limau Purut Jantan (>.<)

kakchik@ella said...

Singapore??? Bestnyaaaaa ..

zuwaidah said...

bestnya kalau boleh lajak ke spore! udah lama tak menjejakkan kaki ke sana