nuffnang

Friday, January 25, 2013

Al Fatihah buat Jeff!

Nama sebenarnya Aziz bin Yusof tapi semua rakan sekerja menggelar dirinya Jeff. Pada mata aku dia seorang pekerja yang lurus, mudah berkira dan patuh pada arahan ketua.

Walaupun dia tidak pandai membaca dan menulis tapi kerjanya jarang tersilap. Kalau disuruh hantar surat ke 10 bahagian dalam pejabat semuanya dapat diserah dengan betul. Itulah keistimewaan jeff. Dia tidak pernah malu untuk berbasikal dalam kawasan pejabat, menyapu sampah dan sebagainya.

Bila aku ditukarkan ke bahagian lain kadangkala di datang ke bilikku semata-mata nak bertanya khabar 'bos sihat hari ni?' .. Dan aku macam biasa akan jawab 'sihat2 aje jef..sebab tu bos datang keje ni'.. Kemudian dia terus blah sambil tersengih.. Kali terakhir dia singgah ke bilik aku dalam minggu lepas.. Wajahnya agak muram dan kurang ceria..

Dan tadi selepas bawa balik si boboy dari hospital aku dikejutkan dengan wasap geng2 ofis yang menyatakan jeff sudah tiada kerana penyakit darah tinggi yang serius. Sebaik saja mendapat perkhabaran itu aku terus menghubungi isterinya dihospital husm dan bergegas ke sana. Sewaktu aku sampai jenazahnya belum dimandikan tapi telah ditutup dengan kain kapan sementara ustaz yg memandikan sampai selepas solat jumaat.

Aku hanya mampu memberi kata2 perangsang kepada isterinya supaya banyak bersabar dan redha dengan pemergian beliau. Jelas terpancar wajah pilu dan sebak isterinya..mungkin mengenangkan nasib dirinya dan dua anak mereka yang masih dibangku sekolah..

Bercerita tentang penyakitnya, kami tahu dia ada penyakit darah tinggi tapi nampak tidak begitu serius. Cuma sebulan dua lepas dia alami keuzuran hingga beberapa hari tak datang ke ofis. Kemudian nampak ok macam biasa.

Mungkin telah sampai masa beliau untuk dijemputNya. Siapa sangka kan? Itu kerja Allah dan hanya Dia yang hanya maha mengetahui!

Al Fatihah buat arwah Aziz Bin Yusof.. Aku percaya dia insan terpilih olehNya kerana dijemput dihari baik (Jumaat) dalam bulan yang baik juga (Maulidur Rasul)..

Kami akan tetap mengingatimu Jeff!



Sent from my BlackBerry Torch9800® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Unknown said...

AlFatihah...

rohayu osman said...

Al-fatihah untuk arwah.. semoga dia ditmptkan dikkalangan org2 beriman.. In Sha Allah amin...