nuffnang

Friday, June 14, 2013

Makan di Chef Lanz Restaurant


Semalam lepas drop budak budak kat kelas mengaji aku bawa mak ke restoran ni. Ni kali ke-2 aku datang ke sini . Boleh tahan cantik kedai dia. Presentation makanan pun ok tapi ari segi rasa agak kurengg kot. Insyaallah aku dengan family takkan datang lagi ke sini lepas ni. Harga makanan ok tak mahal. Tapi kalau korang rasa nak mencuba makanan di sini boleh la datang..

spagethi for my mum. Tak tau la apa mimpi dia tetiba feeling western gi order spagethi ni. Aku suggest order ciken chop jer sebab restoran ni banyak offer menu western. Tapi agaknya mak aku dah jemu makan ciken chop so dia ambik la spagethi ni. Macam biasa sos spagethi tentula rasa masam. Ada 3 biji meatball dan rasa nya so so aje. Yang tak bestnya pelayan dia angkat spagethi ni dulu sebelum air. Lama jugak kami tunggu air tu sampai. Kalau pegi kedai lain for sure dia angkat air dulu kan? ni tak .. tetiba datang spagethi sepinggan gedebuk kat meja lepas tu kau kena tunggu berjam jam lagi air nak sampai. Padahal customer tak ramai pun masa tu. Meja kami je yang ada. Memang lembab betul la...puii!

Kuetiaw kung fu aku punya. Mujur banyak lauk. Ok la.. habis ku makan :)

white coffee. Pun aku yang punya. Mak bonda order bandung cincau.
Kat bawah ni salad popia. Disebabkan rasa tak puas makan spagethi tu aku suruh la mak order menu lain.
Pilih pilih tengok gambar popia macam sedap jer. So kami order la sepinggan.
Tapi yang geramnya popia yang dia angkat ni lain pulak dengan dalam gambar. Dah la jenis popia tak masak camni pastu sos berjejer jejer pulak dalam tu dengan mayonis bagai. Makin kembang la anak tekak kami dua beranak makan .. pffttt


Encik suami yang terus menyinggah dari ofis semasa aku kat sana. Order nasi goreng ayam kat dia. Mujurla boleh tahan sedapnya. Kalau tak kesian la abang sayam ni... hek hek..

posted from Bloggeroid

1 comment:

amirah said...

interior design boleh tahan cantik..