nuffnang

Saturday, December 17, 2011

2 cerita duka

Salam..

Hari ni merupakan hari yang agak sedih dalam hidupku
ada dua cerita duka yang ingin dikongsi bersama di sini

Cerita 1:

Tengahari tadi kereta kami dilanggar semasa berada
di parking lot di sebuah pusat membeli belah
masa tu aku dan encik suami sedang membeli keperluan
dapur dan kami tidak tahu bila dan siapa yang melanggar
kereta tu.. tengok2 bila kami sampai di parking lot tu
pintu belakang kereta sebelah driver nampak kemek.. 

kemudian datang penjaga parking berbangsa India
memberi nombor telefon dan nombor kereta orang yang
melanggar kereta kami tu..

bila aku call rupa-rupanya dia seorang ustaz
tapi gaya bercakap macam tak nak mengaku dia buat salah
bincang2 dia suruh aku pegi rumah dia petang tadi
tu pun still tak nak bayar lagi gantirugi kereta kami
akhirnya kami sepakat nak ke worksyop bersama-sama
pagi esok untuk tinjau kos pembaikian kereta aku tu..
tu pun lepas suami aku cakap kalau dia tanak bertanggungjawab
kami akan guna prosedur undang2 untuk claim kos pembaikian 
kereta kami yang dia langgar tu

harap2 dia tidak lepas tangan cam tu je sebab dah terang2
dia yang salah kan.. entahlah aku pun tak paham dengan
sikap manusia ni.. tengok orang nampak alim tapi sikapnya tu..
ishh... tak payah cakap la..kang nak terkutuk dah.. 
tak pasal2 dapat dosa kering
*padahal dah terkutuk tadi kat fesbuk* :P


Cerita 2:

Masa tengah bincang pasal kereta aku kena langgar tu
terima satu sms dari sahabat rapat ku di ofis
mengatakan ibunya baru meninggal
terkejut aku sebab tak dengar pun cerita ibunya sakit tenat
kebelakangan ni.. dia bagitau ibunya masuk hospital petang
semalam akibat komplikasi darah tinggi dan jantung
pukul 5.50 petang tadi meninggal..
Lepas maghrib tadi terus aku dengan encik suami
ke rumahnya menziarahi jenazah ibunya
tergambar kesedihan yang amat di wajahnya
yang membuatku rasa turut bersedih di atas
pemergian bondanya yang tersayang

Al Fatihah buat sahabatku Ismalina Ismail
semoga beliau tabah dan banyak2 bersabar 
dengan dugaanNya yang sangat berat ini
sesungguhnya Allah lebih menyayangi ibumu Iss
semoga arwah tenang di sana dan rohnya 
ditempatkan bersama-sama orang yang soleh..

Amin..

1 comment:

me suya said...

takziah utk 2-2 situasi..so cemana kete akak hari ni?