nuffnang

Sunday, December 18, 2011

Kes eksiden semalam dah dianggap selesai..

Semalam aku ada citer kat sini pasal kete aku yang kena langgar masa parking kat satu shopping hypermart tu..

Ni pic keadaan pintu kereta kami yang kemek tu..


Nampak takde la teruk sangat kan? ok fine.. memang tak de la teruk sangat tapi bila aku dengan encik suami pegi ke workshop yang kami biasa cat kereta tu semalam dia cakap takleh cat kat sebelah pintu tu je tapi kena cat sebelah bahagian kete tu.. kalau tak warna dia tak sekata..kos cat semula makan dalam RM600 la jugak.. erk? biar betul??

yup..'U tak bleh cat sebelah pintu saja, nanti warna dia jadi tak selari.. kena cat overall side.. baru balance..' tokey cina kata..

Kasi zoom sket..
pintu kereta ku yang kemek..

Sebagaimana yang dijanjikan semalam.. pagi ni aku dengan encik suami pun bawak la kete kami ke workshop yang dicadangkan oleh ostat dan abangnya yang langgar kete kami tu.. nak tengok berapa kos pembaikian yang akan dikenakan termasuk ketuk body dan cat sebuah pintu..

Budak kat workshop tu tilik tilik kemudian gitau dia boleh buat dan siapkan dalam masa setengah hari.. ketuk body dan cat sekali dengan kos lebih kurang 200++ je..

Budak ni biar betull?? Semalam aku dengan encik faris pegi kat worksyop cina tu dia kata habis dalam 600.. tak bleh cat sebuah pintu tu je tapi kena cat semua sebelah side kete tu kalau nak bagi nampak macam baru semula.. tak boleh main cat sebelah sebelah tau tak?? bahagian atas pintu tu pun nak kena ketuk balik sebab dah tak sama macam asal kalau dilihat dari pandangan sisi..

Lagipun cina ni yang encik faris dah kenal lama.. kami memang sangat berpuas hati dengan servis dia.. kereta kami yang kecik tu pun cat kat workshop dia walau habis beribu pun tapi keje dia memang tip top..

Ni kau nak buat kete kami dengan kos 200+ camtu je? kalau aku tak puas hati kau nak bayar lagi tak?

Konpius..

Oklah.. camni, sekarang ni kami nak baiki sendiri kat tempat yang kami pilih tu.. apa apa perbezaan kos tak apalah kami bayar.. sebab kalau buat kat sini belum tentu terjamin kami puas hati dan takkan ustaz nak bayar lagi kos lain yang timbul selepas ni kan?? Sekarang ni saya minta ustaz bayar dalam 350 je la.. kira kos cat untuk sebuah pintu' kata encik Faris..

Pujuk-pujuk dia tak nak bayar jugak.. dia kata sanggup bagi RM250 je.. sebab dia pun bukan ada keje tetap..setakat ustaz sandaran kat sekolah tahfiz je..

Lama juga dok negotiate kat situ.. kalau ikutkan memang kami boleh claim je insurans dia ikut prosedur biasa tapi aku dengan encik suami malas la nak buat.. leceh dengan police report bagai.. pastu makan masa berbulan jugak nak settle semua..

Finally aku cakap 'takpela ustaz.. kira saya halalkan je la.. dah kalau ustaz cakap boleh bagi RM250 je saya terima jer la nak kata apa lagi? biarlah walau saya kena bayar sampai RM600 pun baiki kete ni akibat kete ustaz yang langgar..'

Dia hulur RM250..

En Faris pun hulur tangan dan salam... pastu kami pun blah.. malas la aku nak bincang lama-lama.. buang masa je.. dah dia pun bukannya reti nak mintak maaf sebab langgar kete orang.. buat alasan kat situ tempat parking motor.. padahal tempat kami parking tu memang semua kete dok parking elok jer bersusun kat situ..  encik faris masuk parking kat situ pun sebab budak jaga parking dok tunjuk tunjuk suh masuk parking kat situ sebab masa tu petak parking semuanya full..

Orang lain yang undur kete elok je boleh keluar tak langgar pun kete orang lain kat situ.. ni engkau undur buat alasan tak lepas sebab ada kenderaan lain kat sebelah tu.. pakai lesen beli ke apa? mata engkau tak tengok cermin ke masa undur tu? main agak2 lepas je? 
Nasib baik kete aku buatan Malaysia je.. kalau BMW ke Mercedes harus aku claim NCB insurance dia tu sampai licin.. baru puas hati..

1 comment:

ejaMaria said...

kos repair mmg mahal... sama la mcm rumah kita baru ni... kena pecah masuk... hilang tak seberapa... repair nye berganda... sabar je la... dugaan...