nuffnang

Monday, December 19, 2011

Tidur berkualiti itu penting..

Salam sejahtera, selamat pagi dan salam 1Malaysia uols!

Alhamdulillah.. pagi yang membahagiakan.. walaupun cuaca hujan dan mendung.. tapi hati ni ceria.. lalalala.. hepi la sangat.. mana taknya? pagi-pagi dah dapat SMS dari bank gitau dah gaji masyukk.. plus bonus separuh bulan skali :) ok la tu kan? lepas la untuk menampung perbelanjaan awal tahun yang agak banyak ni.. maklumlah dah ada anak-anak yang bersekolah ni perbelanjaan pun harus lebih la sikit ;)

Pagi ni nak bercerita bab tidur yang berkualiti.. tiba-tiba dapat idea nak tulis topik ni sebab semalam aku dapat tidur dengan nyenyak sekali.. Alhamdulillah.. letak kepala pukul 10 lebih terus lena dibuai mimpi.. hampir jam 12 tengah malam tu terkejut sekejap..tengok jam dan sambung tido semula sampai ke pagi..

Minggu lepas ada aku mengeluh kat blog ni sebab tak dapat tido malam.. lately aku macam dapat penyakit susah nak tido malam.. rasa macam kena penyakit imsomnia pulak.. bila terjaga tengah malam susah nak lena balik sampai 2-3 jam baru la dapat tido balik.. kesannya kepala jadi bingung sampai nak berfikir pasal kerja pun tak bleh.. fikiran rasa terganggu, susah hati, nak nanges semuanya ada.. dengan kata lain aku dah kena stress!!

Before this aku tak pernah pun kena camni.. aku tau kenapa.. puncanya lepas aku telan sejenis ubat herba yang dikatakan boleh mengurangkan berat badan yang mana aku baca kat internet orang lain makan sangat mujarab.. tapi bila aku sendiri yang beli dan telan kena kesan macam ni la pulak.. aku ingatkan simptom biasa dalam proses rawatan tapi bila face problem camni sampai berminggu dan buat aku stress serius aku give up.. semalam aku dah campak botol tu kat tepi dinding.. biar la dulu.. maybe ubat tu tak sesuai dengan metabolisme dalam badan aku ni.. nak salahkan ubat tu tak bleh jugak sebab tengok orang lain makan ok je kesan dia.. mungkin tak sesuai dengan aku kot.. hmmm..

OK, back to the topic.. the  question is 'kenapa tidur berkualiti itu penting?'

Tidur yang berkualiti baik penting bagi kita semua, muda atau tua, lelaki atau wanita. Kajian penyelidikan menunjukkan bahawa kualiti tidur kita di malam hari menentukan sama ada tubuh dan minda kita berupaya untuk berfungsi secara optimum dan cekap di siang hari. Kekurangan tidur merehatkan menyumbang kepada masalah fizikal, mental dan psikologi, seperti sentiasa kelesuan, mengantuk di siang hari, sukar untuk fokus atau menumpu kepada satu tugasan dan meningkatkan kejengkelan. Apabila kita tidak memperolehi tidur yang merehatkan, besar kemungkinan kita akan mengalami banyak masalah kesihatan lain seperti sakit kepala, penurunan prestasi memori dan fizikal, sakit belakang dan kesakitan otot. 

Menurut www.layarsukses.com mendapat tidur yang baik dan mencukupi adalah sangat penting kepada sesiapa sahaja. Banyak manfaat yang akan diperolehi dengan jika anda mendapat tidur yang baik dan mencukupi.

1) Menenangkan Fikiran Yang Banyak Masalah

Setiap hari anda pasti akan dibebani dengan pelbagai masalah dalam hidup ini. Ada masalah yang kecil, dan ada juga masalah yang besar. Itu sememangnya menjadi lumrah kehidupan seorang manusia yang tidak dapat lari dari sebarang masalah. Ianya bergantung kepada seseorang itu bagaimana mereka akan menangani masalah yang dihadapi itu.

Dengan pelbagai masalah yang dihadapi sudah tentu ia akan membebankan fikiran anda. Ada banyak perkara yang anda perlu fikiran dan mahu diselesaikan. Jadi anda perlu merehatkan fikiran anda dengan mendapat tidur yang secukupnya. Jika mendapat tidur yang cukup fikiran anda akan merasa lebih tenang. Dan anda sudah tentu akan mempunyai keyakinan dalam diri untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi apabila dapat berfikir dalam keadaan yang tenang.

2) Merehatkan Tubuh Badan Yang Keletihan

Badan kita akan merasa penat apabila banyak melakukan kerja. Waktu siang hari adalah waktu untuk anda keluar mencari rezeki bagi menampung kehidupan anda. Sudah tentu anda kadang-kadang tidak sempat untuk berehat kerana bekerja kuat untuk mencari rezeki. Apa sahaja kerja yang anda lakukan sudah tentu akan membuatkan tubuh badan anda merasa penat.

Ambillah waktu untuk merehatkan tubuh badan anda yang keletihan dengan mendapatkan tidur yang secukupnya pada waktu malam. Jangan sia-siakan waktu rehat anda di malam hari ini dengan melakukan aktiviti yang menyebabkan anda berjaga sehingga larut malam. Elakkan dari menonton televisyen sehingga larut malam. Akibatnya, tubuh badan anda akan bertambah penat jika tidak mendapat tidur yang mencukupi.

3) Mengembalikan Semula Tenaga

Tenaga yang ada dalam diri kita pasti akan berkurang apabila kita banyak melakukan kerja. Biasalah semakin banyak anda melakukan kerja mesti tenaga banyak digunakan. Sudah tentu tenaga anda akan semakin berkurang. Takkan  la tenaga akan semakin bertambah kan?

Tidur adalah masa terbaik untuk berehat dan mengembalikan tenaga dalam diri kita. Satu amalan tidur yang baik adalah tidur sekejap pada waktu tengahari akan dapat mengembalikan tenaga anda untuk terus bekerja dalam keadaan yang baik sehingga ke petang. Pada waktu malam pula adalah waktu yang paling baik untuk memulihkan tenaga dalam diri anda supaya dapat memulakan hari baru pada keesokannya berada dalam keadaan yang kembali bertenaga.

4) Mengembalikan Semangat Baru

Apabila berlalunya masa seharian banyak perkara yang anda lakukan untuk menghabiskan aktiviti harian anda. Setiap perkara yang anda lakukan pasti akan meninggalkan kesan kepada diri anda. Ada yang meninggalkan kesan baik dan ada juga yang meninggalkan kesan negatif.

Biasanya semangat seseorang akan mulai pudar jika mereka berada dalam keadaan yang letih dan penat. Ini kerana apabila tubuh badan berada dalam keadaan yang penat, ia akan mempengaruhi fikiran anda. Fikiran anda yang lemah akan menyebabkan semangat anda juga semakin berkurangan. Jadi, untuk mengembalikan semangat dalam diri anda maka anda perlulah mendapatkan rehat yang secukupnya. Ambillah masa rehat pada waktu malam untuk dapatkan tidur yang cukup supaya apabila anda bangun pada keesokannya anda akan mendapat semangat yang baru.

5) Mengatasi Stress Dalam Diri

Stress ataupun tekanan yang muncul dalam diri seseorang adalah disebabkan oleh masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian mereka. Contoh masalah yang biasa dihadapi adalah masalah kewangan, masalah perkerjaan, masalah pelajaran, hubungan dengan pasangan masing-masing dan banyak lagi.

Ada banyak cara untuk anda menangani stress yang berlaku dalam diri anda. Salah satu cara untuk mengurangkan stress adalah dengan mendapatkan tidur yang cukup. Tidur adalah penting bagi merehatkan badan dan fikiran anda. Apabila mendapat tidur yang mencukupi, badan dan otak anda akan dapat berfungsi dengan baik. Jika kedua-dua ini dapat berfungsi dengan baik, ia akan mampu memberikan satu kekuatan yang hebat dalam diri anda yang akan dapat membantu anda menangani masalah stress yang anda hadapi.

6) Mengelakkan Masalah Sakit Kepala

Apabila tidak mendapat tidur yang cukup, masalah utama yang boleh berlaku adalah masalah sakit kepala. Namun awas, jangan terlebih tidur dalam tempoh masa yang agak lama. Tidur yang terlalu lama juga tidak baik untuk kesihatan anda. Terlebih tidur menyebabkan anda akan bangun dalam keadaan yang tidak bermaya, letih dan kurang semangat seterusnya menyebabkan anda sakit kepala.

Waktu tidur yang ideal bagi seseorang adalah diantara 6-7 jam pada malam harinya. Ianya bergantung kepada  keperluan seseorang individu itu juga. Apabila mendapat tidur yang cukup anda akan bangun dalam keadaan yang segar dan dapat mengelakkan dari mendapat sakit kepala. Disamping itu mendapat tidur yang cukup adalah penting untuk mengelakkan diri anda dari sebarang masalah penyakit lain yang boleh berlaku berpunca dari masalah tidur anda.

Sebagai kesimpulan, kita hendaklah menjaga kesihatan diri kita dengan mendapat tidur yang secukupnya supaya dapat memberikan kebahagiaan dalam hidup kita. Manfaatkan waktu tidur yang kita ada dengan sebaik-baiknya supaya ia tidak akan membawa sebarang masalah kepada diri kita di kemudian hari.

3 comments:

kurus said...

ye dik kalau anak2 memang kena pastikan mereka dpt tidur secukupnya , kalau tidak kesian dlm kelas nampak sgt ngantuk nye

kalau kita dewasa kira ok lagi kan ..
hurmm bab makan herba kurus tuu .. diluar sana memang banyak produk tapi memang kena hati2 kalau melibatkan wajah , toksah lah teruskan makan .. bahaya dik ,...

aanie said...

herba tu mmg blh buat x leh tido kot...

mama adaman said...

Princess.. ngape telan ubat kurus... u takde aa gemuk pun..hati2x tau ambik ubat ....