nuffnang

Monday, August 1, 2011

Puasa Ramadhan Pertama Adik..

Update lelaju lepas berbuka.. Kejap lagi nak gi tarawih..

Alhamdulillah..
Usailah sudah puasa 1Ramadhan hari ni.. Berbuka dengan menu ala kadar je.. Semuanya dibeli di gerai jiran kat sebelah rumah ni..

Paling mengujakan pada hari pertama puasa tahun ni ialah kerana adik, 6 tahun telah mula belajar berpuasa. Mama ingatkan dia dah tak larat dah nak habiskan puasa hari ni sebab masa mama kejutkan dia bangun sahur tadi punya la berat dia nak bangun. Pastu makan sahur pun setakat dua suap jer..kemudian minum air seteguk.

Lepas sahur tu terus sambung tidur dan bila mama kejutkan untuk ke sekolah jam 7pagi tadi dia buat tak leh bangun dah.. Dan terjadilah peristiwa ponteng sekolah pada hari ini.. Hihi..

Tapi puasa adik memang tip top la hari ni.. Dia tak de pulak merungut lapar ke.. Dahaga ke.. Petang tadi siap main basikal lagi.. Sampai berpeluh peluh..

Bila tiba waktu berbuka.. Terus tak sabar mengadap nasi dan kuih puding gula hangus sama biji nangka.. Di bantainya makan sungguh sungguh lepas je azan kedengaran..hehe

Mama, papa dengan matok bagi upah seringgit sorang kat adik sebagai hadiah berpuasa penuh hari ni..seronok bangat dia..

Now semua bersiap siap nak ke surau untuk tarawih pulak.. Semalam pun adik dan boboy dah ikut mama, papa sama matok pegi tarawih.. Hari ni pun nak pegi lagi..

Alhamdulillah.. Mama bangga dengan anak anak mama ni.. Puasa, solat semua dah pandai.. Syukurlah.. Thanks Allah..






Published with Blogger-droid v1.7.4

4 comments:

JIJI YU said...

alhamdulillah..moga2 mereka menjadi saham hingga keakhirat nanti

~izan~ said...

bagus adik.. nanti esok puasa lg k =)

Rtp Farra Arisha said...

tahniaaahhhh adik comel kerna dah pandai bljr puasa penuh. hehe :)
arisha ucapkan selamat berpuasa buat kak nur and familyyy!

Hannan said...

selamat berpuasa nur