nuffnang

Sunday, August 28, 2011

Ucapan Selamat Hari Raya

Sir lump mad hurry rare year ideal fit tree moo lee year, ma half za hair bar teen two loose dairy hearty young eek class! Sorry... I baroo je makern almond London tu yg i jd macerm innew muahahhaha.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 27, 2011

Dua Hari Lagi..

Kita akan menyambut
Hari kebesaran dan hari
Kemenangan umat Islam
Diseluruh dunia ini
Kerana telah berjaya
Menjalani ibadah berpuasa
Dengan sempurna

Syukur padamu Ya Allah
Kerana memberi kesempatan
Kepada kami untuk
menyambutnya sekali lagi
Pada tahun ini

Dikesempatan ini
Saya menyusun jari
Memohon ampun dan
Maaf andai ada tersilap kata
Terkasar bahasa
Terguris rasa
Selama kita semua
Saling mengenali
Samada di dunia nyata
Dan di dunia maya ini

SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI KEPADA
SEMUA SAHABAT DAN
SAUDARA MARA TAK
KIRA DIMANA ANDA
BERADA..AMPUN DAN
MAAF DIPINTA DARI SAYA
SEKELUARGA..
NUR, FARIS, ADIB DAN ADRIANA..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 26, 2011

Ngok btul..hehe

Seorang pendengar menelefon penyampai radio

Pendengar : hello,sy nk buat ucapan.
Penyampai : ye sila kan.
Pendengar : saya nk buat ucapan untuk ayah yg tengah basuh kereta, mak yg tengah memasak, abang yg sedang tengok tv dan kakak yg sedang angkat kain di luar.. dengan ucapan.. TENGAH BUAT APA TU =D X_X =)) radio kita


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 24, 2011

Lawak Bangang

Berkatalah si A,'Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.
Pufff ........!! dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si A.

Berkata si B, 'Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.'
Pufff .......... !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B.

Berkata pula si C,'Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan janganganggu aku selama 10 tahun.'
Pufff ........... !! dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan si C.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan.

Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak boleh kerana tidak sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu dengan perempuan.
Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka
keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit kerana hari-hari
mabuk-mabuk. Jalan pun terhuyung-huyung.
Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !!

Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluardalam keadaan sehat walafiat dan terus MENAMPAR si jin sambil memaki si jin.

Dia berkata: JIN BOODOH!! ...!!!! MANCISNYA MANA ...???!!!

MORAL : 'Rokok Tidak akan berbahaya, sepanjang tidak ada mancisnya. Huhu
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 21, 2011

Program Ihya Ramadhan

Sedang berada majlis ini sekarang..

Mengikuti program penghayatan bulan ramadhan yang diadakan setiap minggu di pejabat..

Alhamdulillah..sambutan yang diterima sangat menggalakkan..

P/S: I'm the organizer of the programme :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan ke-17

Dah habis makan baru teringat nak ambik gambar..hehe

Alhamdulillah..

Dah kenyang berbuka dengan menu soto ayam.. Hari ni berbuka kat umah abang aku..sambil sambut besday anaknya si wardina waffin yang dah masuk umur 7 tahun.. Dah namanya bulan puasa so takdelah nak buatan sambutan yang meriah bagai.. Cukupla panggil kami satu famili dengan mak datang berbuka puasa dan makan kek dirumahnya..

Apapun terima kasih banyak2 ye tuan rumah..soto tu sedap..bertambah tambah kami makan..lain kali jemputla lagi..hari hari pun boleh :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Salam Nuzul Quran

Hari ni 17 Ramadhan 1432 Hijrah bersamaan 17 Ogos 2011 Masihi..

Salam Nuzul Quran ..

سم الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Firman Allah s.w.t : "Dan mereka yg telah Kami berikan Kitab kemudian mereka membacanya dgn bacaan yg sebenarnya, mereka itulah yg beriman dengannya. Barang siapa yg ingkar terhadapnya mereka itulah org² yg rugi."
(Surah Al-Baqarah ayat 121)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 16, 2011

Sebelum Berbuka..

Entry sebelum berbuka..

Kalau semalam berbuka kat luar hari ni haruslah makan di rumah pula.. macam biasa my mom dah siap masak lauk pauk masa aku pegi keje.. Balik umah bukak tudung saji dan goyang kaki je la jawabnya.. memang sesuaii la dengan aku yang tak berapa rajin ni *menantu sapa la ni hehe*

Petang ni makan ala kadar je la (gambo takde ye) sebab encik suami berbuka kat luar dengan ofismate tempat dia keje. Jadi takde menu special bagai.. Lagipun semalam dah keluar berbuka di luar satu family makan chicken chop gitu...mmmmmm

5 minit lagi nak azan.. Sabar ye anak-anak.. Jom duduk kat meja..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 13, 2011

Ramadhan ke-12

Gambar masa berbuka semalam..

Sempat bawa anak anak berbuka makan kat kfc je lepas shopping baju raya..

Nasib baik sempat dapat tempat duduk.. Tu pun pegi 'chop' seawal pukul 6 petang lagi :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Soalan bodoh yg tak patut dijawab

We never knew or we never learn how stupid questions we ask every single day of our routine life :)

Bila org nampak ko baring tutup mata:
S: Ko tidur ke?
J: Tak la, aku training mcm mana nk mati nnt..
...
2. Imagine ko bawa tv ko yg rosak jmpe technician sroh repair, dia mst tanya gak:
S: nk repair tv ke?
J: Tak la,aku bosan2,so sje aku bawa tv ni jln2 sini.

3. Bila time hujan kwn ko nampak ko kluar,dia tanya:
S: Ko kluar time hujan ni?
J: Eh tak la,hujan nanti baru aku kluar.=-?

4. Time ko baru bangun tidur, trus si bodo tanya ko:
S: Ko dh bangun?
J: Ish, aku tgh tidur sambil jalan la bodo!(=|

5. Kawan ko call fon ruma ko:
S: Mana ko?
J: Sini bus stop!:/

6. Diorang nampak ko kluar dari bilik mandi basah2:
S: Ko baru mandi ke?
J: Manada, aku jatuh dlm lubang jamban td! :&

7. Ko bediri tggu lift di tingkat paling bawah skali, diorang tanya:
S: Going up kah?
J: Eh tak la,aku tgh tunggu apartment aku turun bwh ni. (y)

8. Boyfren ko g ruma ko bawa 1jambak bunga. And ko lg mau tanya dia:
S: Eeeh,bunga ke tu?
J: Tak la Ling! Paku-pakis dgn kubis la ni.X_X

9. Ko di dlm toilet, pintu bekunci, ada gak org ketuk pintu n dia tanya:
S: Ada orang tak?
J: (Suara Kiut)mne de orang! Taik yang becakap ni!!! >:/:x Bikin panas tu soalan..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 12, 2011

Shopping Raya

Tengah shopping baju raya
Anak anak.. Ramai gila
Orang kat shopping mall
Ni weh.. Tapi mujurla
Belum sampai tahap
Berasak asak lagi
Memasing dok sibuk
Cari pakaian anak anak
Untuk raya ni

Lepas jumaat tadi terus
Zasss ke sini cepat cepat
Nak parking pun susah woo
Tapi gitula suasana raya
Baru la heaven kan?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anak anak demam

Salam Jumaat..

Update kat atas katil..ssshhh
Biasala hari jumaat kan
Suka benar bangun lambat
Sib baik dah kawin
Kalau tak, takde orang nak wat menantu.. Hehe

Malam tadi tetiba adik dengan boboy menunjukkan tanda
Nak kena demam selsema
Tertiba memasing dok bersin
Dan hidung tersumbat
Cepat2 aku suapkan ubat
Takut melarat pulak

Risau betul dengan keadaan
Sekarang.. Tambah2 dibulan
Ramadhan ni.. Si boboy lak
Minggu depan dah nak mengadap exam di sekolah

Pagi ni nampak dah ok skit kedua duanya.. Mujurlah
Kalau tak kena kensel planning nak gi shopping raya petang ni.. Baju raya tak beli
Apapun lagi ni..maunya bertangguh sampai nak raya esok sure ramai gila orang kat kb mall tuh.. Tak larat aku nak beratur dan berebut memilih baju anak anak..haish..

Adik dibenarkan untuk tidak berpuasa hari ni..
Boboy nampaknya boleh berpuasa lagi.. Harapnya boleh bertahan sampai ke petang.. Lagipun mamanya ni dah janji nak bawa berbuka di luar petang ni..

Oklah..
Semua berpuasa untuk uols
Thanx sudi baca :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 11, 2011

Air Soya Jalanan

Baru pukul 12.45 tengahari..
Pembekal dah letak air soya
Diatas meja peniaga di tepi jalan.. Aku heran takde pulak orang nak curi air-air tu ye? Hehe...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Hari hari gini la rutinnya
Pukul 12.45 dah keluar ofis
Pergi ke sekolah si adik dulu
Kemudian pusing seround
Pergi sekolah abang lak..

Penat? Letih?
Takde istilah tu dalam
Kamus hidup kita sebagai
Ibu kepada anak anak
Sebab rasa bertanggungjawab dan
Kasih sayang yang menebal
Dalam diri kepada anak anak
Menjadikan kita seorang ibu
Yang tidak berkira dalam
Menjalankan tugas sebagai
Ibu, mak, mama, umi dan sebagainya..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 10, 2011

Entry Senyum Pisang:1001 Kuih

Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik= Kuih Sampreeeeettttt
Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram= Kuih Makmur
Kuih paling lembap= Kuih Siput=))

Hehe.. Amacam? Ada korang senyum-senyum atau gelak-gelak? ^-^
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ramadhan ke-9

Asal lepas berbuka jer
Mata terus ngantuk
Sampai takleh nak celik

Nak wat camana..
Dah time berbuka
Dia makan sampai tak
Hengat doniaa..hehe
Pastu terus bertukar
Cam ular sawa
Dok berlengkar
Setempat sampai
Takleh bangun..

P/s: Padahal orang tu tak pose pun.. Dapat lesen besar ;) *ssshhhhh*
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wordless wednesday

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 6, 2011

Ramadhan ke-6: Juadah Berbuka

Salam Ramadhan..Bulan Ramadhan ni tak sah rasanya kalau takde post pasal juadah berbuka tetiap hari.. ni saja jer nak bagi korang telan air liur sebelum berbuka.. tapi kena la tengok dulu sebab kalau tengok gerenti korang menyesal tapi kalau tak tengok lagilaaa menyesal.. heheh

ni dia menu special kat rumah akak arini..

image

tomyam seafood…

image

siakap sweet sour

memandangkan semalam dah beli segala bagai kat bazar ramadhan, jadi hari ni harusla memasak pula.. sebab kalau tetiap ari asyik beli jer terasa bosan la pulak .. tak tau nak pilih yang mana walaupun pelbagai juadah dijual di pasar ramadhan tu kan?

ada lagi menu special yang in da making oleh mak bonda di dapur tu.. tengah berketung ketang dengan sudip dan kuali menggoreng udang celup tepung sama ayam goreng madu.. hari ni memang menu pilihan bertaraf restoran lima bintang la jugak..  lagipun adik yang dok di kl baru jer sampai tengahari tadi.. jadi haruslah berkumpul reramai di rumah bonda ni termasuk abang dan keluarganya =)

oh, ya! ada lagi menu special yang akak wat sendiri ari ni tau…

image

*googles*

puding triffle… mmmmmm… tak sabar nak rasa yang buat sendiri ni.. harap2 sedap dan menjadi lah..

eh? dah nak dekat waktu berbuka dah ni… air kat meja belum siap lagi.. moh ler kita ;)

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday: Kematian

image ~googles~

Semasa bangun bersahur dinihari tadi tiba-tiba aku dikejutkan dengan berita kematian ayah ex-staff di di pejabatku..

terus bergegas ke rumah beliau pagi tadi untuk menziarahi jenazah..

Al Fatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat.

Tuesday, August 2, 2011

KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TERAWIH

Assalamualaikum buat semua teman2,rakan taulan serta saudara mara tercinta,marilah sama2 kita mengambil iktibar daripada sedikit ilmu untuk dikongsi bersama di bulan Ramadhan yang indah dan mulia ini.Saya menyedari  yang saya bukan seorang yang layak untuk berdakwah tetapi sekadar berkongsi ilmu yang dibaca. Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (a.s) daripada Rasulullah saw sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi saw tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadhan:

Malam  1  -  Keluar dosa-dosa orang Mukmin pada malam pertama sepertimana ia bari dilahirkan dan mendapat keampunan dari Allah.

Malam  2  -  Diampunkan dosa-dosa orang Mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).

Malam  3  -  Berseru Malaikat di bawah arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam  4  -  Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, injil dan al-Quran.

Malam  5  -  Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam  6  -  Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat -malaikat yang tawaf di Baitu Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf),serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam  7  -  Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissaalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam  8  -  Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana  yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam  9  -  Allah kurniakan pahala dan dinaikkkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad  saw.

Malam  10 - Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam  11-  Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam  12-  Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam  13-  Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa darip[ada setiap kejahatan dan keburukan.

Malam  14-  Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam  15-  Semua Malaikat yang menanggung arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam  16-  Allah Subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam  17-  Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala-pahala Nabi-nabi.

Malam  18-  Seru Malaikat: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau(yang masih hidup atau mati).

Malam  19-  Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam  20-  Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam  21-  Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada Nur.

Malam  22-  Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam  23-  Allah Subhanahuwata'ala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur.

Malam  24-  Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam  25-  Allah Taala angkatkan  daripadanya siksa kubur.

Malam  26-  Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam  27-  Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas di atas Titian SirotulMustaqim seperti kilat menyambar.

Malam  28-  Allah subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam  29-  Allah Subhanahuwata'ala  kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam  30-  Allah suhanahuwata'ala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yangg teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Wahai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila,serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad saw yang bernama 'Al-Kauthar".

Sabda Nabi saw:"Bulan Rejab bulan Allah, Bulan syaaban bulanku dan Bulan ramadhan bulan umatku" .(Al-Hadith)

                                                                                       Wassalam

PETIKAN DARIPADA BUKU FAZILAT BULAN REJAB SYAABAN RAMADHAN-BUDIMAN RADZI

Monday, August 1, 2011

Puasa Ramadhan Pertama Adik..

Update lelaju lepas berbuka.. Kejap lagi nak gi tarawih..

Alhamdulillah..
Usailah sudah puasa 1Ramadhan hari ni.. Berbuka dengan menu ala kadar je.. Semuanya dibeli di gerai jiran kat sebelah rumah ni..

Paling mengujakan pada hari pertama puasa tahun ni ialah kerana adik, 6 tahun telah mula belajar berpuasa. Mama ingatkan dia dah tak larat dah nak habiskan puasa hari ni sebab masa mama kejutkan dia bangun sahur tadi punya la berat dia nak bangun. Pastu makan sahur pun setakat dua suap jer..kemudian minum air seteguk.

Lepas sahur tu terus sambung tidur dan bila mama kejutkan untuk ke sekolah jam 7pagi tadi dia buat tak leh bangun dah.. Dan terjadilah peristiwa ponteng sekolah pada hari ini.. Hihi..

Tapi puasa adik memang tip top la hari ni.. Dia tak de pulak merungut lapar ke.. Dahaga ke.. Petang tadi siap main basikal lagi.. Sampai berpeluh peluh..

Bila tiba waktu berbuka.. Terus tak sabar mengadap nasi dan kuih puding gula hangus sama biji nangka.. Di bantainya makan sungguh sungguh lepas je azan kedengaran..hehe

Mama, papa dengan matok bagi upah seringgit sorang kat adik sebagai hadiah berpuasa penuh hari ni..seronok bangat dia..

Now semua bersiap siap nak ke surau untuk tarawih pulak.. Semalam pun adik dan boboy dah ikut mama, papa sama matok pegi tarawih.. Hari ni pun nak pegi lagi..

Alhamdulillah.. Mama bangga dengan anak anak mama ni.. Puasa, solat semua dah pandai.. Syukurlah.. Thanks Allah..






Published with Blogger-droid v1.7.4

Salam Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua…

Alhamdulillah .. bermula pada hari ini semua umat Islam telah mula menunaikan kewajipan terhadap rukun Islam yang ketiga ni. Harap-harap takde yang kantoi pagi ni ek.. sahur apa korang semalam? kita sahur ngan nasik panas lauk ayam goreng je.. masak ayam goreng.. pastu letak minyak lebih sket dengan bawang besar.. lebih kurang camni la rupa dia ..

image

~googles~

hehe.. dah ada yang telan air liur ke pepagi ni? aku nyer perut pun dah bunyi ni woooo… kreoookk… krekkk… kroookkk krekkk… layan kan je la.. hehe

Bulan puasa ni semua slow je kan.. buat keje slow.. jalan pun slow.. pendek kata buat keje ibarat tak makan lah .. eh? ada ke yang cam tu? jangannnnnn… jangan ye kengkawan… berpuasa bukanlah alasan untuk kita bermalas-malasan dan djadikan alasan penat sampai takleh wat keje.. sepatutnya di bulan puasa ni la kita tingkatkan aktiviti kita dan cuba perbanyakkan amal ibadah.. tak gitu? *tetiba jadi ustazah*