nuffnang

Friday, April 1, 2011

April Fool = Hari Menipu?

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah jumaat lagi.. hari ni 1 April kan? aku baru perasan bila ada member ucap selamat 1 april tadi.. mungkin ada yang menganggap tarikh ni ‘special’.. sebab dah familiar dengan permainan APRIL FOOL tu.. sejujurnya aku sendiri pun tak tau apa makna april fool ni.. yang aku paham pada hari April Fool yang diagung-agungkan oleh orang barat ni adalah hari yang dibolehkan untuk kita menipu atau membohongi seseorang.. ye ke?

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine’s Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Rasanya sebagai umat Islam tidak perlu lah kita menyambut budaya barat yang tidak berfaedah ini. Elok la kita sambut hari yang mulia seperti hari ini (Jumaat ini) dengan perbanyakkan selawat ke Nabi s.a dan bersedekah Al Fatihah kepada saudara mara kita yang telah pergi mengadap ilahi..

renung-renungkan dan… selamat beramal!

PN: tetiba jadi ustazah :)

3 comments:

emarieys said...

dulu ada juga buat2 kacau time april fool. ni...sebab tak tahu benda ini salah...skrg hanya berlalu tanpa apa2..

Misz-ella said...

tak suka April Fool sebab pada kc ianya lebih tepat lagi dikategorikan sebagai hari mengenakan org.

-Sara- said...

april fool ni budaya barat..mende2 xelok ni xyahlah kite ikot..xde pekdahnye pon kan :)