nuffnang

Thursday, April 28, 2011

Kembali Bersiaran..Selamat Hari Pekerja!

Salam semua.. lama betul ai tak online. RIndu sama ini blog. Kita busy la uols. Bizi dengan kerja yang membuatkan kita rasa letih dan stress. Badan penat otak letih.. sampai kita takde idea nak update apa kat blog ni. Time ofis kita sibuk. Nak main internet pun tak berapa sempat.. lagipun kalau kita online nanti anak buah kita tengok kata apa pulak kan? petang2 kita sampai rumah dekat nak maghrib.. mandi, makan dan hantar anak-anak pegi ngaji.. pastu rehatkan badan. Bukak internet pun kita jeling fb je. Blog kita sendiri ni pun pandang sipi-sipi je.. apa lagi nak jenguk blog kawan2 memang tak larat dah.. tu belum bab kita rasa letihh sangat nak menaip sampai takde idea nak update apa.. jadi terpaksa la kita biarkan blog ni bersawang seketika..huhu.. sian kan?

Sejak bertugas di bahagian latihan ni memang ai semakin bizi.. maklumlah, program latihan bersusun mengikut jadual yang diatur.. lepas satu satu program yang dirancang dijalankan.. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. walaupun penat tapi kita rasa sangat berpuas hati sebab dapat memberikan ‘sesuatu’ kepada pegawai-pegawai di jabatan..dan paling bermakna bila mereka mengucapkan terima kasih kerana memberikan ilmu kepada mereka untuk bekerja dengan lebih berkompeten pada masa akan datang :)

Duduk kat unit latihan ni camtu la.. kadang-kadang masa sendiri terpaksa dikorbankan.. keje sampai lewat petang (macam ai memang tak dapat OT la sebab kita kat level Pegawai Kumpulan Profesional..huk~).. hari minggu pun pegi keje juga bersama-sama staf..tgk apa yang patut disempurnakan menjelang program yang akan dijalankan.. pendek kata selagi ada bajet, selagi tu la kita takleh dok diam.. keje..keje.. keje..

Apapun kita berpuas hati dan gembira dengan tugas kita.. apa yang kita buat kita ikhlas.. lagipun kita sentiasa berpegang pada slogan perkhidmatan  awam iaitu ‘SAYA YANG MENURUT PERINTAH’ dan ‘BERKHIDMAT KERANA NEGARA’.. chewaahh.. macam baik jer kan? hihi..

Minggu ni paling best sebab cuti weekend 2 hari start esok ditambah pula dengan 1 hari cuti sempena hari buruh kepada semua pekerja di seluruh Malaysia.. jadi kita pun nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA kepada semua kawan-kawan yang bekerja ya, pesanan dari penaja > Bekerja Biar la Ikhlas, Insyaallah Kelak Kita akan Mendapat Ganjaran yang Setimpal DariNYa.. Selamat Bercuti ^_^

4 comments:

maria_m0hamadiah said...

waktu keje la waktu yang sibuk. nasib baik single dan study..:P
btw, makcik dah folo.. thanks for folo makcik..

nkara said...

hai kak nur,

saya pun dulu pernah kerja di seksyen latihan. memang penat sebab banyak kursus dan program kena handle. skrg buat servis pulak. lg challenging...

selamat hari pekerja! (:

Amirah Adnan said...

selamat hari pekerja kak nur!

tokwan muda said...

wahhh seronoknye akak dah keje...akak keje ape yerk...selamat hari pekerja 1mei nnti hehehe