nuffnang

Tuesday, August 2, 2011

KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TERAWIH

Assalamualaikum buat semua teman2,rakan taulan serta saudara mara tercinta,marilah sama2 kita mengambil iktibar daripada sedikit ilmu untuk dikongsi bersama di bulan Ramadhan yang indah dan mulia ini.Saya menyedari  yang saya bukan seorang yang layak untuk berdakwah tetapi sekadar berkongsi ilmu yang dibaca. Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (a.s) daripada Rasulullah saw sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi saw tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadhan:

Malam  1  -  Keluar dosa-dosa orang Mukmin pada malam pertama sepertimana ia bari dilahirkan dan mendapat keampunan dari Allah.

Malam  2  -  Diampunkan dosa-dosa orang Mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).

Malam  3  -  Berseru Malaikat di bawah arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam  4  -  Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, injil dan al-Quran.

Malam  5  -  Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam  6  -  Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat -malaikat yang tawaf di Baitu Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf),serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam  7  -  Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissaalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam  8  -  Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana  yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam  9  -  Allah kurniakan pahala dan dinaikkkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad  saw.

Malam  10 - Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam  11-  Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam  12-  Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam  13-  Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa darip[ada setiap kejahatan dan keburukan.

Malam  14-  Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam  15-  Semua Malaikat yang menanggung arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam  16-  Allah Subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam  17-  Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala-pahala Nabi-nabi.

Malam  18-  Seru Malaikat: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau(yang masih hidup atau mati).

Malam  19-  Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam  20-  Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam  21-  Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada Nur.

Malam  22-  Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam  23-  Allah Subhanahuwata'ala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur.

Malam  24-  Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam  25-  Allah Taala angkatkan  daripadanya siksa kubur.

Malam  26-  Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam  27-  Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas di atas Titian SirotulMustaqim seperti kilat menyambar.

Malam  28-  Allah subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam  29-  Allah Subhanahuwata'ala  kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam  30-  Allah suhanahuwata'ala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yangg teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Wahai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila,serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad saw yang bernama 'Al-Kauthar".

Sabda Nabi saw:"Bulan Rejab bulan Allah, Bulan syaaban bulanku dan Bulan ramadhan bulan umatku" .(Al-Hadith)

                                                                                       Wassalam

PETIKAN DARIPADA BUKU FAZILAT BULAN REJAB SYAABAN RAMADHAN-BUDIMAN RADZI

3 comments:

Unknown said...

akak hati2 pasal perkongsian fadhilat ni..

Unknown said...

http://nesloo.blogspot.com/2011/08/menguap-dibulan-ramadhan-dan-fadhilat.html

THE GREEN said...

salam akak...

mengenai kelebihan solat tarawih ni, dah byk kali dibaca n dah sekian lama ada di intenet.

hrp akak pertimbangkan sesuatu mengenainya: RUJUK SINI