nuffnang

Saturday, April 16, 2011

Mari Bersauna..Jom Tengok Apa Kebaikannya ;)

imagesCAPMV7H7

Dah lama tak pegi bersauna a.k.a mengukuskan diri di dalam almari berzip macam di atas.. hehe.. panas gila wooo.. tak tahan dok dalam tu lama-lama.. itu pun aku tahan sampai 20 minit je kot.. pastu minta dilepaskan dari  kurungan..hihi..

tapi  kan, memang  rasa  segar la sket badan ni yang dok lemau 2-3 hari ni.. pastu aku wat facial aromateraphy skali.. hmm..memang best la.. dia sapu krim penyejuk muka tu.. segar sekali terasa.. kalau la  duit ku berkepuk macam mak datin mesti aku pegi salon tu paling  kurang pun 4x seminggu..hihi *berangan*

oklah..takmo mengarut panjang2, nanti  korang bosan.. meh tengok kebaikan  bersauna  ni.. banyak tau.. dan memang aku rasa dah terbukti betul la.. terutama bila badan kita letih ni, elok la pegi bersauna..boleh buang  daki2 yang bertepek kat kulit tu skali..kekeke

TIPS UNTUK KESIHATAN

* Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15 hingga 20 minit setiap kali.
* Tiga (3) kali penggunaan seminggu sudah memadai. Anda akan merasai kesegarannya setiap kali anda melakukan mandian.
* Minum air secukupnya sebelum dan selepas penggunaan sauna. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan.
* Penggunaan sauna ketika perut kenyang adalah tidak digalakkan, memandangkan badan kita pada ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman.

TIPS UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN
* Lakukan mandian 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10-15 minit lagi
* Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya.

FAKTA KELEBIHAN MANDI SAUNA

MENGELUARKAN TOKSIN
Peluh yg keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yg diketahui, pori-pori yg membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu, turut keluar bersama peluh ialah toksin yg ada dalam tubuh kita. Kesannya kulit akan menjadi cerah & bersih.

MENINGKATKAN METABOLISMA
Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori!!

MENGURANGKAN STRESS
Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress. Biasanya, setelah selesai melakukan aktiviti sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh dikurangkan dengan sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai.

MENYEMBUHKAN MASALAH KULIT
Panas ruang sauna yg biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.

MEMBUNUH BAKTERIA & VIRUS
Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya me‘nyah‘ toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses perbaiki sel otot. Selain itu proses pemanasansuhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus; meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

* Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600  kalori.
* Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
* Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
* Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
* Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

Pendek kata, bila kita bersauna ni ibarat mendapat pakej lengkap yang memberi 1001 kebaikan pada diri kita seperti:

PAKEJ KECANTIKAN
Mencantikkan kulit, menanggalkan daki-daki pada celah-celah badan seperti ketiak, paha, tengkuk, jeragat di muka & melancarkan peredaran darah.

PAKEJ MELANGSINGKAN BADAN
Membakar lemak (sehingga 600 kalori), sama seperti berjogging sejauh 5 km! Paling berkesan untuk kuruskan badan

PAKEJ KESIHATAN
Mengurangkan demam, selsema, lendir, kahak, alahan hidung, migrain, mengeluarkan toksik, mengurangkan sengal-sengal, sakit sendi, meningkat metabolisma, meningkat pengaliran darah, memecahkan lemak-lemak, kolestrol baru dan lama, mengurangkan berlaku penyakit jantung, strok dan darah tinggi, anti penuaan dan masalah tidur

PAKEJ LEPAS BERSALIN
Mengecutkan perut, rahim, paha, menyembuhkan luka-luka dalaman, menjadikan ibu lebih bertenaga & cergas.

Haaa..  banyak kebaikan mengukus badan ni kan? aku rasa cam nak beli je la satu set sauna ni letak kat umah.. bukan mahal sangat pun.. dalam 400++ gitu je kot.. daripada dok perabis RM tetiap minggu kat salon tu baik beli je 1 kan? ngeee….

2 comments:

Unknown said...

sekali je penah bersauna..ahaha..rase cam ilang air dalam badan..ehe

misz myza said...

ala... x penah lg mandi sauna la kak... akak blanja ek??? hehehehehe...