![]() |
cakkk?? aaaaa... |
nuffnang
Monday, February 28, 2011
Salah Aku ke Salah Bantal?
Saturday, February 26, 2011
Hari Memanjakan Diri


Tuesday, February 22, 2011
Entry Sebelum Tido..
Seminar Penghayatan Dasar-dasar Kerajaan..20 Feb 2011
mengiringi ketibaan YBhg Dato' Shahlan B Ismail, Setiausaha Politik PM |
Peserta-peserta tekun mendengar ceramah |
Dato' Shahlan sedang berucap |
peserta wanita.. |
Dato' Shahlan dan KSU MOA, Dato' Hashim sedang beramah mesra |
Ucaptama oleh Dato' Mohd Hashim b Abdullah - KSU Kementerian Pertanian |
sesi perasmian seminar.. |
Dato' Hj Mohd Shukri b Abdull..Timb.Ketua Pesuruhjaya SPRM |
Dato' Shukri sedang memberi ceramah 'Integriti dalam Perkhidmatan Awam' |
sidang akhbar bersama KSU dan Pengurus Besar KADA |
Ustaz Wan Jaapar dari JAKIM dgn ceramah 'Nilai2 Murni' Alhamdulillah..majlis berjalan lancar tanpa cacat celanya.. kepenatan yang dirasai dari persiapan awal program akhirnya hilang lah sudah..satu pengalaman yang cukup berharga aku lalui di sebalik program ini. ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua rakan AJK yang terlibat dalam menjayakan program ini.. terima kasih juga kepada peserta-peserta yang telah menunjukkan komitmen yang baik sepanjang program ini berlangsung. Semoga anda semua mendapat manfaat dari apa yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang hebat semasa seminar ini. |
Saturday, February 19, 2011
Persiapan Akhir
Sayangg uolss..
Wednesday, February 16, 2011
Sakit Mata..aargghhh...
![]() |
gini la lebih kurang mata kita hari ni :( |
Tuesday, February 15, 2011
Menunggu..
Menunggu (Aishiteru)
Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagikusaat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali
kembali ke *)
PN: Penantian itu satu penyiksaan..
Jangan Kau Berdamping Dengan Aku..

Sunday, February 13, 2011
Kebodohan yang Melampau
Cuba tengok video ni..
Seorang pemuda menggadai nyawa untuk merakam aksi yang gila iaitu baring di bawah keretapi. Video yang dirakam sendiri menunjukkan seorang pemuda yang berpakaian menutup kepala serba hitam baring meniarap di atas rel keretapi sambil menunggu keretapi lalu.
Rakaman yang luar biasa menunjukan pemuda tersebut baring memanjang di antara rel dan kereta api dengan bunyi yang bising lalu di atas kepalanya.Dia hanya berjarak beberapa inci dari kematian ketika dia menekan dirinya erat ke tanah semasa keretapi lalu di atasnya. Dalam video 73 saat itu ,pemuda tersebut mendongak gugup ke kamera sesaat sebelum keretapi melalui atasnya.
Setelah menghabiskan 20 saat genting terakhir, pemuda itu dengan selamba memeriksa dirinya yang tidak cedera, melompat, mengambil kameranya dan lari di saat itu kedengaran bunyi keretapi yang berhenti mendadak.
Video dari youtube:
PN: Dah takde kerja gamaknya..hehe..
Saturday, February 12, 2011
Jangan Lupa Tengok Siti Malam Ni..
tak sabar nak tunggu siaran
rancangan Dato’ Siti
di Astro Ria
nak tengok dia interview
Tun Dr Mahathir
i likeee..
both of them
kedua-duanya ada karisma tersendiri
jom tonton kejap lagi
Pukul 9 malam @ Astro 104
Tukar Lagi?! isk3..
aku telah menukar lagi
template blog ini
hehehe..
ni pun penyakit jugak namanya
penyakit suka menggodek
tapi malas nak hapdate..
hmm..boleh ke camtu eh?
ngeeee~
Friday, February 11, 2011
Home Sweet Home!
Sedang berehat di sini..
Inilah istana persinggahan akak.. Eh? kenapa persinggahan pulak? ye la.. sebab rumah ni belum di diami sepenuhnya.. padahal dah siap dari tahun 2006 lagi.
So.. apasal tak pindah? sebab kat rumah orang tua takde orang lain.. jadi kena stay la dengan mak. Sebelum ni ayahanda sakit.. selalu keluar masuk hospital.. jadi bila dia meninggal hujung tahun lepas tinggal lah mak bonda sorang-sorang kat rumah tu..
Perancangan untuk tinggal di rumah ni sepenuhnya? Insyaallah.. dalam masa terdekat ni. Mungkin tahun ni la kot.. now datang berweekend kat sini pada hari jumaat dan sabtu je la nampak gayanya..
Laksa Kelantan
Tengahari ni makan laksa kelantan yang mom buat
dah lama tak masak sendiri katanya
laksa yang mom buat memang sedaplah
kuah pekat tak bleh blah nyer
Jom makan..nyum2!
Ally Iskandar pun minat Fasha Sandha? Baru ku tahu..
tapi terbaca berita tu kat SINI
rasa kelakar la jugak…hehe
Ingatkan zaman Azwan Ali je yang tergila-gilakan artis
rupa-rupanya si Ally pun sama jugak
bukan calang-calang artis pulak tu
hmmm..takpe la En Ally..
asalkan bahagia ek..
PN: Ukur baju di badan sendiri

Cubaan berblogging dgn WLW

Kalau rasa gembira tepuk tangan
Kalau rasa gembira tepuk tangan
Kalau rasa gembira katakan pada saya
Kalau rasa gembira tepuk tangan
Pap! Pap! Pap!
Yeaayyy!!
Akhirnya berjaya juga
Menginstall dan guna
Windows Live Writer ni…
wohoo~
Tungku Moden
Thursday, February 10, 2011
::Demong Beach Resort::
depan reception.. guna konsep bali.. cantik. |
Dewan Seminar.. tempat kami berbengkel semalam |
bilik pun besar dan luas..ada tv lcd lagi.. |
kolam mandi untuk anak2..besau le sangat.. |
ni pool untuk orang dewasa.. |
Monday, February 7, 2011
GEGAR 1000 BLOG OLEH BEN ASHAARI
SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??
jom pakat join ramai-ramai..join jangan tak join :)
Sunday, February 6, 2011
Dari Blog ke Alam Nyata..Terima Kasih kepada Fifiey dan Delegasinya yang Sudi Melawat Boboy di Hospital..
Tidak disangka-sangka pula bahawa kami akan bersua muka dalam masa yang singkat ini tatkala anakandaku dimasukkan ke wad pada malam CNY yang lepas..
![]() |
Us.. |
![]() |
keadaan boboy semasa fifiey dan adik2 serta dua orang saudaranya datang melawat |
![]() |
merakamkan kenangan manisbersama-sama sicomel abby dan adik :) |
Friday, February 4, 2011
Raya kat Hospital..
![]() |
Banyak juga limau masam yang aku dapat tahun ni..hehe |
![]() |
boboy in the ward..tangan tu dr inject utk masukkan air dalam badannya |
Thursday, February 3, 2011
Cerita di Langkawi - part 2
Jom checkidaout aktiviti PN masa kesana...
![]() |
murah2..cantik2.. |
![]() |
ni salah satu set yang dibeli..cantik tak? :) |
Ni satu lagi tabiat yang susah nak buang kalau pi Langkawi - membeli beg kat kedai HJ ISMAIL GROUP kat pekan Kuah tu. Beg-beg pakaian yang dijual kat situ sangat la murah yang amat.. jadi kalau aku pegi 10x maknanya 10 bijik beg yang telah dikumpul dari kedai pakcik Semail tu.. hik2..
![]() |
amacam..cantek tak? kalau ikut perasaan rasa nak borong je beg2 tu..tapi sapa la yang nak heret beg2 ni untukku? kekeke.. |
3. Misi Menaiki Kereta Kabel
Hari pertama sampai ari tu sempat la PN dan officemate menyewa kereta round satu Pulau Langkawi. Ekceli kitaorang berhajat nak menaiki kereta kabel di sana. Jauh juga la tempat tu dengan pekan Kuah. Dalam 40 km la jugak sampai kita orang tersesat jalan masa nak ke sana. hihi..
Tapi frust gila uols, bila sampai kat sana cabel car takleh operate pasal cuaca ujan.. padahal renyai2 je.. frust menonggeng mak kat situ..
![]() |
ambik gambar je la..buat kenangan dan bukti sampai kat sini |
mujurla kat situ banyak kedai souvenir dan pemandangan yang indah dengan tasik-tasik dan kolam yang luas mata memandang.. what a beautiful scenery i ever seen.. tak rugi la walaupun jauh nak sampai ke tempat ni..
![]() |
my 2 officemate yang sporting bawak i berjalan kat sana.. |
![]() |
memosing sambil memberi makanan ikan ^_^ |
Pastu kitaorang round-round lagi kat kedai souvenir.. round je.. tak beli banyak pun.. cuma beli topi je sebijik sorang wat pakai melaram time ujan..
![]() |
jalan2 kat tasik sambil memosing.. |
![]() |
ni kat dalam kedai souvenir..ceteka ular apakah itu? jawapannya... ular kayu!..hihi |
![]() |
kat pintu masuk ke stesen |
4. Misi Mencari Laksa Kedah
Dah abis meround dan memosing kat stesen kereta kabel tu.. then kami meneruskan misi yang seterusnya iaitu nak makan laksa kedah... korang tau.. tengok nama je dah kecur air liur i menengoknya.. kebetulan masa lalu kat pantai disana terjumpa la gerai yang menjual laksa dan pasembor.. so kitaorang terus berenti makan dan menikmati pemandangan yang indah di situ..
![]() |
laksa kedah & pasembor |
![]() |
kasi zoom sket.. tengok tu..nampak sedap kan? kuah pekat dan rasanya sedappp.. |
Ni gambar pemandangan kat jeti masa nak balik dah..cantikkan? tak jemu-jemu datang ke sini walaupun dah banyak kali sampai.. target this year nak bawak anak-anak dan encik suami pulak ke sini..Insyaallah..