nuffnang

Friday, May 6, 2011

Aku Tidak Percaya Pada Fesbuk!

Baru terima satu massage dari mat salleh yang datang ntah dari mana di inbox aku:-

“How is your day? i hope you are in good condition, i saw your account and it look so nice. so i wanna know little about you. waiting to hear from you.”

Bukan sekali ni aku terima message cenggini..Dah ramai yang nak add..tapi aku tak approve. Bukannya aku sombong atau perasan diri ini glamer dan sewaktu dengannya.. tapi sekadar berhati- supaya tidak terjadi sesuatu yang tidak diingini. Ada baiknya aku ignore kan saja permohonan insan2 yang tidak dikenali ni untuk menjadi friend di alam maya ni begitu saja.

Itu pun dalam berhati-hati aku penah ‘kena’ dengan sorang minah ni, cantik kemain tapi rupa-rupanya dia berminat nak jadi mak ayam kot.. aku approve dia kiranya dah tapis la sebab nampak dia macam sopan lepas tu pompuan pulak. Tapi tak berapa lama lepas tu dia siap offer aku jadi ‘ayam VIP’ lagi.. gila sungguh! terkezut beruk aku.. dia kata sebab aku ada pakej.. woii pompuan..aku ada pakej ke, apa ker..bukan untuk orang lain tau..aku dah ada laki daa… memang wrong person la kalau kau offer aku jadi anak ayam kau.. apa kau ingat aku ni gila $$$$ bagai ??

Sebab tu la aku lebih berhati-hati.. malas aku nak layan manusia di fb yang tidak dikenali ni sebagai ‘kawan’ pada nama jer…tapi kualitinya tiada.. sebab apa aku cakap camtu? sebab sesetengah manusia yang kita add tu kadang2 just add sebab nak skodeng kita jer.. bertegur sapanya tidak.. untuk orang-orang camni yang aku anggap stalker tidak bertauliah telah aku remove secara perlahan-lahan dari fb aku.. padan muka..ngeh3…

Pada aku, tak perlu nak tunjuk yang kita ramai kawan atau glemer di fb dengan angka yang beribu riban tu… buat menyemak wall fb kita jer dengan berita  diaorang yang tak penah pun nak bertegur sapa dengan kita… ada baiknya digunakan fb tu sebagai medium untuk mencari rakan-rakan lama dan sanak saudara yang betul-betul dikenali dan kita tahu siapa orang itu.. kualiti lebih penting dari kuantiti.. itu pendapat aku laa.. betul tak korang? depends pada diri masing-masing.. apa yang penting kita semua perlu berhati-hati dengan alam maya yang boleh menjerat kita jika tidak sedar dan waspada…

8 comments:

Unknown said...

mueheh kite pon pernah terkena..ahaha

Unknown said...

rasa semak je bila terlampau ramai sangt rakan kat fb..
saya pun tengah dalam proses remove rakan2 yang tak kenal kat facebook ni..hehehe

ejaMaria said...

emm... betul... aku pun sama... banyak yg mintak nak add aku tak approve kan... bukan sombong tp klu kawan takat jd penambah bilangan takde makna pd aku...

Encik Suami said...

Siriyes..saya pun dh kurang la kat fb nie.dulu ok jerk.skrg ntah ape2 ntah.rase mcm nak delete je akaun fb tue.tapi tak tau nak ganti ngn akaun apa plak.

Ibu Muda 30series said...

yeszaaaaaaaa...setuju sangat2 :)

eh..jemput la add Shazwani Shakeri kat FB :)

zati embong said...

kak nur,thanks fllow jat.jat fllow kaknur jugak

nway ade jugak kak yg terpengaruh tau.2yg jd kes kena tipu duit n pelbagai.

jay said...

Berhati-hati Nur...
Tu semo 'ayat' menjerat tuh!
Tambah2 bila dia tau Nur bukan ajer 'lawa' tapi 'berduit'..

Kalau nak tau, layan cket2..
Lama2, sah dia akan minta masuk duit dlm akaun, konon dia ada masalah...

Ai sebenarnya setuju sangat kalau gomen HARAMkan ajer Pesbuk! Banyak buruk dari baik...

Cikgu Nurin said...

Aduuuhh..ngeri dengar ni semua dik...akak pun dah lama stop FB, tak privacy kat sana..nampak macam semak..

owh, tq sudi follow akak..semoga ukhwah kita berpanjangan ye...