nuffnang

Sunday, May 1, 2011

Cuti Kita Hari Ini..

image comelnyaaa…mmmuaaahhhss!

Hari ke-3 cuti..esok dah kena masuk kerja..ohh..sungguh tidak best.. aku rasa sungguh relax dirumah dapat berehat sepuas-puasnya dan mengqada tidurku di waktu pagi ;) *buruk tabiat sungguh* kuikui…

Sempena cuti hari pekerja ni banyak pula dapat undangan majlis bercukur dan akikah dirumah jiran dan sanak saudara. Pagi ni daku sudah memenuhi undangan makan nasi dagang dirumah jiran sempena majlis bercukur cucunya. Tengahari ni pula dirumah bapa saudara – majlis bercukur cucunya dan petang pula ke rumah sedara bonda- juga majlis bercukur.. pendek kata hari ni dapur tak berasap lah. Semalam pun tak berasap sebab pegi kenduri rumah sedara belah encik suami sempena naik rumah baru.. oh..memang indah la kalau cuti dapat jemputan makan pulak.. tak yah pikir2 nak masak apa untuk makan hehe..

Hari ni juga i plan nak gi cari kain untuk baju raya untuk we all satu famili.. semua orang dah sibuk2 cari kain untuk ditempah...tukang jahit pun dah nak tutup tempahan dah ni.. ohh! panic disitu.. nanti kita tak dapat beraya pakai baju sama kaler… sungguh tidak ceria nanti raya kita satu keluarga.. ini tak boleh jadi.. harus segera ke kedai kain JACKEL yang sedang offer diskaun sekarang… berapa pasang mau beli? tengok la nanti.. :)

2 comments:

Unknown said...

muhehehe maen boling hari ni kakk

padlie said...

esok dah kerja yer..
saya ada sehari lg untuk bermalas-malasan.. heheh