nuffnang

Thursday, July 28, 2011

Cuti Hari Ni..

Hari ni aku cuti .. badan sakit sakit woo lepas balik kursus semalam. Mana tak sakitnya, hostel tempat kitaorang tinggal masa kursus tu nun jauh di atas bukit. Kena panjat tangga dua tiga round dulu baru jumpa bilik. Aduhh.. penat sungguh .. terasa macam kembali ke zaman study di uitm dulu .. masa kursus tu pun boleh tahan jugak lasak aktivitinya. Siapa buat latihan main ragbi lagi .. mana tak sakit badan ai yang hanya bersenam dan bersukan setahun sekali ni .. hehe

Bangun pagi hari ni terus telefon makcik urut datang ke rumah. Mintak dia  urutkan dengan tungku sekali .. lega skit rasa .. kalau tak maunya tak leh bangun ni .. terasa bisa dan lenguh abih seluruh badan :( harap2 besok dah okey sebab dah janji dengan anak2 mau bawa diaorang bercuti ke Pulau di terengganu pulak .. al maklumla, minggu depan kan dah masuk bulan puasa .. so ni la peluang terakhir kami sekeluarga bercuti sebelum puasa dan raya ni .. dah lepas raya ni masuk musim hujan pulak kang susah .. takleh pegi dah ke tempat cam pulau pulau ni .. kan?

sekejap lagi mau keluar beli bekalan skit untuk ke sana besok .. orang kata makanan kat sana mahal2 .. biasala tempat jauh dan susah nak makan kan?

eh? dah pukul 2 petang? ni nak kena keluar cepat ni .. kang hujan petang2 ni susak plak .. ok ye semua .. wassalam ..

5 comments:

me suya said...

waaahhh seronoknya nak pergi bercuti.. hehehe dah bila la nak jumpa kak nur ni.. hujung minggu ni suya balik pun akak xde.. hehehe

JIJI YU said...

ehehe..bile la dpt jumpa k.nor kan

Rtp Farra Arisha said...

bercuti di trg? di pulau mana k.nur? di pulau perhentian ke?
happy holiday. surely ur kids turut happy kerna parents diorang slalu bawa jalan2. hehe.
nakkkkk follow skali boleh? :D

miss lolly a.k.a luvfareda said...

sedapnya bercuti :)

pyejal said...

peluang terakhir bersuka ria..
Selmat berpuasa..:)

terjah entri terkini di:
pyejal weblog