nuffnang

Saturday, September 3, 2011

Semuanya Sudah Pulang

Tetiba rumah ni terasa sunyi bila terjaga dari tidur pada pagi ini.. mana tidaknya, tiada lagi kedengaran suara riuh rendah anak anak saudaraku dan mak bising dengan cucu cucunya disamping kesibukan menyediakan juadah di waktu pagi kepada anak menantu dan cucunya.. 
Semuanya dah bertolak balik ke negeri masing-masing bermula tengahari semalam.. abang long dah selamat sampai di Johor jam 2.30 pagi semalam.. kak long pulak bertolak seawal jam5 pagi tadi pulang ke Kuala Lumpur.. saja dia bertolak awal di pagi hari untuk mengelak kesesakan jalan raya yang pastinya tidak dapat dielakkan di musim perayaan ini.
Oh, ya! Bagaimana sambutan hari raya korang pada tahun ini? meriah tak? pastinya meriah bukan? esok lusa pastinya semua blog akan mula di update semula dan cerita serta kemeriahan hari raya masing-masing akan dipaparkan.. aku pun sama kot.. niatnya nak buat entry skit pasal cerita raya tahun ni.. Insyaallah.. harap niatku ni termakbul hendaknya.. bukannya apa.. aku ni jenis pemalas sikit.. bila sampai masa nak update ada ada jer halangannya.. takde idea la.. sibuk la.. hehee 
Bermula semalam dah sibuk dengan urusan kenduri kendara pulak.. banyak betul dapat undangan kenduri di musim perayaan ni.. dahla jalan jem memanjang.. tapi nak wat camanakan? nak tak nak kena redah la jugak.. kalau tak pegi malu kat tuan rumah pulak.. huhu..


5 comments:

JIJI YU said...

raya sudah habis

EnciK AxixOu said...

sunyi sepi dah .

BLADE EDGE said...

salam akak...

mcm xpuas beraya jer?? open house kan byk lg lepas2 ni..jgn risau, raya kan sebulan...hehehe

tinta hatiku said...

sesungguhnya saat yg terindah hanyalah sementara....

Back to life,
back to reality...

me suya said...

rajin2 kan lah kak nur. Suya pun baru je sampai ke quarters. ish3 biasa 4jam perjalanan.. hari ni amik masa 8jam. fennat den~