nuffnang

Tuesday, September 13, 2011

Tomyam Sardin.. Cepat Dimasak Sedap Dimakan!

Ini entry bajet dari dapur Chef Wan...tapi si tukang masak ni bukanlah Chef Wan (one) yang glemer tu tapi chef two atau mungkin Chef three four five six seven eight nine dan ten... hahahaaa!! *belum apa2 dah ke laut*  Okeh... fullstop. 

Mempersembahkannnnn... masakan orang paling malas di dapur.. dengan resepi campak campak dan sepuluh minit siap!!

Semudah abc dan cepat dimasak sedap dimakan... *pinjam tagline meggi sekejap*

image
tomyam sardin ke sardin tomyam? err..apa apa jelah.. hihi
Amboii kauuu.. baru masak sardin dah riuh satu dunia..siap canang dalam bbm, twitter dan fesbuk bagaiii... orang len masak segala benda takdela sure heboh cam kau bedah....hehe

Biasaklah...orang jarang turun ke dapur kannnn... tapi sekali dia masak... pergghhh...menangisss encik suami makan..*sila muntah*

Kenapa? tak percaya? iklan bcb la pulakk kalau tak percaya sila cuba resepi ini okeh.. resepi yang dituntut jauuhhh... nun di selatan thai sana.. saja aku nak share dengan korang kat sini sebab ramai pulak kawan2 kat twitter ngan fesbuk bertanyakan resepi ni lepas tengok picture tomyam sardin ni heheh..

Bahan-bahannya:

1 tin sardin (aku guna sardin cap ayam sbb paling best)
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1 biji bawang besar
1 batang serai (dititik)
cili api/cili besar yg dipotong(ikut suka)
1 kiub tomyam (knorr/adabi mana2 pun bleh)
3 helai daun limau tomyam
sedikit air limau nipis (limau purut pn boleh)
gula/perasa

Cara-caranya:

1. Tumis bawang putih, halia dan serai dengan sedikit minyak.
2. Masukkan sardin dan sedikit air
3. Masukkan kiub tomyam, daun limau dan perah sedikit air limau nipis (ikut suka korang nak masam banyak mana)
5. Masukkan bawang besar dan cili yang dipotong (sukahati korang nak pedas ke tak)
4. Letak sedikit perasa/gula
5. Biarkan seminit dua lepas tu bleh tutup api bila masak

Camana senangkan? kalau nak letak garam pun bolee..pandai2 ler korang rasa masakan kau tu sedap ke tak sebab ekceli kiub tomyam tu dah masin.. so aku tak letak le garam.. nanti kena darah tinggi pulak encik suami tu...hihi

Okeh..selamat mencubaa!!

Kalau sedap bagitau kawan.. tak sedap bagitau aii okeh?! huhuhu...

10 comments:

JIJI YU said...

besnye..ekeke

aNaYaNa said...

K.Nur..tak pernah dengar dan tengok dan cuba resepi nih..jap nak salin resepi..he2..thai mari ka ini?meme best lah..tengok pung kecur air liur dah..hahaha

Princess Nur said...

@ Jiji ngan ana kena try..kalu tak cuba nyesall hehe

wida said...

Suka mskan ala-ala tomam ni..tp incik suami x suka pulak..alahai

me suya said...

yeay yeay! nak try buat.. Siap print screen ni.. Punya laa malas nak salin.. Print screen then print. ehem.. lapor plak~

tiefazatie said...

best2..kdg2 buat gak gini..hihi

simply nana said...

sardin pun sodap...tapi tak pernah cuba resepi nie.leh try ni k nur.ermmm...menyelerakan dikala tgh makan lempeng..memang umppphhh...

Maya Sarry said...

tak pernah dengar pun lagi TomYam Sardin, hihi. ni first time tengok. tapi nampak mcm menarik ja :-)

aanie said...

perghh..dgn sardin pun blh buat mcm2 resepi..nanti nak try la...

~izan~ said...

akhirnyer izan tgk jugak resipi akak yg izan tunggu2 ari tu..menarik ni,mmg tak pernah masak pun..kena try la nanti..mekacih kak!~

bookmark page ni utk refer lenkali hihi