nuffnang

Thursday, August 2, 2012

Ramadhan ke-12

Hari ke-2 di Putrajaya.. nak muntoh dah aku mengadap sistem MySPATA ni.. macam-macam details bangunan, tanah semua nak kena perinci.. pastu nak kena masukkan ukuran tinggi, luas, lebar semua.. semua rekod dan data teknikal kena ada.. pendek kata pengguna sistem ni boleh muntoh la kalau nak completekan semua.. hehe

Meh tengok menu iftar semalam.. mujur la encik suami pun ada kursus jugak di Bangi.. jadi bolehla kami dating berdua di Alamanda.. kalu tak for sure aku kena makan sorang-sorang.. ..

Abis kursus jam 4.30 petang terus call teksi ke Alamanda.. awal betul aku sampai..malas berjalan sebab bag pack aku berat sangat dengan baju dan laptop so dok menunggu je la encik suami sampai di food court  RASA tu sampai jam 5.30 petang.. lepas encik suami sampai kami round2 skejap kat dalam tu.. takde apa yang menarik bagi aku kat Alamanda tu.. tapi dah takde tempat lain nak pegi agaknya, sebab tu orang putrajaya ni pakat gi berkumpul di situ ;)

Jom tengok menu buka puasa semalam..
Mulanya aku nak booking kat restoren Johnny's sebab teringinnnn sangat nak makan steamboat dia yang dap2 tuh... tapi masa aku nak pi booking sebelum pukul 5 tu staf dia gitau yang meja still ada tapi heater untuk steamboat tu dah takde.. frust menonggeng mak.. T_T.. last2 makan kat food court luar tu je :(

Lepas berbuka terus hubby call teksi.. malas dah nak meronda sebab masing-masing dah penat ..aku pun rasa badan melekit-lekit sebab tak mandi lagi dari pagi sampai ke malam.. teksi datang ambik dan terus hantar hubby  ke Pusat Latihan BSN di Bangi.. aku lak menginap di Residence Inn kat sebelah UNITEN tu jer.. dekat memang la dekat tapi sebab kami datang atas urusan kerja jadi tak payah la menggatal nak berhoneymoon berdua di hotel ni .. tambah2 di bulan pose ni hahah...


cantik tak bilik di Residence Inn ni? ok la kan? cukup selesa untuk stay selama 1 malam di sini..  dok sorang2 memang heaven lah.. aku tido sampai termimpi-mimpi.. heh..



Published with Blogger-droid v2.0.6

1 comment:

kakchik@ella said...

cantek arr bilik tu.