nuffnang

Saturday, August 18, 2012

Sesi Tayangan Biskut Raya

Salam semua.. Dah hampir benar dengan raya kita.. ramai yang dh tutup blog agaknya sebab dah balik atau dalam perjalanan balik ke kampung.. selamat mengharungi jem ye.. aku tak pernah rasa jem2 tu semua sebab rumah aku, mak dengan mertua jaraknya dalam berapa jengkal je hihi.. kesian anak aku sampai tanya, 'ma, kenapa kita tak pernah balik kampung ye?' .. kelakarkan? :-D

Raya tahun ni adalah sedih.. sebab adik beradik aku semuanya giliran beraya dengan keluarga mertua. Kak Na petang raya baru sampai kelantan. Abang Jea dan keluarga beraya dengan keluarga mertua di Segamat. . adik pulak di muar. . tinggal je famili aku dengan ma dalam kesayuan mendengar takbir di pagi raya esok nampak gayanya. . tapi kami tetap balik ke kampung halaman di Bukit Marak untuk sembahyang raya bersama-sama keluarga besar kami *adik beradik ma dan sedara mara yang lain*.. itu amalan tradisi keluarga kami setiap tahun yang mungkin jarang dialami oleh keluarga orang lain..

Bercerita mengenai persiapan raya pulak boleh dikatakan 90% beres.. yang tak beres tu tang nak gosok baju-baju raya je kot.. skrang ni baju raya aku bibik baru cuci pagi ni sebab semalam baru siap gi ambik d rumah taylor.. mujur la siap.. kalau tak menangis la aku di pagi raya.. huhu.. Panjang pulak membebelnya pagi ni .. sebenarnya motif update pagi ni nak tayang biskut raya je.. sebab aku tengok stok biskut raya banyak betul dok parking kat tepi dinding dapur rumah ma ni.. hehe.. nak wat camana. . selagi belum raya semua pakat dok gila mengorder dan memunggah biskut raya dari kawan2 di ofis.. *aku dengan encik suami la tu* ma pun ada beli jugak time dia singgah2 kat kedai. . tak caya cer tengok gambar ni. .
haa. . tu dia. . boleh tahankan? dengan kerepek dan kacangnya sekali. . ni stok biskut ni tunggu korang2 datang beraya umah aku raya ketiga nanti yer.. sebab raya ketiga ni makbonda kita wat open haussss... jadi sila la datang tanpa segan silu kalau korang beraya kat kelantan ye..
kasi zoom dekat2 skit supaya korang terliur.. *macam la rumah aku je ada biskut raya banyak camni haha* Oklah..Selamat menyambut hari raya ye uols.. yang dalam perjalanan tu berhati-hati dijalan raya.. nanti kita update lagi esok :-)
Published with Blogger-droid v2.0.6

5 comments:

Anonymous said...

Biskut oh! Biskut...

missSenget said...

byk betul kuih raya! Umah kite xde pn..hehe..

me suya said...

insyaAllah nt Suya g dehhh

EnciK AxixOu said...

perh bnyk beno kueh raye

duniafana said...

ni dah settle lum?