nuffnang

Wednesday, October 31, 2012

Tangkuban Perahu, Bandung



BANDUNG7
Kenangan semasa di Tangkuban Perahu, Bandung pada 15 Jun 2012 .. isshh.. dah lama giler balik dari bandung ni baru nak update.. memang dasar pemalas sungguh aku ni .. hihi..

So layankan aje la gambar-gambar tu..

Kitaorang sampai kat atas ni dah waktu petang.. ekceli pagi lagi dah bertolak nak ke atas sana tapi bila sampai di pertengahan jalan tu jalan tetiba stuck dengan jem.. rupanya ada ekspedisi apa tah oleh budak-budak sekolah sana nak naik ke atas tu menyebabkan jalan sesak.. so pak supir cadangkan weols pegi main air terjun dulu kat Ciater Hot Spring (nati citer kedian) dan petang baru naik ke sini..

Waktu kami sampai petang tu cuaca adalah redup dan udara adalah sangatt nyaman...
BANDUNG12 Nampak tak gambar sekumpulan lelaki kat sebelah kiri atas tu?

Diaorang ni la wat aku pening kepala masa kat sana.. masa mula-mula sampai tu diaorang sibuk nak tolong kami ambik gambar satu famili.. ye lah.. sebab nampak sangat aku dan famili eksaited nak pose sana sini dengan pemandangan yang cantik di situ.. jadi adalah diantara mereka yang 'ada udang disebalik mee' menyibuk ofer diri nak tolong snap kan gambar.. pastu jual key chain yang mahal nak mampos pulak kat aku yang dah tertipu ni.. jadi hati-hati ye korang yang pegi sana.. jangan mudah terpengaruh dengan iklan-iklan murahan disitu.. hehe

Yang si adik dengan boboy tu pulak merengek nak beli strobery.. mula-mula aku malas nak layan.. tapi dah sipenjual tu dok hulur suh try dan lepas try tu terus terpikat dengan buahnya yang manis dan sedap maka aku pun terr beli jugak dalam 3 peket untuk budak 2 orang ni.. terus ngap sampai abih time tu jugak.. :) buah strobery tu tak mahal sangat.. dalam 4-6 hengget je sepeket rasanya (aku tak brapa ingat dah)

Kami berada kat atas tu dalam 40 minit.. tak turun ke bawah pun sebab cuaca mendung dan hujan renyai-renyai..

Beli souvenir lebih kurang dan chow ke Restoran Kampung Daun untuk makan sebab perut dah lapar yang amat..

4 comments:

nad said...

seronok nye jalan2 oversea! :)


salam kenal! ^_^

Anonymous said...

ada agen kat sana x? kami nak g tahun depan.. hihihi...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Best nye pegi bandung..
salam perkenalan..

emarieys said...

teringin nak ke bandung satu hari nanti