nuffnang

Sunday, February 6, 2011

Dari Blog ke Alam Nyata..Terima Kasih kepada Fifiey dan Delegasinya yang Sudi Melawat Boboy di Hospital..

Pertemuan yang langsung tidak diduga dan dirancang.. sebelum ini kami hanya mengenali diri masing-masing
melalui dunia tulisan ini ..

Tidak disangka-sangka pula bahawa kami akan bersua muka dalam masa yang singkat ini tatkala anakandaku dimasukkan ke wad pada malam CNY yang lepas..

Us..
Adik Raja Tengku Puteri Farhanis Shafifi bt Raja Sazali - baru berusia 18 tahun, beliau adalah seorag gadis yang sungguh manis dan cantik orangnya. Bertubuh kecil molek dengan sikapnya yang ramah membuatkan diri ini berasa sungguh bertuah mengenalinya. 

Pertemuan kami langsung tidak dirancang kerana dia terus mengatakan akan datang melawat boboy sebaik saja membaca status PN di twitter yang menyatakan boboy telah dimasukkan ke wad kerana sakit perut dan muntah-muntah pada hari Jumaat yang lepas. Bukannya senang untuk berjumpa dengan adik Fifiey ni kerana dia bukannya tinggal di Kelantan sepenuhnya kerana menetap di Jakarta bersama-sama adindanya. Jadi peluang berjumpa kali ini dirasakan cukup manis dan indah buat kami semua :) . Fifiey dan adinda serta saudaranya datang beramai-ramai melawat boboy siap membawa buah tangan lagi.. buat susah-susah aje fiey.. p/s: lain kali bawakla lagi.. hehe..

keadaan boboy semasa fifiey dan adik2 serta dua orang saudaranya datang melawat

merakamkan kenangan manisbersama-sama sicomel abby dan adik :)
Gambar-gambar ini telah di tag oleh ffiey di facebook saya..
Walaupun pertemuan itu cuma seketika tetapi ia cukup menggembirakan kami dan menguatkan lagi ukhuwah yang terjalin ini. Baru saya sedar bahawa dunia blog ini sungguh indah jika kita pandai mengaplikasikannya. Diharap selepas ini saya dapat bersua juga dengan rakan bloggers yang lain yang sering bertegur sapa di sini..Insyaallah..

Buat FIFIEY LYCHEE MARATION - terima kasih banyak-banyak dari kak Nur sekeluarga diucapkan.. Insyaallah jika ada peluang, knur dan keluarga akan menjenguk fifiey dan adik-adik di Jakarta pulak. Nanti boleh la bawak kami berjalan-jalan di sana ye? *wink2*

10 comments:

Tasha said...

indahnya dunia ada orang yang berhati emas macam ni. semoga Allah murahkan rezeki dia dan for ur son, get wel soon~

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

kak nurr;) alahaii, beres2 nanti jumpa lagi bawa buah tangan yg lain pulak ok:) hehe.

alahaii, sy tak kecil, tapi sy debab:) u too, so friendly. sgt happy kenal kak nur sekeluarga;) insyallah, nnt jumpa dalam kondisi yang serba harmonis. may pray, biar boboy cepat sembuh. amin ya rabbalalamin.

beres, nnt kontek2 je kalau nk dtg jakarta:) boleh bawak jenjalan..

Unknown said...

@Tasha Tq tasha..betul kata Tasha tu..knur pun harap dapat jumpa tasha jugak satu hari nanqti ok?

@Fifiey knur pun heran kenapa dalam pic fifiey always nampak besau? padahal kat luar kecikk jer..hehe

me suya said...

best kan kak nur..
itu laa. Suya pun ade list blogger yg ingin ditermui,,nak2 sekitar kb nu.. tapi masa la kan.. susah nak cari since tak sepenuhnya di KElantan lagi sekarang ni

THE GREEN said...

salam akak...

best pulak mendengarnya..bila dikunjungi kerabat diraja.. :-)

esok2 kalo sultan yg dtg, mcmana pulak??

Unknown said...

@Suya tunggu cuti semester la..suya wat gathering..knur pn leh join..ok? :)suya pn waiting list knur tau..

@Blade hehe..ada2 je Blade ni..bila nak jumpa akak? :P

lady-D said...

bestnye, dpt jmpe bloggers..

Miss PIJAOSIX said...

salam...

seronok kan dpt jumpe kawan2 mcm nih...moge anak akak cpt sembuh..amin..:)

Misz-ella said...

Fifiey ada kat malaysia skrg ke nur? bkn dah balik jakarta aritu?

Unknown said...

D_la, Pija dan K'chik..Insyaallah kita pun akan jumpa satu hari nanti..
k'chik..fifiey come back to M'sia tuk celebrate CNY ;)