nuffnang

Thursday, September 22, 2011

Puding Triffle: Percubaan kali ke-2

Semalam tetiba datang mood nak mem’triffle’ untuk kali ke-2 selepas percubaan pertama di bulan puasa yang lepas kurang menjadi.. sebabnya aku tak reti masak kastard kot.. dia jadi agak cair.. maklumlah aku ni kurang expert bab bab mempuding ni.. jadi bila first time buat tu agak ‘fail’ di situ..

Namun ai tidak berputus asa okeh..semalam tetiba datang mood nak buat lagi dan lagi puding ni sebab memang feveret aii yang amat.. 

Dannnn… ini lah hasilnya…

Taraaaaaa…..

triffle

Cantik tak? kemain hijau triffle aku nih.. orang guna kaler merah.. tapi aku bantai je jeli hijau perasa limau ni yang dah ada dalam almari dapur…heheh..dan nampaknya percubaan kali ke-2 ni tidak menghampakan sebab sangat menjadi (senyum sampai ke telinga).. kastard dia dah tak lembik macam yang dulu.. sebab aku sangat berhati-hati masa buat ni.. masak kastard tu lama sket pastu guna fresh milk sebagai campuran (masa 1st time dulu guna air je..huhu)

triffle2pandangan sisi my triffle…yummyy!!

Kebetulan whipped cream ada lagi dalam peti so aku letak la skit.. tak mo letak banyak sangat nanti dia jadi lembik dan susah nak makan pulak.. fruit cocktail tu memang aku letak banyak sket la sbb memang ai suka :)

Tak sabar nak balik rumah, bukak peti sejuk dan ngappp… nyamannya anak tekak…yummehh!

6 comments:

MummyAyu said...

Nyumm..nyum..sedapnya...nanti nk cuba buat jugak la...

sara said...

comel..triffle warna hijau

Misz-ella said...

Nak cikit bole?? Hihihi. Akhirnya berjaya gak KC komen di sini Nur. Itupun selepas 2, 3 kali mencuba. Tp kan shoutbox Nur tetap tak kelihatan. Mana hilangnya ye?

ZianaRazali said...

K.Nur..bagila resepi sekali..nok wat etep..hehe

THE GREEN said...

assalam akak...

akak, send la sebekas ke teganu :-)

laskar pelangi said...

yummy...