Salam 1Malaysia..
Alhamdulillah..hari ni my doter Yaya a.ka adik dah selamat menduduki darjah 1.. tak sangka dah besar panjang anak bongsu mama ni.. mama pun rasa macam dah tua lak bila anak-anak semuanya dah bersekolah.. tapi takpe.. lepas ni senang kita nak pegi mana-mana.. tak payah sibuk2 nak angkut bakul susu, buai berbagai.. hehe..
Eh eh.. merepek la pulak.. jom layan gambar adik semasa hari pertama di sekolah hari ni.. mama siap ambil cuti tu.. nak monitor dan bagi tunjuk ajar kat budak comel ni.. kang esok takleh survive lak kat sekolah nak beli makan kat kantin, pegi toilet semua..
Kalau bab nangis dalam kelas tu mama jamin adik memang takde masalah nyer sebab dah sekolah tadika 2 tahun sebelum ni.. lagi pun budak2 sekarang bukan macam time kita dulu… sampai sekerat hari mak bapak nak kena tunggu tepi tingkap sekolah.. time balajar tu asyik dok pandang tepi tingkap jer.. takut mak atau ayah ghaib.. pastu mula la nak mencebik cebik nangis kannn?? kahkah.. *aku takkk*

muka budak ceria nak ke sekolah.. malam tadi tido lambat macam biasa jugak.. puas berperang suh masuk tido awal.. tapi boleh bangun awal tuu… baguih dok ado la adik ni…mmmuahhss =)
sampai kat sekolah dah tau kelas dia kat mana.. pandai je carik kelas sendiri lepas pegi hari pendaftaran minggu lepas.. terus masuk cari tempat duduk sebelah depan..
memandangkan hari ni 1st day sesi persekolahan jadi haruslah ada assembly dulu.. so budak budak darjah 1 ni pun di bawa ke dewan untuk mendengar amanat dari cikgu2 semua.. yang pasti budak2 baru ni nampak masih blur dengan suasana baru.. ikut jer semua arahan cikgu..hehe
tapi aku puji la dengan sikap cikgu2 kat sekolah ni yang mesra alam dengan ibubapa.. masa aku kat sekolah tadi, hampir semua cikgu2 yang terjumpa dengan aku bertegur sapa dan salam2.. pastu borak2 sekejap tanya anak kita kat kelas mana.. cikgu kelas pun ok.. dia bagitau selama 2 minggu ni takyah bawak buku sekolah lagi sebab dalam tempoh ni akan diadakan minggu orientasi untuk budak budak baru.. kelas yang diaorang duduk ni pun akan diubah semula bergantung kepada kepada keputusan awal peperiksaan dalam minggu orientasi ni..
Lepas adik masuk kelas tadi, mama terus chow.. pegi beli nasik dulu then balik breakfast kat rumah.. lapar kata kau..hihi.. dalam kul 9.30 pagi tu baru pegi balik kat sekolah nak tengok adik masa dia rehat.. sampai kat sekolah tu budak ni dah ada kat kantin dok beratur untuk beli makanan… nasib baik mama cepat sampai.. sebab duit dia tertinggal dalam beg kat kelas la pulak.. terus mama bagi duit lain untuk beli makanan dengan air.. ajar ambik baki duit semua.. cara makan kat kantin dan jaga kebersihan jugak..

budak lapar time rehat.. pagi tadi alas perut dengan roti jem dan teh panas je sebelum ke sekolah.. berselera benau makan mihun beli kat kantin sekolah..
lepas rehat ajak dia pegi kedai PIBG sekejap.. tunjukkan tempat nak perabih duit time sekolah.. hahaha.. mama beli buku latihan untuk abang ;)
tak lama kedian loceng tamat waktu rehat berbunyi.. skali aku cari dia dah hilang.. rupa2nya dah pandai balik ke kelas sendiri.. pegi kat kelas dia tengok elok je dok belajar dalam kelas dengan cikgu..
so mama pun tak mo tunggu lama-lama.. terus balik umah dulu rehat sementara pukul 12.45 tengahari..
time tamat sekolah pegi jemput dia semula… tersengih2 je masuk dalam kereta masa nak balik..
“best ke dik pegi sekolah?”
“besssttttt” *mula malu2 kucing*
ok la tu.. senang hati mama pegi kerja esok :)
p/s: tiba-tiba teringat kenangan masa aku darjah 1 dulu.. tiap2 hari sebelum gi sekolah arwah abah yang ikat kan tali kasut ku yang panjang berjela *masa dulu mana nak ada sangat kasut2 style pelekat zip zap ni kan :(*
Al fatihah buat arwah abah..