nuffnang

Tuesday, January 24, 2012

Al Fatihah.. Salam Takziah buat sahabatku Zuraida..

Pagi ni aku dikejutkan dengan mesej melalui fesbuk dari sahabatku Cik Na..
'



  
sedekahkan al-Fatihah untuk anak sahabat kita yang sulung zuraida yang telah kembali ke rahmatullah semalam.... dia tinggal pesan n tolong bagi tahu yang lain2'

aku terkesima seketika.. masih tertanya-tanya.. apakah?? kenapa?? sebelum ni mc da (panggilan mesra pada zuraida) takde pun cerita pasal anak dia sakit? kenapa tiba-tiba kami dikejutkan dengan berita ni?

persoalan demi persoalan mula timbul dibenakku.. terus aku capai telefon dan call Cik Na tapi tidak berjawab..

tak lama kemudian terima SMS dari Cik Na..
'keracunan gas dalam rumah.. baca utusan muka 12'

Innalillahiwainnailaihirojiuun... sesungguhnya kamu diuji dengan ujian yang berat olehNya wahai sahabatku.. semoga anakmu yang masih kecil dan tidak berdosa itu ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.. marilah kita doakan bersama-sama agar roh anak sahabat saya ini yang baru berusia 10 tahun dicucuri rahmat.. semoga ibunya tabah, banyak bersabar dan redha dengan ketentuanNya..

Al Fatihah..
Gambar Mc Da bersama arwah anaknya yg dijadikan profile picture di fb nya (saya ambil dari fesbuk beliau)..

Anak pekerja Petronas Carigali maut terhidu gas beracun

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Anak seorang kakitangan Petronas Carigali Sdn. Bhd., maut manakala empat lagi ahli keluarganya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas terhidu gas beracun yang dipercayai berlaku di kediaman mereka di Turkmenbashi, Turkmenistan awal pagi ini.

Mangsa, Nurdanisha Farhana, 10, meninggal dunia beberapa jam selepas dikejarkan ke sebuah hospital di kawasan tersebut.

Menurut jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Ashgabat, keluarga tersebut tinggal di Turkmenbashi yang dipercayai merupakan kawasan operasi pengeluaran gas.

Setakat ini pihak kedutaan masih lagi memantau dan menunggu laporan penuh pihak Petronas berikutan kawasan itu terletak jauh dari bandar.

"Kakitangan Petronas itu masih belum dikenal pasti, isteri dan dua lagi anaknya dilaporkan stabil dan kini menjalani rawatan di hospital yang sama.

"Kita juga belum dapat memastikan lokasi kejadian sama ada di rumah mangsa atau lain-lain tempat selain punca berlakunya insiden itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Difahamkan, dua anak lelaki mangsa akan dibawa ke sebuah hospital di Dubai dalam waktu terdekat bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Turut difahamkan, kakitangan Petronas itu baru setahun 10 bulan bertugas di kawasan tersebut.
Tambah jurucakap itu, berdasarkan laporan Petronas, setakat ini hanya seorang sahaja iaitu Nurdanisha Farhana yang disahkan meninggal dunia.

Katanya, usaha untuk membawa pulang jenazah Nurdanisha Farhana juga masih dalam perbincangan dan pihak kedutaan akan memaklumkan perkara tersebut dari semasa ke semasa.
Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay ketika dihubungi lewat petang ini mengesahkan kejadian itu.

Sumber: Utusan Malaysia









5 comments:

Anonymous said...

...semoga arwah kakak dirahmati Allah....kehadiran kakak untuk menggembirakan hati ibu dan abah serta ahli kuarga yang lain pasti dihargai dan dikenang segingga akhir hayat mereka....tenang di sana...kerana kami juga akan ke sana suatu hari nanti.....al-fatihah....dari auntie...

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Innalillahiwainnailaihirojiuun...
Semoga keluarga arwah redha dengan ketentuan-Nya.

ieda said...

ya allah sedihnyaa
semoga keluarga arwah terus tabah
baru 10 bulan bertugas disana ..
macam mana ye boleh jadi kebocoran
aknaynya kawasan itu tidak selamat
semoga arwah tenang disana .. ;(

Totie@Tomy said...

al fatihah untuk arwah..salam kenal..

aTy _faRed~ said...

takziah pada keluarga beliau dan sahabat akak..