nuffnang

Saturday, January 28, 2012

::mujur ada ketam::

Dua tiga hari ni si boboy asyik dok rekues nak makan ketam.. padahal baru je minggu lepas weols gi makan megi ketam special di Tok Bali.. memang best giler la ketam dia saiz besar gedabak sampai tak nampak mangkuk..bersungguh sungguh si boboy ni makan sambil dok kata 'sedapnyeeer...sedapnyerr'.. dats time baru aku alert yang anakku ni suka makan seafood rupanya.. sampai minggu ni dok minta lagi nak makan ketam setiap hari.. jadi untuk tidak menghampakan permintaan si anak makanya bersungguh-sungguh la si ibu ni menjelajah semua tempat yang menjual ikan termasuk di pasar raya tapi hampa sebab stok ketam takde.. kalau ada pun macam yang lama dan isinya tak padat.. jadi si ibu ni pun pujuk la si anak supaya bersabar sampai ada rezeki esok esok...

Tadi masa si ibu ni ke pasar basah berdekatan rumah untuk beli stok basah terus usha usha ketam dan Alhamdulillah!! hari ni stok ketam adaaaa... terus pilih 3-4 ekor untuk si anak yang mengidam kat rumah tu..boleh tahan jugak harga dia.. sekilo RM30.. timbang timbang ngam sekilo.. cukupla untuk makan kami empat beranak ;)

Sukanya boboy bila tengok mama bawak balik ketam.. terus minta mama masakkan segera..
Sampai di rumah terus si ibu bersilat di dapur masakkan gulai lemak kuning ketam untuk si anak tersayang..

mama masak gulai ni dengan penuh kasih sayang untuk boboy  ^_^
'Gulai ketam dah masak...'

'nak makan sekarang jugakkk..'..

hishh...tak sabarrr betul la budak ni.. macam orang mengidam.. hehe..

banyak betul boboy makan... memang puas hati la mama dia beli dan masakkan...

ni tengah makan masuk round ke-2 petang tadi.. main ratah ratah jer.. nasik tanak  =)
Apa-apa je la untuk mu sayang.. selagi mampu mama tunaikan..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, January 27, 2012

::Tak Lena::

Saja letak picture puteri comel ku yang sedang lena diulit mimpi sekarang ni...

Dari semalam lagi kepala ni sakit berdenyut-denyut.. Rasa macam migrain pun ada.. Tapi aku syak sebab stress.. Ye la tu kot.. Sebab dua tiga hari ni otakku macam semak skit dengan keje keje kat opis.. Ada je benda yang dok ber sarang dalam kepala otak ni..
Sampai nak tido pun susah.. Aku memang camni.. suka pikir pasal keje pastu bila otak letih mula la takleh tido..huh!

Ni still lagi dok pujuk mata suh lena.. Tapi bila pejam lama lama pun tak jalan gak dan kepala pun berat semacam jer baik aku on blackberry dan update blog ni.. Manala tau kot pasni boleh tertido..

Eh, korang percaya tak? Aku update dengan mata bukak sebelah je ni tau.. Sebab silau dengan cahaya hp dalam gelap..huhu

Tuesday, January 24, 2012

Ice cream time!



Our choice..



Pose dulu sebelum makan..



Mama dan adik..



Mmm..yummmy! Sedapnye mama..nanti kita datang lagi ye ;)



Eh eh cantikla wall paper ni..jom snap picture jugak..



Amboi papa..sedapnya makannn..tak tengok kiri kanan yer..

Ps: first time try eskrim tutty fruity.. Mujurla ada outlet baru bukak dekat rumah ni..before this nak gi makan selalu tak menjadi..hihi
Published with Blogger-droid v2.0.4

Al Fatihah.. Salam Takziah buat sahabatku Zuraida..

Pagi ni aku dikejutkan dengan mesej melalui fesbuk dari sahabatku Cik Na..
'



  
sedekahkan al-Fatihah untuk anak sahabat kita yang sulung zuraida yang telah kembali ke rahmatullah semalam.... dia tinggal pesan n tolong bagi tahu yang lain2'

aku terkesima seketika.. masih tertanya-tanya.. apakah?? kenapa?? sebelum ni mc da (panggilan mesra pada zuraida) takde pun cerita pasal anak dia sakit? kenapa tiba-tiba kami dikejutkan dengan berita ni?

persoalan demi persoalan mula timbul dibenakku.. terus aku capai telefon dan call Cik Na tapi tidak berjawab..

tak lama kemudian terima SMS dari Cik Na..
'keracunan gas dalam rumah.. baca utusan muka 12'

Innalillahiwainnailaihirojiuun... sesungguhnya kamu diuji dengan ujian yang berat olehNya wahai sahabatku.. semoga anakmu yang masih kecil dan tidak berdosa itu ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.. marilah kita doakan bersama-sama agar roh anak sahabat saya ini yang baru berusia 10 tahun dicucuri rahmat.. semoga ibunya tabah, banyak bersabar dan redha dengan ketentuanNya..

Al Fatihah..
Gambar Mc Da bersama arwah anaknya yg dijadikan profile picture di fb nya (saya ambil dari fesbuk beliau)..

Anak pekerja Petronas Carigali maut terhidu gas beracun

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Anak seorang kakitangan Petronas Carigali Sdn. Bhd., maut manakala empat lagi ahli keluarganya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas terhidu gas beracun yang dipercayai berlaku di kediaman mereka di Turkmenbashi, Turkmenistan awal pagi ini.

Mangsa, Nurdanisha Farhana, 10, meninggal dunia beberapa jam selepas dikejarkan ke sebuah hospital di kawasan tersebut.

Menurut jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Ashgabat, keluarga tersebut tinggal di Turkmenbashi yang dipercayai merupakan kawasan operasi pengeluaran gas.

Setakat ini pihak kedutaan masih lagi memantau dan menunggu laporan penuh pihak Petronas berikutan kawasan itu terletak jauh dari bandar.

"Kakitangan Petronas itu masih belum dikenal pasti, isteri dan dua lagi anaknya dilaporkan stabil dan kini menjalani rawatan di hospital yang sama.

"Kita juga belum dapat memastikan lokasi kejadian sama ada di rumah mangsa atau lain-lain tempat selain punca berlakunya insiden itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Difahamkan, dua anak lelaki mangsa akan dibawa ke sebuah hospital di Dubai dalam waktu terdekat bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Turut difahamkan, kakitangan Petronas itu baru setahun 10 bulan bertugas di kawasan tersebut.
Tambah jurucakap itu, berdasarkan laporan Petronas, setakat ini hanya seorang sahaja iaitu Nurdanisha Farhana yang disahkan meninggal dunia.

Katanya, usaha untuk membawa pulang jenazah Nurdanisha Farhana juga masih dalam perbincangan dan pihak kedutaan akan memaklumkan perkara tersebut dari semasa ke semasa.
Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay ketika dihubungi lewat petang ini mengesahkan kejadian itu.

Sumber: Utusan Malaysia









Monday, January 23, 2012

::Foot SPA at Home::

Sekali sekala kaki pun perlu dimanjakan jugak ye adik kakak sekalian.. bukan tang muka je yang nak kena belai.. Tak gitu? ;)

Menggaramkan kaki di rumah di hari cuti menggunakan garam spa kaki keluaran natural collection..*sila abaikan kaki ku yang hudus itu..huhu*

Best tau garam ni.. Ada campuran bunga melur, halia, cengkih dan bahan2 lain yang menjadikan kaki terasa sangat segar dan sejuk selepas direndam.

Antara khasiat Garam Spa Kaki natural collections ialah:
1. Menyegarkan kaki dari kebas dan lenguh;
2. Melancarkan perjalanan darah;
3. Membantu mengurangkan dan menyingkirkan toksin dalam badan;
4. Mengurangkan sakit sendi dan sengal tulang; dan
5. Mengatasi masalah kaki-tumit merekah, mengelupas, berpeluh, gatal jari dan kaki berbau.

Cubalah~

Gong Xi Fa Chai

Selamat Tahun Baru Cina!

Eh eh? Ada ke orang cina yang baca blog ni ye? Tak kisah la ada ke tak.. Janji kita wish sebab kita kan 1Malaysia.. Tak gitu? Stok limau camana? Banyak tak? Kat rumah ni ada la sekotak dua.. Best betul la dapat makan limau free ni..yang masam pun rasa manisss jer..hehe

2 hari ni memang best la sebab dapat cuti free.. Kat opis semalam pun sunyi sepi..ramai yg dah ambil cuti bersambung.. Anak-anak sekolah lagi la.. Cuti sampai seminggu tu.. Sakan la enjoy depan tv layan kartun macam si boboy dengan zahra kat rumah ni..

Aktiviti hari ni adalah menghadiri kenduri kawin dan jemputan makan2 sempena tahun baru cina.. Hari ni ada tiga jemputan yang perlu dihadiri.. Esok ada satu jemputan kawin.. Maknanya kita tak payah susah susah nak pikir pasal masak memasak ditengahari ni ye.. Malam karang baru kita pikir.. Heh...

Saturday, January 21, 2012

Blogwalking..

Salam..

Petang-petang ni buat apa ye? kita baru lepas layan keropok lekor dengan teh panas.. sedapp.. keropok tu beli kat Kuala Besut.. on da way balik dari percutian di resort tok bali tadi.. cerita pasal holiday tu kita update kedian ye sebab rasa letih tak hilang lagi..

Tiba-tiba je akak rasa nak merayau petang-petang ni.. dah lama tak follow blog baru.. so petang ni kita akan follow mereka yang bertuah.. mari kita lihat siapa yang kena... jomm!

Friday, January 20, 2012

Al Fatihah kepada keluarga Izwan Pilus..

Salam..
baru buka fb, blog dan twitter
nampaknya semua update pasal
pemergian artis Izwan Pilus
terkejut juga aku membacanya
mengenangkan umurnya masih muda
dan tiada khabar yang dia jatuh sakit
apapun kita harus akur dengan takdir
dan qadak dan qadar yang Allah lebih
menyayanginya..
sama sama kita sedekahkan Al Fatihah
kepada rohnya semoga dicucuri rahmat
dan ditempatkan bersama sama orang
yang soleh..
Salam takziah buat keluarga beliau..
Al Fatihah..Amin.

Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday, January 19, 2012

Edit Mengedit..



via photo grid ;-)

Tok Aman Bali Beach Resort








cantik kan? aku suka tempat ni..cantik dan mendamaikan.. baru je sampai dari sini.. nanti kita citer lagi ek..

Wednesday, January 18, 2012

Sakit..

Salam..


Hari ni aku sakit..semalaman tak dapat tido sebab lenganku sakit sangat2.. mungkin sebab tekanan kerja yang terlampau membuatku jatuh sakit..

lengan sebelah kananku terasa sakit sangatt.. aku rasa sebab terlalu leka dan banyak gunakan tangan kanan ni untuk menulis dan menggunakan komputer sepanjang hari sehingga rasa lenguh yang amat.. balik kerja semalam terus mintak bibik urutkan.. tapi mungkin disebabkan kesan urutan tu buat aku rasa bertambah sakit sehingga tak boleh tido semalaman.. kesannya kepalaku jadi pening sangat sehingga aku muntah2.. perut pun jadi sakit tapi still datang keje.. 

kat bilik opis ni dok layan pening dan muntah je.. kepala rasa pusing2...

petang ni kena outstation pulak.. kalau tak pergi susah jugak sebab ada tugas penting yang perlu diselesaikan.. ni pun mintak encik driver hantar.. 

Sembuhkanlah daku Ya Allah..

Monday, January 16, 2012

1st try..sup belut

Selamat Malam..

Dah banyak hari tak update.. biasalaa.. dasar pemalas kan.. mood pun ke laut.. aku kalau malas nak menulis kerjanya just bukak blog sendiri pastu edit edit lebih kurang kemudian pegi skodeng kat blog orang.. jadi silent reader passtu tutup! keji tak aku??.Kejiiii le sangat.. hihi..

Malam nak citer pasal sup belut..
korang pernah makan tak..?
okeh.. sila buang jauh-jauh imaginasi anda bila aku sebut sup belut ni hoccayyyyy..

sebab aku dah bleh imagine apa yang korang bayangkan once aku tulis belut ni.. hahah!

eeeeiiiiii... :-P

Tapi tak sangka la..akhirnya berjaya jugak belut tadi menyondol masuk dalam tekak ku..hehe

citernya begini.. masa aku naik jumpa bos kat tingkat atas opisku tadi.. tetiba terbau masakan sup yg harum semerbak..

aku dah syak ni mesti Poksu the masterchef yang masak ni.. so aku pun gatal mulut la tegur..

'sedapnyeee bau supppppp!'

sekali staf kat situ cakap.. 'aah..sup belut.. cik nur nak try?'

haaaaa? macam tak percaya..

ekceli dah lama aku menyimpan hasrat nak try sup belut ni.. tapi tak tau bila ada peluang.. sebab famili aku mana la ada yang gemar makanan eksotik ni.. sebut belut pun dah berdiri segala bulu diaorang..hahaha..

laki aku pun.. kalau aku sebut 'bang, jom try sup belut..'
rasanya silap aribulan dia dah pitam dulu kot..hahah..
tengok belut dia dah geli geleman ni kau nak makan..??

idok ler temannn..




akhirnya dapat jugak aku rasa sup belut ni..

sedap woooo.. isi dia macam ikan haruan jer.. *masa telan sup ni aku buang pikiran jahat dalam otakku pasal belut ni jauh jauh..hehe*

slurrppppp.. abis seketul je isi dia..

'tambah ler bos..'

errrkkkk.. cukuplaa.. asal boleh rasa..hihi..
Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, January 10, 2012

Amanat Tahun Baru

Selamat pagi uols!

Pagi2 lagi aku dah berada di sini- Dewan D di MAEPS Serdang untuk program Amanat Tahun Baru 2012 bersama Menteri Pertanian.

Alhamdulillah.. Semua urusan menguruskan rombongan hampir 70 orang ke sini semalam berjalan lancar.. Walaupun timbul sedikit masalah dalam menguruskan kehadiran pegawai ke sini dalam masa yang amat singkat tapi semuanya berjalan seperti yg dirancang..

Majlis dijangka bermula jam 10 pagi nanti.. Suasana di dewan sekarang dah separuh penuh dengan penjawat awam di bawah kementerian pertanian. Program akan berakhir dengan makan tengahari. Lepastu kami akan bertolak balik terus ke kelantan..oh, letih sungguh! *patutla ramai yg tanak datang*

Ok..tu saja untuk pagi ni..doakan kami selamat pulang ye! Tq.

Wednesday, January 4, 2012

Kalau dah mengidam..

Jauh skit pun tak pe.. sanggup pegi cari.. asal dapat makan kira puas hati..

Balik keje tadi tetiba je rasa kecur liur nak makan mi tomyam.. Sampai kat umah, jemput si bongsu dan terus keluar semula pi cari restoran tomyam kat kubang kerian..

Tomyam kat kedai ni memang sedapp.. Hilang jugak kempunan nak makan.. Dapat segera pulak tu..

Eh..eh.. Macam orang berisi je??

Mana adooo.. Takde lar.. Confirm!! Hihi..

Budak baru bersekolah..

Alhamdulillah.. takde masalah.. dah pandai masuk kelas sendiri masa gi sekolah dan tau cari kereta mama masa jemput dia balik.. Sayanggg anak mama!

Tuesday, January 3, 2012

Yaya 1st day Schooling..

Salam 1Malaysia..

Alhamdulillah..hari ni my doter Yaya a.ka adik dah selamat menduduki darjah 1.. tak sangka dah besar panjang anak bongsu mama ni.. mama pun rasa macam dah tua lak bila anak-anak semuanya dah bersekolah.. tapi takpe.. lepas ni senang kita nak pegi mana-mana.. tak payah sibuk2 nak angkut bakul susu, buai berbagai.. hehe..

Eh eh.. merepek la pulak.. jom layan gambar adik semasa hari pertama di sekolah hari ni.. mama siap ambil cuti tu.. nak monitor dan bagi tunjuk ajar kat budak comel ni.. kang esok takleh survive lak kat sekolah nak beli makan kat kantin, pegi toilet semua..

Kalau bab nangis dalam kelas tu mama jamin adik memang takde masalah nyer sebab dah sekolah tadika 2 tahun sebelum ni.. lagi pun budak2 sekarang bukan macam time kita dulu… sampai sekerat hari mak bapak nak kena tunggu tepi tingkap sekolah.. time balajar tu asyik dok pandang tepi tingkap jer.. takut mak atau ayah ghaib.. pastu mula la nak mencebik cebik nangis kannn?? kahkah.. *aku takkk*

IMG-20120103-01566

muka budak ceria nak ke sekolah.. malam tadi tido lambat macam biasa jugak.. puas berperang suh masuk tido awal.. tapi boleh bangun awal tuu… baguih dok ado la adik ni…mmmuahhss =)

image

sampai kat sekolah dah tau kelas dia kat mana.. pandai je carik kelas sendiri lepas pegi hari pendaftaran minggu lepas.. terus masuk cari tempat duduk sebelah depan..

image

memandangkan hari ni 1st day sesi persekolahan jadi haruslah ada assembly dulu.. so budak budak darjah 1 ni pun di bawa ke dewan untuk mendengar amanat dari cikgu2 semua.. yang pasti budak2 baru ni nampak masih blur dengan suasana baru.. ikut jer semua arahan cikgu..hehe

tapi aku puji la dengan sikap cikgu2 kat sekolah ni yang mesra alam dengan ibubapa.. masa aku kat sekolah tadi, hampir semua cikgu2 yang terjumpa dengan aku bertegur sapa dan salam2.. pastu borak2 sekejap tanya anak kita kat kelas mana.. cikgu kelas pun ok.. dia bagitau selama 2 minggu ni takyah bawak buku sekolah lagi sebab dalam tempoh ni akan diadakan minggu orientasi untuk budak budak baru.. kelas yang diaorang duduk ni pun akan diubah semula bergantung kepada kepada keputusan awal peperiksaan dalam minggu orientasi ni..

Lepas adik masuk kelas tadi, mama terus chow.. pegi beli nasik dulu then balik breakfast kat rumah.. lapar kata kau..hihi.. dalam kul 9.30 pagi tu baru pegi balik kat sekolah nak tengok adik masa dia rehat.. sampai kat sekolah tu budak ni dah ada kat kantin dok beratur untuk beli makanan… nasib baik mama cepat sampai.. sebab duit dia tertinggal dalam beg kat kelas la pulak.. terus mama bagi duit lain untuk beli makanan dengan air.. ajar ambik baki duit semua.. cara makan kat kantin dan jaga kebersihan jugak..

Recently Updated2

budak lapar time rehat.. pagi tadi alas perut dengan roti jem dan teh panas je sebelum ke sekolah.. berselera benau makan mihun beli kat kantin sekolah..

lepas rehat ajak dia pegi kedai PIBG sekejap.. tunjukkan tempat nak perabih duit time sekolah.. hahaha.. mama beli buku latihan untuk abang ;)

tak lama kedian loceng tamat waktu rehat berbunyi.. skali aku cari dia dah hilang.. rupa2nya dah pandai balik ke kelas sendiri.. pegi kat kelas dia tengok elok je dok belajar dalam kelas dengan cikgu..

so mama pun tak mo tunggu lama-lama.. terus balik umah dulu rehat sementara pukul 12.45 tengahari..

time tamat sekolah pegi jemput dia semula… tersengih2 je masuk dalam kereta masa nak balik..

“best ke dik pegi sekolah?”

“besssttttt” *mula malu2 kucing*

ok la tu.. senang hati mama pegi kerja esok :)

p/s: tiba-tiba teringat kenangan masa aku darjah 1 dulu.. tiap2 hari sebelum gi sekolah arwah abah yang ikat kan tali kasut ku yang panjang berjela *masa dulu mana nak ada sangat kasut2 style pelekat zip zap ni kan :(*

Al fatihah buat arwah abah..

Kita serah saja pada yang di atas..

Selamat Malam!

Ramai yang dibuai mimpi agaknya ni.. Sibuk benar aku hari ni sampai tak sempat nak jenguk blog sendiri.. Blog kawan2 lagi la..

Mengimbas kembali aktiviti hari ni.. Pagi tadi aku agak lewat masuk ke pejabat sebab rasa cam tak berapa sihat.. Nak bangun kepala rasa berat semacam tapi gagahkan diri juga ke ofis.. Lagipun esok nak cuti lor.. nak uruskan adik dah masuk darjah satu esok..

Kat ofis hari ni tersangattla bizinya dengan laporan2 tahun lepas yang nak disiapkan.. Bos pun dah helo helo mintak submit semua.. Jadi memang takde masa langsung untuk I bukak blog hari ni.. Baru hari kedua tahun 2012 dah hampir lari target nak buat at least 1 entry 1 hari... Ahaks!

Oklah.. Ngantuk dah bebel panjang2 ni.. Ekceli saja nak share dengan korang citer lawak yg member aku post kat status fb tadi..

Jangan mare aa cik nurul.. Aku kopipes dari status mu tadi.. Memang dok tahan aa dok gelak dengan citer ni..

Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba² dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercengkerama'. Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pn bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yg semakin gementar.

Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersedu² dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas." jawab si lelaki.. Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yg sedap² di bawah, senang² nk serahkan semuanya pd aku! Aku kn cuma tengok jer, usik pun tidak!!"

Sent from my BlackBerry® Smartphone via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012!

Selamat Tahun Baru!

2012 menjelma sudah.. meninggalkan 2011 yang penuh suka duka dan menggamit memori terindah yang pasti terpahat dalam ingatan kita buat selama-lamanya..

Bila bercerita mengenai tahun baru sudah tentu tajuk yang hangat diperkatakan ialah mengenai azam baru..kalau ditanya padaku mengenai azam baru tahun 2012 ni mungkin jawapannya adalah begini..

"Menjadi insan yang lebih baik disisiNya, menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak, isteri dan ibu dengan lebih cemerlang, berusaha untuk menjadi pemimpin/ketua yang boleh dicontohi oleh pegawai bawahan dan menunjukkan prestasi kerjaya yang cemerlang kepada ketua jabatan"

Chewah... kemain mantop lagi ayat aku ek.. hihi

Korang pun mesti ada azam baru kan? apa-apa pun diucapkan selamat tahun baru buat uols. semoga tahun ini memabawa 1001 kebaikan buat anda semua.. sama2 lah kita doakan semoga apa yang kita rancang dan hajati dimakbulkan olehNya.. Amin..