nuffnang

Sunday, October 30, 2011

Sure Heboh yang sangat heboh!

Assalamualaikum..
Buat apa petang petang ni sahabat sekalian? Aku kalau petang camni mula la mengantuk.. rasa nak peluk bantal je.. tapi takleh tido la.. baru nak lelap mata budak budak buat bising la pulak.. saja je tau takmo kasi peluang mak dia nak terlelap sekejap sebab dah tau mak dia ni memang kaki tido…ekekeke
Biasa kalau hari sabtu camni mesti aku dengan encik suami rajin bawa anak-anak keluar tapi hari ni terasa malas yang amat.. lagipun malam ni ada siaran langsung perlawanan Piala Malaysia kan.. jadi harusla rehat secukupnya untuk bersorak pada pasukan yang menang hihi… ssshhh..aku sokong pasukan hobin jang hobin.. korang? ;)
Panjang pulak intro ni.. nak citernya hal lain ekceli.. citer ke pesta Sure Heboh semalam.. aku sebenarnya tak rajin sangat nak kPublish Poste sana.. tapi di sebabkan anak anak yang beria nak pergi maka kami suami isteri layankan je la kehendak anak anak walaupun dalam keadaan cuaca musim tengkujuh ni.. tapi tak sangka pulak sambutannya begitu meriah.. maklum la, dua hari je kan.. promosi kat tv ngan internet pun kemain heboh.. maka habisla rakyat seluruh pelosok kelantan ni berpusu pusu keluar nak menyaksikan sendiri apa yang heboh di jom heboh tu..hihi
image
image
image
Ni antara picture yang sempat aku snap masa kat sana.. masa mula mula nak sampai tu dah cuak dah rasa.. dengan jalan jem yang amat dan kena parking kete jauh jauh.. pastu berjalan kaki pulak dalam 1.5 km ke tapak pesta..
Sepanjang jalan berjumpa dengan ramainya orang.. ada yang baru nak pergi dan dan ada yang dah nak balik dengan paper bag yang pelbagai ditangan..
Bila sampai kat sana tu.. aku tengok.. masyaallah.. punya la ramai manusia.. nak berjalan pun takleh ni.. kat segenap ceruk orang ramai dengan keluarga.. dengan pasangan.. dengan kawan kawan.. sampai aku dengan encik suami kena pegang anak anak dengan kejap masa berasak dicelahan manusia yang ramai tu.. nak singgah jenguk jenguk di setiap gerai pun tak kuasa dah dengan suasana hingar bingar yang memekakkan telinga sebab semua pakat dok berkempen produk masing-masing dan kena berasak asak masa nak tengok satu satu tempat tu..
image
cer tengok.. takde celah pun nak tengok tengok gerai jualan dengan aman.. aku cari fasha sandha pun tak nampak bayang.. ingat nak la tengok si fasha bertudung dari jarak dekat..hihi .. tapi yang aku dapat tengok si Akim AF dengan Tomok je.. tu pun dari jarak jauh yang mana masa tu we all stop untuk 2 minit je ambik gambar masa diaorang tengah buat show..
image
image tak kuasa nak berasak camni.. huh!
image sempat snap pic bebudak kat sini je..
Lepas tu cepat cepat aku heret anak anak keluar.. pujuk diaorang beli aiskrim kat luar.. selamat la poket aku walaupun habis RM20 jugak beli jajan MisterPotato ngan Chipsmore yang dijaja di situ..
Masa jalan nak ke kereta tu boboy cakap ‘ma, menyesal rasa datang kat sini kan? orang ramai sangat.. nak jalan pun tak leh..’
Mama dia ni jawab.. ‘tau takpe.. kan mama dah cakap? sekarang rasakan sendiri penat nak jalan kan?’ ;)

11 comments:

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

yna x pernah g sureheboh wlpun dekta ngn umah je..

malas nak bersesak2 ngn org ramai :)

Misz-ella said...

Kawe sokong Ganu ... HIhi.

azzey said...

lama x jenguk awak kat sini..:)

Unknown said...

mmg sgt heboh...sesak sgt...tp best gak la :p

Qienah said...

sm le..qienahpn xpernah g jom heboh..huhu..
insylah ganu akan menang..:)

Nasz said...

tak kuasa nak g tempat penuh camtu. hehe.

Totie@Tomy said...

SERONOK DULU KAK BUKIT JALIL SAYA DAN HUBBY TUNGGU TRAIN SAMPAI 3 KALI..BANYAK BARANG MURAH..SERONOK SANGAT..

Noor Maizan said...

tak penah pegi pun T___T ..

Unknown said...

walaupun saya ank kelantan, tapi x sempat lg singgah jom heboh di kuantan, x kena dengan masa lak..huhu :)

ZianaRazali said...

ahah..ramainya ore..mjur xg..hi3..

me suya said...

xpe kak nur
bagi diorang rasa pengalaman baru.. nt bulih buat karangan Bm.. heeeeee