nuffnang

Sunday, January 2, 2011

Esok! Esok!

Eeh?! dah pukul 5 ptg la..tetiba aku terbangun selepas terlelap 2 jam..ngantuk ler. Semalam tido lambat. Kes tido petang cam ari ni lah.Karang mulalah susah nak lelapkan mata dan jadi burung hantu..huhu..ni la jadinya kalau dah cuti lama sangat. Dah 10 ari aku tak masuk keje ni..balik oliday dapat cuti free pulak..best2..memang best..jadi takde keje lain melainkan makan tido dan membesarkan badan bagai johan jer..huhu..

Nampaknya besok semua akan back to normal kan? yang bekerja akan  back to office dan anak-anak akan kembali bersekolah..schooooll mate!! hehe..sempat lagi aku wat iklan kat sini..mesti pagi esok bangun dan kalut macam ribut..nak kejutkan anak-anak, berebut bilik air dan sibuk menyediakan bekalan ke sekolah diaorang. Lepas tu time tengahari me akan keluar untuk menjemput anak2 pulang dari sekolah..haiyo..yo..bermulalah episod kesibukanku sebagai isteri, ibu, anak, bos dan segalanya esok..

Dan...

Satu perkara yang paling mendebarkan aku ialah..aku sepatutnya akan memulakan tugas di tempat baru esok.. keje baru? yupp! segala-galanya baru..keje baru..staf baru..opis baru..sebenarnya semasa aku bercuti hari tu aku telah menerima sepucuk surat cinta yang menyatakan pertukaran ku ke bahagian baru di pejabat yang sama. Sebenarnya aku sudah boleh mengagak pasal pertukaran ni sebab boss ku ada menghubungiku semasa bercuti hari tu. Hampir 60 orang pegawai terlibat dalam pertukaran ini. Dan sebagai pegawai yang profesional (ececeh..ye sangatla tu) aku akur dengan kehendak jabatan dan sedia mematuhi arahan ini. Aku akan cuba hadapi tugas baru ni dengan sebaik-baiknya..Insyaallah..itulah azamku di tahun baru ini..semoga tuhan mempermudahkan urusanku..amin.

Eh..jom minum petang..aku ada blue berry cheese cake ni...yummy2x!

P/s: Aku pohon seminggu lagi tempoh peralihan dari boss sebelum ke bahagian baru untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh..jadi minggu depan aku still kat tempat lama :)

2 comments:

me suya said...

owossss
kak nur cuti lagi ko??
ko g ngantar ank2 ke sekolah :)
Suya ada kat kelatey, tu tak update tu..malas nk berebut pc ng budak2.. laptop tok bawa kelik.. nyasal gak sikit..hehehe

kakchik@ella said...

All the best puteri cahaya. sila la makan ye. kakchik ari ni posa. hihi ..