nuffnang

Friday, January 14, 2011

Jom Pegi TESCO!

Ayam dah tido baru terhegeh-hegeh nak buat entry untuk ari ni..hehe..salam hari jumaat yer kengkawan..apa citer ari ni? Daku macam biasa lah.. hari jumaat sememangnya ditunggu-tunggu setiap minggu memandangkan jumaat adalah hari cuti-cuti kami sekeluarga.. mak dan anak boleh bangun lambat sebab tak yah pegi ofis atau skolah.. lepas subuh buat aktiviti menyambung tido anak beranak sampai kul 9 pagi ..kekeke..waktu tengahari pulak anak-anak cam tau-tau je kalau ari weekend sebegini musti dah get ready lepas jumaat untuk bersiar-siaran di shopping mall secara tak langsung menghabiskan RM mak dan ayah dia ni..hihi..

puteri bongsu a.k.a adik > sampai kat TESCO terus panjat benda alah ni..hehe


Maka diceritakan pada ari ini bahawa aktivitas kami sekeluarga ialah berpeleseran di TESCO sambil makan-makan dan shopping barang dapur sikit-sikit..biasanya aku malas je nak gi shopping kat sini pasal orang ramai sangat..pastu dia punya floor pun besar sampai tak larat nak tolak troli berjalan mencari barang-barang di situ.. tapi kalau jarang-jarang sekali camni boleh la..sambil layan anak-anak kan..sian jugak diaorang.."boring la ma, asyik pegi Mydin Hypermart selalu".. komplen they all.. hihi.. 

Papa: "okeyla..ari ni kita pegi TESCO pulak..dah lama tak gi makan-makan kat sana kan?"



Ini abang a.k.a boboy..tahun ni dah masuk darjah 3..suka sangat makan sizzling yee mee..kalau pi mana-mana restoren atau food court yang ada benda ni musti dia order nyer :)..yummy2..sedapnya makan tuu..selera betul..suka mama nengok :) sampai tak nak share dengan adik pun kan?! :P

Lepas makan-makan kat food court layan bebudak ni main kat kids playland sebelah tu..abis le berpuluh2 RM jugak melayan diaorang berdua tambah dengan kazen dia sorang lagi (arini bawak anak buah sekali :)

mama tengah memantau anak-anak bermain..
"Dah puas main dah? jom naik atas pulak..mama nak beli barang sket ni"...sampai kat atas tu nak cari minyak masak la konon..dah stok yang kat dapur rumah tu tinggal skit je lagi..nampak macam ada stok minyak kat sini sebab tadi ramai gak yang dalam troli masing-masing ada botol minyak masak..tapi bila aku sampai kat rak minyak tu alangkah hampanya cek melihat rak yang tinggal rak semata-mata...aduhhaiii..apa la malang nasib cek ari ni tak dapek minyak barang sebotol pun..huhu..
-
-
-

kosong??? ohhh...mana minyakk???
Takpela..dah takde minyak kat sini nak buat camana kan..besok jer la cari kat gudang keling...tak pun kita takyah masak..beli je nak makan..hehehe..jom balik anak-anak semua!!

nak jugak ambik gambar tolak troli..bukti bergambar i pegi shopping ari ni..hehe..

gambar bonus- dua orang sepupu yang sangat rapat..percaya tak yang kecik tu dh masuk darjah 1 manakala yang besau tu muda setahun dari yang kecik tu? *wink2*

6 comments:

SyilAdlin said...

kak nur g shopping ari gapo tu???kalo ari sabtu dio x bui supik...napok supik blana tu....

MamaYatie said...

kasi chance la anak2 nak main..cian juga asyik lalui rutin sama..pantang tul budak2 jumpa mainan ni kan..

Princess Nur said...

@ Syila > ari jumaat yang..cari minyak huhu..

@ Mama > betul tu ma..everyweekend adalah hari untuk anak2 :)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

kat tesco ada tempat main2 ehh??
huhu, knp fifiey tak tahu nii? dh lama tak pergii. balik kelate punn, duk terperap kat umahh je. lusa ffiey dh nk blik ke jakarta sis.. nnt fifiey blik sekali lg, kita jumpaa oke? prepare me some delicious kelantanesse food:) lol;D

Princess Nur said...

@ fifiey > ok fiey..set.akak pun plan nk jumpa u one day ^_^

me suya said...

kaknur selalu ke mydin hypermart eyh. kalau mama suya plak selalu pergi pantai timur hypermart kat taman bendahara tu jek.. Dekat dan tak jem^^