nuffnang

Monday, March 14, 2011

Bila Dua Blogger Bertemu

Hari tu jumpa adik blogger tu di sini.. sabtu lepas pulak jumpa kakak blogger ni yang datang jauhh nun dari KL ni...
Pertemuan yang dirancang dalam masa yang singkat akhirnya menjadi kenyataan.. dah lama plan nak jumpa kakak yang berjari halus ni.. hari tu ada plan nak jumpa masa turun ke KL tapi tak sempat jumpa la pulak.. kali ni baru berkesempatan jumpa dia.. kebetulan dia balik ke Kelantan untuk menghadiri majlis kenduri adiknya..

P3122686
kenapa i nampak begitu gemuk? OMG..
Dari blog ini kami saling berkenalan.. hampir setiap hari kami bertegur sapa di shout box.. kemudian ke alam SMS dan akhirnya.. ke alam nyata.. best.. seronok.. gembira.. terharu.. semuanya bercampur baur bila dapat jumpa kakak saya yang comel ni.. kulit mukanya halus mulus.. mulutnya ramah tamah.. orangnya baikk sangat dan suka berceloteh.. kalau lah bukan kerana masa yang cemburukan kami pada masa tu maunya kami berborak sampai ke malam.. tapi apakan daya.. k'chik datang bersama keluarganya dan harus pulang kerana banyak lagi agenda keluarga yang perlu diikuti..

Memang tak rasa letih langsung bila dapat berjumpa dan berborak dengan k'chik.. terasa berbaloi penantian menunggu dia ni sampai walaupun terpaksa menunggu hampir dua jam dek kerana jarak perjalanan yang jauh dan kesesakan jalanraya.. tambahan pula masa tu hujan turun mencurah-curah.. walau apa pun semua itu tidak menghalang niat kami berdua untuk bersua muka kerana masing-masing dah niat 'dapat jumpa sekejap pun jadi laa..'' *iye ke k'chik? :)* hihi..

Harap-harap lepas ni ada lagi blogger yang sudi nak berkawan dan berjumpa dengan nur ni ye? ada ke? ada? sila angkat tangan...

7 comments:

me suya said...

Suya juga la tak pernah lagi jumpa kak nur in person.. hehehe insyaALLAh, balik kelatey nt try mencari seorang princess bernama Nur.. hehehe

BLADE EDGE said...

salam akak...

kalo akak dtg tganu, mungkin blh bertembung kot :-)

JIJI YU said...

dari semalam dok angkat tangan kak ..hehehhe

~ PIJA ~ said...

nanti org pergi kelantan kite jumpe tau..!!!

kakchik@ella said...

Terharu baca n3 ni. Kc hepi sgt lah dpt jumpa Nur walaupun terpaksa meredah traffik jem, hujan yg turun mencurah-curah.

Nanti bulan 4 kc balik lg InsyaAllah kita jmpa ye.

makdara TERdiva said...

nak..nak! [sambil angkat keybord tinggi2]

tp kena tggu MDT dtg kelantan lg sekali..tp entah bila la..tsk!

azzey said...

Saya kene pg kelate jugalah ye klu nak jumpa nur