nuffnang

Saturday, March 12, 2011

Marilah Kita Hulurkan Bantuan Kepada Mereka..

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Alhamdulillah.. kita masih boleh menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t pagi ni.. masih teringat peristiwa semalam yang sangat memberi kesan kepada dunia – Tsunami di Jepun. Betapa naifnya kita yang hanyalah hambaNya dan tidak mampu melawan takdir yang telah tercatat olehNya. Syukur Alhamdulillah.. rakyat Malaysia di sana diberitakan selamat semuanya di sana.

Sepanjang malam hujan turun dengan lebat selebat-lebatnya di sini.. hinggalah pada waktu ni, hujan masih turun dengan lebatnya di luar sana. Adakah kerana kesan peristiwa itu? Wallahualam.. walau apapun, kehidupan tetap diteruskan seperti biasa. Sama-samalah kita cuba menghulurkan apa jua bentuk bantuan yang kita mampu kepada penduduk  Jepun selepas ini. Sudah tentu mereka akan menghadapi kesukaran untuk membangunkan semula kehidupan dan negara yang ditimpa bencana yang amat besar ini.

Entry ini dicatat untuk menunjukkan bahawa kita semua sangat bersimpati dengan kejadian yang menimpa Jepun dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan Negara Malaysia yang tercinta ini. Semoga Allah melindungi Malaysia selalu..

Ya Allah, kami sangat bersyukur padamu kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang tercinta ini dan lahir sebagai seorang mukmin disisimu.. Engkau lindungilah kami  dari sebarang bencana dan keburukan yang hanya Engkau yang maha mengetahui segala-galanya..  Amin..

3 comments:

Cahaya Qaseh said...

ngeri jugak tgk video tsunami tu..huhuhu..sng2 je kpal y bsr blh naik ke darat dgn kuasa Allah..ujan kt kb y xberenti2 ni buat sy takut lak..kena b'ingt la..huhuhu..=(

JIJI YU said...

ehm2..ambik le peristiwo ni sebagai pengajrey buat kali keduonyo..

me suya said...

betul tu kak nur..
pakcik makcik suya belaja sano pun dah respon.. die selamat.. tp insaf dia kate sbb tgk dan rasa semua tu.. Gegaran tu sampai ke malam ada lagi.. Nasib baik masa kejadian pakcik suya ade kat kyoto.. Kalau kira rumah die di sendai.. Jadi die mmg tak tahu keadaan rumah sana.. Terputus hubungan.. oppss pnjang plak..