nuffnang

Monday, March 21, 2011

Ini Celita Manyak Panass!!

Video Seks Pemimpin Pembangkang Mula Tersebar

21/03/2011 21:05:44

Cukup heboh apabila seorang pemimpin pembangkang dikatakan terbabit dalam aksi seks dengan seorang pelacur wanita. Aksi seks itu dikatakan berlaku di sebuah hotel di ibu negara yang menawarkan perkhidmatan seks. Ketika berita klip video seks dikatakan membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mula tersebar pagi tadi, ramai tertanya-tanya siapa gerangan si pelaku.

Semuanya bermula apabila seorang individu bergelar Datuk T dikatakan menjemput kebanyakan editor kanan akhbar ke Carcosa Seri Negara untuk menonton video seks berkenaan.

Difahamkan wartawan menyaksikan tayangan video itu mendakwa lelaki dalam rakaman itu kelihatan seperti seorang pemimpin kanan pembangkang. Rakaman video 21 minit hitam putih itu dikatakan ada empat segmen menggambarkan pemimpin terbabit mengadakan hubungan seks di sebuah hotel. Ia dirakam 21 Februari lalu.

Datuk T yang mendedahkannya mendesak pemimpin berkenaan letak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video itu didedah kepada umum.

Sumber: TV3

5 comments:

Unknown said...

hurm..berite ni dah sahih ke kak

Ana Montana said...

memang panas nie akak...
sapolah agk2nya nie eh??

Misz-ella said...

tadi blog ellen pun buat n3 psl ni jugak nur. mcm2 dunia skrg, kan.

toyolkiut said...

emm..
bila bnyk kali d baca, nmpk janggal dan tak logik je..
ntah la..

addios said...

"Datuk T yang mendedahkannya mendesak pemimpin berkenaan letak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video itu didedah kepada umum"

MASAALHNYE AWAL2 LAGI DAH DIDEDAHKAN KPD MEDIA SIAP BUAT TAYANGAN PERDANA.... BIASALAH TAKTIK POLITIK, TAPI TAKTIK NI SGT XMATANG SANGAT LUCUUUUUUU....HAHAHA

PESAN SY: BERFIKIRLAH DENGAN WARAS... TUHAN BG AKAL UTK BRFKIR BKN MENILAI SECARA EMOSI..SY XMYEBELAHI MNA2 PIHAK CMA BG PNDANGAN SECARA RASIONAL...