nuffnang

Wednesday, March 16, 2011

Orang Lelaki.. Jangan Simpan Handphone Anda Dalam Poket ya!

hphone

Tahukah anda? Telefon bimbit sebenarnya membahayakan penggunanya terutamanya golongan lelaki.. Golongan lelaki mungkin perlu berhati-hati apabila menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar selepas ini berikutan dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa tindakan itu boleh membawa kesan kepada sistem reproduktif mereka.

‎1. Pengguna yang membuat panggilan lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.

2. Penggunaan telefon bimbit secara berlebihan menjadi satu faktor yang menyumbang kepada penurunan bilangan sperma selain obesiti, merokok, stres, pencemaran dan bahan kimia yang mengganggu hormon.

3. Lelaki yang membawa telefon bimbit yang diletakkan di bahagian tali pinggang atau dalam poket dengan 'keypad' mengarah ke luar pula akan menghadapi kesan yang tinggi kerana antena berada di belakang dan lebih hampir dengan tubuh.

4. Wanita yang sering meletakkan telefon bimbit di dalam beg sandang yang tergantung di sebelah payu dara turut mendapat kesan terhadap kesihatan dalamannya.

Syarikat Apple dalam buku panduannya telah memberi amaran kepada pengguna agar menjauhkan Iphone dalam jarak sekurang-kurangnya 15 milimeter daripada tubuh.

Syarikat Blackberry pula menasihatkan pelanggannya supaya menggunakan telefon bimbit bebas wayar atau menjarakkannya seinci dari tubuh wanita hamil dan bahagian bawah perut remaja. Bagaimanapun, pengguna masih tidak mempedulikan kesan yang akan mereka tanggung itu.

Ini sama kes seperti penggunaan telefon bimbit terlalu lama boleh menjejaskan otak manusia. :)

Jika syarikat pengeluar sudah menyarankan agar menjauhi telefon bimbit, mungkin ada benarnya juga. Tunggu kenyataan rasmi dari pihak kerajaan. :)

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

8 comments:

me suya said...

eyh. baru tahu..
thanx kak nur

Miss PIJAOSIX said...

salam kak nur..

pernah dgr jugak pasal nih........!!!auch, seram...hihi

cikbedahlaser said...

owhh owhh owhh takut nye.. terus nk paste kt fb.. owhh

Unknown said...

sebenarnye dah tau..tapi tak tau nk letak nphone kat maen lagi.ehehe

ejaMaria said...

hehehe... topik ni kuar hotfm pagi tadi... tp yg bestnya ada satu caller tu... dia kata : letak hp dlm poket dah 10 tahun... anak 6... cucu dah 3... ok je lg... ;p

camna tu... fakta ke auta ???
^_^

Dda Ly said...

OMG..33 years?? nampak muda, cam adik² saye je...err kak nur, lawa la pic background tu...tudung centu kat ne nak cari ye?

meh ke rumah..
~like mother like son~
keep in touch ye..♥♥♥

azzey said...

Tengs nur coz kongsi

Kotak Hati said...

bahaya nii.. bahaya.. pasni kena sangkut kat leher haa...hahahaaaa