nuffnang

Friday, December 24, 2010

Holiday @ KL - Day 1

Dah kul 11 malam la. Mata dah ngantuk giler dah ni. Tapi gagahkan mata  jugak sebab nak bukak blog. Nak check la konon kot2 ada pelawat dan komen yang ditinggalkan oleh korang kan. Bila bukak blog ni..wahh...terharunya rasa..ingatkan takde orang yang sudi menjenguk blog aku yang dok besh langsung ni..rupa-rupanya ada jugak korang yang sudi merindui dan menjengukku disini..*terharu* (ceh,..perasan la pulak.. lempang sebijik baru tau..hehe) tq ye kakak2, adik2, pakcik2, makcik2 (ada ker?) yang sudi menjenguk dan meninggalkan jejak di blog saya ini..

Letih sangat la rasanya dua hari ni..sebab? penat berjalan kot. Eh? kata cuti? iyee..cuti a.k.a bercuti. Bawak anak2 mai KL. Dah school holidays pun dah nak abiskan. Rabu lepas sampai sini. Alhamdulillah..selamat sampai walaupun masa bertolak awal pagi tu (kul 7.30 pagi) dari KB hujan turun dengan lebatnya. Sampai KL dalam kul 4 petang tu pun disambut dengan hujan yang amat lebat lah jugak. Ingatkan kat negeri ku je kena musim hujan ni rupa2nya KL pun sama gak (family kat sini citer asal petang je ujan kt cni..huk~

Day 1- semalam pegi 'warming up' kat jalan TAR dengan KLCC dulu..program biasa aku sefamily kalau datang sini..hehe.. gila kentang putar  betul kalau datang sini..beli apa? Tudung ler.. apalagi kan.. Aku borong terus sampai 10 lai  skali beli kat satu kedai situ..hehe..termakan jugak dengan ayat godaan  budak tu..dah dia kata 'beli borong ler kak murah..' so pikir-pikir betul jugak ek..hmm..lagipun tudung kat kedai tu memang murah dan berkualiti la aku rasa.. lebih kurang jer dengan kain kat kedai yang berjenama tu.. ala yang bini Mawi AF3  jadi model dia tu la..hihi.. Dia punya material pun bagus jugak. Sedap pakai. Jadi tak nyesal lah beli walaupun dah terkopak beg duit ku pada hari pertama di KL ni..hikhik..


uiihh..banyaknya tudung2 yang aku berkenan ni.. nak pilih yang mana satu ni ek..semua berkenan ni..silap aribulan beli satu kedai ok jugak ni..hihi

jeng..jeng..jeng..tengok tu..banyak kat tangan tu... susah la kalau dah gila shopping nih.. tak dapat ditahan-tahan..huaaa..

Kalau diikutkan memang panjang lagi aku nak bercerita ni tapi mata ni dah al mengantuk bangat la uols.. jadi apakata kita sambung citer esok2 la pulak okey..mata ku dah stim garfield ni.. adios..gud nite. Wassalam.

5 comments:

kakchik@ella said...

Hi nur, berapa hari kt kl?kalau byk hari, blh la kita 'dating'. hihi ..

iszieylyanziy said...

besnye holidayyyy

me suya said...

waiting for day 2 and so on..
pasni tudung tu boleh buat giveaway utk suya plak satu :)

Princess Nur said...

K'Chik > ada la 2-3 hari lagi..tapi so far program penuh la kak..kalu sempat me roger ok..hihi

Is > tq is..besttt..mmg best!

Suya > giveaway? hehe.. boleee...nanti nk kena wat contest dulu ni.. ^_^

BLADE EDGE said...

salam akak...

selamat bercuti..

hmm...yg ni dpt tgk muka sbnr akak..hehehe...cun jugak dia :-DDDD