nuffnang

Saturday, December 25, 2010

Holiday @ KL - Day 2: Sunway Lagoon

Semalam pegi Sunway Lagoon. Best giler korang. Anak-anak kemain hepi lagi. Maklumla dah lama tunggu acara yang dijanjikan ni. Sejak awal cuti skolah lagi diaorang dah request nak ke sana. Jadi mama dan papanya ikut kan ajelah. Kebetulan autie hubby ku nak join skali ngan family dia. So bestla dapat pegi ramai-ramai kan..

Seawal jam 9 pagi kitaorang dah bertolak ke sana. Mula-mula sampai tu kemain pening nak cari parking dia kat mana. Sebab kete ku terus masuk kat tingkat atas dalam Sunway Piramid tu. So pening la sekejap nak cari jalan mana nak turun ke tempat parking kat bawah tu. Finally jumpa jugak..Alhamdulillah. Kiranya waktu yang tepat la sampai ke sana. Dalam awal kul 10 gitu. Jadi dia baru bukak dan takdelah nak kena que panjang nak beli tiket semua. Ekceli kitaorang dah beli tiket online awal2 lagi. My hubby ambik untuk package 3 park skali masuk that is amusement park (segala bagai permainan kering/basah), wildlife park (lebih kurang zoo kecik la) dengan wet park (taman tema air).

Masuk tu kitaorang terus pegi tempat wildlife dulu. Tapi tak rata jalan2 kat dalam tu. Sebab jauh dan takut tak cukup masa la (takut petang ujan). So kitaorang jenguk2 rimau dengan burung je pastu terus pegi kat amusement park. Main segala bagai permainan seme family aku panjat. Seronok giler korang. Kami sekeluarga main semua permainan dalam tu. Best..best..best. Ada game yang rasa nak luruh jantung pun ada. Aku tak berapa hafal la pulak nama mainan tu tapi yang aku ingat kitaorang naik merrygoround, kasut yang pusing laju2 tu, keretapi yang jalannya aku rasa cam nak jatuh dalam gaung, naik pelampung bulat round tasik sampai kitaorang abis basah kuyup, naik perahu yang panjat bukit, masuk gua gelap pastu dia buat terjunan menjunam bagai nak mati rasa semua.. heee.. macam-macam lah..best siott..

Layan main sampai tengahari. Pastu pegi solat zohor, makan, tukar baju dan masuk ke water park.. main air pulak lagi sampai petang. Naik gelongsor tinggi, berenang kat beach  dan tasik buatan..belayar naik pelampung, macam-macam lah..sampai naik letih dan lapar semua..hihi..

Arini semua dah pancit..tak larat dah nak kua jalan..kena rest dulu..letih sangat-sangat..semuanya tertido sepanjang ari dalam umah ni kecuali adik aktif cam biasa..hehe..tak reti penat sungguh budak ni. Dah la semalam tak takut langsung dia naik semua mainan tu (Mamanya ada jugak yang tak naik pasal takut..hihi). Betis aku punya la sakit ari ni sampai tak larat dah nak jalan.

Ok..jom layan gambar masa kat sana..banyak sangat gambar sebenarnya. So aku letak sikit-sikit je. Kalau larat aku upload lagi k..

















6 comments:

kakchik@ella said...

Wah .. bestnya. ada main ice skating dlm sunway pyramid tu tak?

me suya said...

seronok~ nak jugak

BLADE EDGE said...

salam akak...

bestnya bercuti...ke tganu, bila lg??

hans said...

wah
bestnya pergi bercuti

P/S : Drama Antara Garisan Memang Layak Ditabalkan Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010

currentlife2u said...

bestnye g sunwayyyyyyyyy...

Encik Suami said...

salam.
nampak seronok ye.ye lah..org apply cuti lama kan?
siriyesli...diri ini tidak pernah menjejakkan kaki kat sunway lagoon.
terhengen jugak nak pegi sebenarnye...tapi..org kat mahal.
kos utk 3 taman tema tue dewasa brp hengget? wahhh..sejak bila jadi akak kaunter ticket nie?ahaks.