nuffnang

Saturday, December 11, 2010

Kenapa Blog?

 Selamat Petang Semua...

Petang2 ni best jugak kalau ada goreng pisang ke, jemput-jemput ke atau kuih muih penyedap mulut ni..amboi-amboi, asyik pikir nak makan jer aku ni ek?! patutla berlemak jer sana sini. tapi nak bersenamnya malas..hishh..

By the way ini tag kedua dari blog ME..SUYA yang aku kena jawab dua hari lepas..diulangi..dua hari lepas.. tapi hari ni baru terhegeh-hegeh nak menjawab.. sory yer dik.. akak bukannya apa, kalau dah penyakit al-malas nak meng'hapdate' ni datang, akak layankan jer..hehe.. pastu time rajin pulak nak kena berperang dengan anak2 berebutkan laptop..ekekeke.. mana taknya sorang nak main games, sorang nak tengok youtube..papanya pulak sibuk nak berfesbuk.. nampaknya lepas ni kena beli laptop sorang satu la no..hihi

Oklah nak jawab soklan dari Suya > KENAPA BLOG? bagus soklan ni..10 markah untuk suya.  Pasal apa ek aku wat blog ni ? emmm..jap nak pikir..

Kalau diimbas kembali sejarah akak berblogging ni bermulanya DI SINI ataupun korang tengok kat sebelah kiri tu aku ada tulis kan sebab apa aku berblogging ni.. masih ingat pertama kali aku menulis di blog ni pasal pemergian abah.. masa tu aku berasa sedih sangat dan aku berasa ingin meluahkan dan berkongsi perasaan ku di tempat yang sepatutnya..maka di sinilah penulisan ku bermula..itu pun anak sedara ku yang umur 13 tahun yang ajar.

Ekceli aku langsung tak tau apa2 pasal dunia blog ni..seriyes aku datang dengan '0' tapi dek keberanianku menerjah dan menggodek sendiri perihal dunia blog ni maka jadilah aku blogger picisan yang hidup segan mati tak mahu ni..huhu. Kadang-kadang aku malu jugak dengan blog ku ni.. entry rasanya banyak yang 'sampah', bahasa pulak tunggang langgang.. orang baca entahkan paham entah tidak..huk~

Apapun setakat ni semangatku untuk berblogging ni belum luntur. Sebab? Korang semualah sebabnya..korang lah yang menggembirakan ku bila mana aku dapati penulisanku ni boleh di terima. Bukti? dari adanya komen dan sapaan mesra setiap kali aku bukak blog ni. Dengan bilangan followers yang bertambah membuatkan aku tak sampai hati pulak nak tutup blog ni..walaupun pernah ada niat. Dari sini jugak lah baru ku tahu bahawa xtvt berblogging ni sangat menarik dan menghiburkan bila aku dapat ramai kawan yang sangat baik dan mesra walaupun kami tak pernah bersua muka yang rajin bertegur sapa di blog ku ini.

Blog pasal duit?? oh, rasanya tidak..walaupun ada iklan Nuffnang diblogku ini. Aku sendiri pun tak paham konsep iklan dan duit nuffnang ni.. lagipun trafikku bukannya bagus sangat.. alah, berapa kerat jer  orang yang baca blog ni, itupun berdasarkan bilangan followers yang aku ada.. cuma time aku rasa nak share kat fesbuk aku tu aku letak jer la link kat situ..kasi up trafik tu kan..

Hmm..rasanya dah panjang lebar dah berceloteh di entry ni. Nak tag orang lain la pulak..sila jawab yer teman-teman bloggers sekalian :)


Tq.

5 comments:

me suya said...

thnx kak nur
heee berblog secara ikhlas ni best
takyah fikir traffic or what so ever.
yang pasti kalau yg suka dtg blog kite.. datang jugak.Suya tak fikir sgt pun traffic ni.. kalau rasa rajin baru blogwalking..sesambil tgk entry orang..

hans said...

biasalah dlu
den dlu pun tak tahu apa2
lama2 belajar sikit2 skrg tahu lah sikit2
hehehehe

P/S : Jom Baca Episod Baru Siri Antara Dia, Kau Dan Aku

Ina said...

tie..k ina keno jwb bakpo suko berblog deh..?nnti free k ina jawb ekk..:))

BLADE EDGE said...

salam akak..

tq utk tagging.. setuju jugak dgn me suya.

kdg2 kalo fikir sgt psl trafik blog ni, jd mcm x ikhlas pulak, xjujur pun ya jugak...kalo stakat org promote tu, saya hargailah..maybe they think something good about me :-)

bg saya la, tulis blog ni mcm buka kedai. kalo ramai org rasa kedai kita jual brg elok, layanan ok, servis ok, maka akan ramai la yg akan dtg. xsemestinya tunggu time ada diskaun or year-end-sale baru ramai akan dtg ke blog kita ni..contohnya blog bom321, telordibasuh, BA, blog mazidulakmal..

knapa blogging? bg saya, utk interchange of information..utk cari ilmu dan sebarkan ilmu dlm byk aspek/tajuk..org kata, secara 360 degree la..saya suka dgn bahan2 ilmiah dan bahan2 bacaan.. kalo boleh, saya nak juga share dgn readers pengetahuan2 yg org jarang ambik tahu or xtahu..semuanya saya sebarkan thru blog saya...

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

orite ear sis.. nnt fifiey buat tauu.. :)

thanks for the tag!