nuffnang

Saturday, December 25, 2010

Holiday @ KL - Day 2: Sunway Lagoon

Semalam pegi Sunway Lagoon. Best giler korang. Anak-anak kemain hepi lagi. Maklumla dah lama tunggu acara yang dijanjikan ni. Sejak awal cuti skolah lagi diaorang dah request nak ke sana. Jadi mama dan papanya ikut kan ajelah. Kebetulan autie hubby ku nak join skali ngan family dia. So bestla dapat pegi ramai-ramai kan..

Seawal jam 9 pagi kitaorang dah bertolak ke sana. Mula-mula sampai tu kemain pening nak cari parking dia kat mana. Sebab kete ku terus masuk kat tingkat atas dalam Sunway Piramid tu. So pening la sekejap nak cari jalan mana nak turun ke tempat parking kat bawah tu. Finally jumpa jugak..Alhamdulillah. Kiranya waktu yang tepat la sampai ke sana. Dalam awal kul 10 gitu. Jadi dia baru bukak dan takdelah nak kena que panjang nak beli tiket semua. Ekceli kitaorang dah beli tiket online awal2 lagi. My hubby ambik untuk package 3 park skali masuk that is amusement park (segala bagai permainan kering/basah), wildlife park (lebih kurang zoo kecik la) dengan wet park (taman tema air).

Masuk tu kitaorang terus pegi tempat wildlife dulu. Tapi tak rata jalan2 kat dalam tu. Sebab jauh dan takut tak cukup masa la (takut petang ujan). So kitaorang jenguk2 rimau dengan burung je pastu terus pegi kat amusement park. Main segala bagai permainan seme family aku panjat. Seronok giler korang. Kami sekeluarga main semua permainan dalam tu. Best..best..best. Ada game yang rasa nak luruh jantung pun ada. Aku tak berapa hafal la pulak nama mainan tu tapi yang aku ingat kitaorang naik merrygoround, kasut yang pusing laju2 tu, keretapi yang jalannya aku rasa cam nak jatuh dalam gaung, naik pelampung bulat round tasik sampai kitaorang abis basah kuyup, naik perahu yang panjat bukit, masuk gua gelap pastu dia buat terjunan menjunam bagai nak mati rasa semua.. heee.. macam-macam lah..best siott..

Layan main sampai tengahari. Pastu pegi solat zohor, makan, tukar baju dan masuk ke water park.. main air pulak lagi sampai petang. Naik gelongsor tinggi, berenang kat beach  dan tasik buatan..belayar naik pelampung, macam-macam lah..sampai naik letih dan lapar semua..hihi..

Arini semua dah pancit..tak larat dah nak kua jalan..kena rest dulu..letih sangat-sangat..semuanya tertido sepanjang ari dalam umah ni kecuali adik aktif cam biasa..hehe..tak reti penat sungguh budak ni. Dah la semalam tak takut langsung dia naik semua mainan tu (Mamanya ada jugak yang tak naik pasal takut..hihi). Betis aku punya la sakit ari ni sampai tak larat dah nak jalan.

Ok..jom layan gambar masa kat sana..banyak sangat gambar sebenarnya. So aku letak sikit-sikit je. Kalau larat aku upload lagi k..

















Friday, December 24, 2010

Holiday @ KL - Day 1

Dah kul 11 malam la. Mata dah ngantuk giler dah ni. Tapi gagahkan mata  jugak sebab nak bukak blog. Nak check la konon kot2 ada pelawat dan komen yang ditinggalkan oleh korang kan. Bila bukak blog ni..wahh...terharunya rasa..ingatkan takde orang yang sudi menjenguk blog aku yang dok besh langsung ni..rupa-rupanya ada jugak korang yang sudi merindui dan menjengukku disini..*terharu* (ceh,..perasan la pulak.. lempang sebijik baru tau..hehe) tq ye kakak2, adik2, pakcik2, makcik2 (ada ker?) yang sudi menjenguk dan meninggalkan jejak di blog saya ini..

Letih sangat la rasanya dua hari ni..sebab? penat berjalan kot. Eh? kata cuti? iyee..cuti a.k.a bercuti. Bawak anak2 mai KL. Dah school holidays pun dah nak abiskan. Rabu lepas sampai sini. Alhamdulillah..selamat sampai walaupun masa bertolak awal pagi tu (kul 7.30 pagi) dari KB hujan turun dengan lebatnya. Sampai KL dalam kul 4 petang tu pun disambut dengan hujan yang amat lebat lah jugak. Ingatkan kat negeri ku je kena musim hujan ni rupa2nya KL pun sama gak (family kat sini citer asal petang je ujan kt cni..huk~

Day 1- semalam pegi 'warming up' kat jalan TAR dengan KLCC dulu..program biasa aku sefamily kalau datang sini..hehe.. gila kentang putar  betul kalau datang sini..beli apa? Tudung ler.. apalagi kan.. Aku borong terus sampai 10 lai  skali beli kat satu kedai situ..hehe..termakan jugak dengan ayat godaan  budak tu..dah dia kata 'beli borong ler kak murah..' so pikir-pikir betul jugak ek..hmm..lagipun tudung kat kedai tu memang murah dan berkualiti la aku rasa.. lebih kurang jer dengan kain kat kedai yang berjenama tu.. ala yang bini Mawi AF3  jadi model dia tu la..hihi.. Dia punya material pun bagus jugak. Sedap pakai. Jadi tak nyesal lah beli walaupun dah terkopak beg duit ku pada hari pertama di KL ni..hikhik..


uiihh..banyaknya tudung2 yang aku berkenan ni.. nak pilih yang mana satu ni ek..semua berkenan ni..silap aribulan beli satu kedai ok jugak ni..hihi

jeng..jeng..jeng..tengok tu..banyak kat tangan tu... susah la kalau dah gila shopping nih.. tak dapat ditahan-tahan..huaaa..

Kalau diikutkan memang panjang lagi aku nak bercerita ni tapi mata ni dah al mengantuk bangat la uols.. jadi apakata kita sambung citer esok2 la pulak okey..mata ku dah stim garfield ni.. adios..gud nite. Wassalam.

Tuesday, December 21, 2010

Bye Bye Work..


Everthing is completed
All work has been resolved
Meja kerja sudah dikosongkan..
Harap-harap me dapat bercuti dengan tenang

Masa untuk berjimba dengan anak-anak
Beriang ria dengan keluarga
Semoga semua rancangan berjalan lancar
Selamat pergi dan selamat balik
Doakan kami sekeluarga ye kawan-kawan

Chopp!!
One more thing
No more phone calls
During I'm on leave
Okey?! :P



Bye-bye work
Bye bye blog
Bye bye FB

Kalau sempat me hapdate.. ok?

Kenanganku Sebagai Blogger


Hallloooo kengkawan? korang sihat? aku ok jer..harap-harap korang pun sihat dan baik-baik sayang  aje ek.. Ekceli semalam aku terrrtengok segmen ni kat blog BA. Tapi dah tak larat la nak taip masa tu.. mata dah ngantuk giler.. dah stim garfield gitu.. hihi.. So pagi ni baru aku buat benda alah ni. Tak tau la BA dah tutup ke belum.segmen ni..harap2 sempat lagi la join En Ben ek..
  1. Tarikh lahir blog anda ..
    -Merujuk kepada 1st entry daku iaitu 16 Oktober 2010..baru 2 bulan lebih jer beb..huhu
  2. Punca kelahiran blog anda
    -Seperti yg kunyatakan di profile ku..bagi mengenang pemergian ayahanda tercinta ke rahmatullah pada 8 Oktober 2010 :((
  3. Orang pertama yang jadi follower anda
    -Kazen aku Puteri Nuur .. sebab aku pn ada mintak ilmu ngan dia masa mula-mula nak jadi blogger tu..
  4. Entri pertama anda sebagai blogger
    -Abah Pergi Buat Selamanya.. klik SINI kalau nak baca (tapi jangan nangis lak ek)
  5. Entri pertama anda yang mendapat banyak komen /hits
    -Segmen BA jugak > JOM BERKENALAN..KHAS BUAT BLOGGER BARU.. tak banyak sangat pun..dalam 16 komen jer..tapi yang best follower bertambah beribu-ribu lemon masa ni..hikhik..
  6. Blogger pertama yang anda jumpa ..
     -errr..lupa lah..jangan mare..
  7. Blog yg anda minat ..
    -Banyak..terutama blog yang simple, kemas dan menarik..seme blog yg aku follow kira aku sukalah!
  8. Ceritakan kenangan manis anda sebagai seorang blogger
    -Dapat rakan-rakan baru yang best gitu..yang mesra, yang rajin komen malah bleh jadi macam adik kakak pulak kat sini..hehe
  9. Ceritakan kenangan pahit anda sebagai seorang blogger
    -So far takdelah.. harap-harap pun lepas ni takde jugak..tak nak la yang pahit-pahit tu..buang jauh-jauh..
  10. Impian anda terhadap blog anda ..
    -Harapan tu takde la tinggi sangat lagipun aku bukannya pandai menulis pun cuma harap-harap akan dapat lebih ramai kawan/followers pada masa akan datang..amin.

Monday, December 20, 2010

Laparrrr...

Selamat tengahari kengkawan..mesti korang tak mengadap blog masa ni kan? mesti korang tengah keluar makan ni... tinggal aku je dalam opis ni sorang2.... huaaaaa*meraung guling2* .. lapar laaa... nak makan..

ceh! macam la pagi ni tak makan.. padahal dan bantai nasik sebungkus..tak reti nak berdiet ke aku nih? tapi nak kua cari makan pun malas jugak.. ah, kira dietlah..hik hik..(padahal perut tengah berlagu ni.. lagu keroncong  untuk ana, irama malaysia, rock, rap, seme ada...huhu)

Kalau lah ada orang yang anta benda ni kan bagus tambah2 time lapor giler camni...huk~
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
aiyarkkk...kehepsi..tak bleh tahan!

mmmmmmm....bahagianya kalau dapat gonjeng ayam kehepsi time lapar camni (dengan bekas2 dia skali aku ngap..hehe.. rakus non ado) ..takpe.. takpe.. balik nanti...ini malam gua mintak sama itu abang belanjakan...boleh ek abam? yessszzaaa...*nampaknya telan air liur je la aku tengahari ni* kuang3..padan muka..dah malas sangat..nak carik makan isi perut sendiri pun malas..:P

Sunday, December 19, 2010

Janganlah Terlalu Berkira

Saya mintak maaf
sebab tak dapat luluskan claim awak
Saya bukannya bos yang berkira dan kejam
tapi saya rasa memang saya tak patut bagi

Sebab?
saya punya alasan yang kukuh
awak sering keluar semasa waktu kerja
atas urusan peribadi
tapi kat situ awak tak kira yang gaji awak
sedang berjalan, bukan?

Tapi bila awak datang bekerja pada hujung minggu
1 minit pun awak nak claim
patut ke awak rasa?
dan patut kah saya bagi?

Jadi saya rasa
ada baiknya awak anggap
yang awak datang untuk kerja itu
adalah sebagai menggantikan
masa kerja awak yang telah awak 'hilangkan' itu
dan bukannya sebagai KERJA LEBIH MASA

Saya harap awak faham..

Saturday, December 18, 2010

Jalan-jalan Perabis $$$

Hehehe..lawak je rasa tajuk n3 aku ni..saja jer buat gempak sekali sekala
ekeceli nak bercerita hari minggu ku semalam
macam biasa kalau weekend tu musti tak dok umah nyer
ada-ada je perancangan aku ngan hubby bawak anak2 keluar 
jalan-jalan cari makan or beli apa2 yang patut 
(tapi memang byk beli yg x patut..hehe)

Dah cuti sekolah pun dah nak abiskan
so me n hubby pun planning la nak membeli belah
keperluan sekolah anak-anak
since minggu depan dah nk gi holiday
so kena la siapkan keperluan tu awal2 kan..

Jom layan gambar semalam...zzaaaassss..

 aiikk?? apa kena pulak dengan pic ni? kata gi beli stationery? 
alih2 kedai spek pulak? hihi..

ni lar aku nak cerita..tak pasal2 aku gatal nak buat spek baru masa 
 sampai kat situ semalam
kononnyer sebab ada sales..hik hik...

 Tarraaaa...amacam?? cun tak? jangan kata tak cun yer kengkawan..kang aku menangis pasal dah zzaasss spek ni..
tak pernah lagi aku wat cermin mata yang cerminnya harga sampai RM650 (tak termasuk harga bingkai tuu)..tapi semalam aku tergoda juga dek godaan salesgirl kat situ...huhu..
oopps..sila abaikan pose yg sexy dibelakangku iteww..

 ni spek yg aku pakai loni..rasa cam nampak tua pulak..
tu yang gatal nak wat yang baru..

 Oklah..dah selesai bab spek mata mama..jom pi beli stationeries..dah bising dah budak2 ni..tak senang duduk selagi tak dapat yang diaorang nak..

ni la kedai favourite family aku...SMO. Suka datang sini sebab macam2 ada..lagipun susunan barang-barang dalam kedai ni sentiasa nampak cantik, bersih dan kemas. :)

cantikkan? tengok tu..macam2 pen ada...

 sesi pilih memilih oleh dua beradik ni..papanya tukang layan

 amboi adik..sempat lagi nk pose yer..tunjuk kasut baru tuu.. :P


 tengok tu..nak kaler yang besar-besar bagai..sampai 2 kotak skali...dah..jangan ngader..ambik satu je..adik kan baru masuk tadika..

 layan pa jangan tak layan..mama dok jauh2

 eh2..sedapnyer memilih..bakul tak penuh lagi tuu..


 ma, adik nak yg ni..pencil case rapunzel siott..

 abih semua nak masuk bakul..adik mana pakai pen? adik kan baru tadika..hihi

 abang nak buku cerita la pulak..papa kata ok..

 sesi membayar sudah..

Ok..dah..takyah pikir lagi pasal barang-barang back to school..baju dengan beg sekolah semua dah beli awal-awal..takde la nak berebut-rebut masa shopping dekat-dekat nak bukak skolah nanti..senang kan? buat persiapan awal...

Sebelum balik pi minum2 dulu kat A&W..dah lama tak masuk sini..asyik layan kehepsi ngan Mc D jer..

Berebut di mana-mana..nak makan eskrim pun berebut..hihi

Takuttt...

Korang percaya tak? aku skrang tengah dok dalam bilik aku kat opis sorang-sorang ni..ari ni kan seme orang cuti..ntah penyakit apa buat aku tetiba rajin nak datang keje pulak ari cuti ni. Nak siapkan keje lar konon pasal minggu depan aku mau cuti panjang.Hujan lebat giler kat luar ni. Sampai tak dengar apa-apa pun. Korang bleh bayangkan la camana perasaan aku skrang ni kan? Harap2 CC aku cepat lar sampai..janji kul 11.00 tapi skarang dah 11.20 minit dia tak sampai lagi. Cuak aku dok sorang-sorang ni..sekali.....huaaaa...makkkk..orang takut lah!! Ok..positif2..takde apa2..tarik nafas dalam-dalam..baca apa-apa yang patut...

Thursday, December 16, 2010

Bibik aku bisa urut.. bibik kamu?


"Aduuhh..sakitnya kaki puan ini...T, kamu bisa urut tak?

"boleh aja puan"

"kamu urutkan kaki saya ni, saya rasa sakit la.."

Maka tanpa membantah bibik aku pun mencapai minyak lalu mengurut kaki ku sesedap rasa..

"sedap kamu urut..pandai jugak kamu ya..kamu ada keturunan ke?"

"ada puan..sebelah nenek saya"

"ooooo..."

PN:: lepas tu hampir tiap-tiap malam siti jadi tukang urut ku.. tak payah la aku gi SPA kerap-kerap lagi lepas ni.. jimat duit aku..hehe..

Eksiden..

Srreeetttt...dduuumm!!! aku jenguk dari tingkat atas bilikku..hah? eksiden ke? tapi tak nampak pape pun..tak lama kedian nampak la 2 bijik kete slow-slow masuk ke tepi..sah-sah la dua bijik tu yang eksiden nih..satu kenari satu kancil..hmm..nampak gaya macam sang kancil sudah mencium bontot sang kenari..oooo..baru aku nampak..bumper kenari tu runtuh sudah.. bleh tahan la jugak..

Skodeng lagi kat tepi tingkap..maka keluarla si driver dari kete masing-masing dengan poyonya... ooo.. pompuan kedua-duanya.. patutla eksiden.. hehe..pompuan sama pompuan bawak kete... patut lar...kihkihkih.. jahatnya aku nih..gelakkan orang la pulak..(padahal aku pun pompuan jugak..tapi tak penah lagi drive sampai cium bontot kete orang aaa ;) 

Sambung citer..maka kedua-duanya sibuklah dok membelek kete masing-masing..kancil tu nampak macam tak jejas tapi sang kenari tu la yang teruk..dah dia yang kena cium kan.. pastu sibuk la pulak nampak kedua-duanya dok menelefon..dalam 20 minit kemudian sampai la wakil keluarga masing-masing (aku agakla..sebab bukan polis yang datang..hehe)..nak settle la tu kot..

Huh..lenguh ah dok skodeng ikut tingkap jer nih..bukannya aku reti nak tolong pun...baik aku masuk..layan mata lagi besh petang-petang ni...zzzzzz....

Wednesday, December 15, 2010

Korang tau tak pasal Windows Live Writer?

Salam Uolls..

Korang tau tak pasal WLW nih? aku ada terbaca kat blog Ben Ashaari yang penggunaan WLW ni memudahkan bloggers menulis sebab takyah tunggu lama nak upload picture, buat draf dan sebagainya. Aku dah try install tapi tak jadi la..sebab username dengan password tu takleh masuk. Aku tak paham username yang mana yang dia nak aa? ke kena setting apa2 kat blog kita dulu baru bleh guna? tolong kongsi ilmu kat sini sket yer teman-teman..sian aku yang buta IT nih..hehe..

Tuesday, December 14, 2010

Bz yang amat..


I hate December! ceh..speaking london konon..ngeh3..
yaaa..memang aku mencik bulan terakhir hujung tahun ni
banyak kerja nak kena settle
banyak report nak kena submit
banyak dokumen nak kena sign
banyak borang nak kena isi

aduhhh!!!
kalau lah ada kaki dan tangan tambahan atau yang boleh dipinjam-pinjam
rasanya nak jer digunakan time-time kesuntukan sebegini
ker ada sapa nak tolong bantu aku?
meh sini meh..
nanti aku blanja makan ABC.. nak? ;)

P/s: aku hapdate time rehat nih..

Monday, December 13, 2010

Trima Kasih Dian..It's sooo sweet..i loike!

You Are Sweet Blogger Like Candy la  Cik Nani .. sweet sangat sebab yang sudi memberi award kepada semua rakan2 blogger dia...

Dan.....

terima kasih DIAN ye sebab forwardkan award ni untuk akak..lebiu bebeh..mmuaahh!!









Bila Tangan dah Gatal..



Inilah  rupa blog baru aku
totally change 100%

biasalah..
jenis tangan tak leh diam kan

tetiba jer semalam rasa nak tukar design
sebab yang lama tu rasa cam blog budak skolah jer
gadjet pun berterabur sana sini
so aku buat la pembaharuan sikit
adakah lepas ni akan berubah lagi??
kita tunggu dan lihat jer la ek..

PN:: sebab tangan ni selalu gatal..hikhik..

Sunday, December 12, 2010

UNDER CONSTRUCTION!

MY BLOG IS CURRENTLY UNDER CONSTRUCTION.. 
SILA KLIK 'X' SEBELUM MATA ANDA BERPINAR-PINAR DI SINI

^_^

Mayat Tidak Reput

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : ‘Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?’
Maka jawabnya Rasulullah saw ‘Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’.’ Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. 

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu ‘itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN’ mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian’ Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

‘ Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ‘

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
‘Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.’

PN:: Adakah kita akan tergolong di dalam golongan itu? renung2kan & selamat beramal..

Saturday, December 11, 2010

PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH?


Tak nak miss segmen BEN ASHAARI yang ni memandangkan dah beberapa kali terlepas pandang dengan beberapa segmen anjuran BA sebelum ini. Thanx sudi singgah dan baca di sini yer kawan2..jangan lupa komen sekali, tq.
  1. Sila ceritakan dari mana korang boleh dapat nama blog korang tu.
     -Kalau nak diceritakan dah berapa kali tukar nama blog ni masa mula berblogging 2 bulan lepas tapi akhirnya jadilah nama blog ni sebagai 'PRINCESS NUR IN DA HOUSE'  selepas dikaitkan dengan username aku kat fesbuk!


  2. Apakah maksud disebalik nama blog korang ..
    - Disebalik nama blog ni sudah tentulah ingin berkongsi kisah diriku dan apa saja yang ingin ku kongsi dengan readers sekalian ^_^

  3. Siapa orang kuat blog korang tu ..
    -Sudah tentulah diriku sendiri sebagai pengemudinya dan rakan2 semua yang membaca blog ini sebagai pembakar semangatnya.

  4. Angan angan terhadap blog tu ..
    -Nak jadikan blog ni MANTOP dan MALATOPS seperti blog En Ben! * mampukah?? ;) *


  5. Kalau nak tukar nama blog , korang nak tukar nama apa ..
    -Tanak tukar dah kot.. buat pening kafla je nak pikir nama baru.

  6. Kalau berkemampuan , korang nak iklankan blog korang tu kat mana ?
    -Kat blog blogger yang mantop macam BA, Red Mummy, Hanis Zalikha, majalah2 hiburan, suratkhabar metro, kosmo, bla..bla..bla...

  7. Blog yang pastinya wajib korang singgah setiap hari .. Satu je yeer ..
    -Of kos lah Blog BEN ASHAARI! port lepak ku disitu sambil minum kopi.

  8. Sila lengkapkan .. SAYA SUKA BLOG SAYA KERANA IA ADALAH BLOG SAYA DAN BUKANNYA BLOG ORANG LAIN DAN DISINILAH SAYA BERKONGSI SEGALA-GALANYA DENGAN ANDA..

Fuh..nasib baik tak blacklist..


Tiba-tiba terlintas untuk menyemak status pinjaman PTPTN yang lepas..al maklumla masa study dulu bergantung pada loan PTPTN ni la untuk survive kan..

Bila buat semakan tu maka keluarlah resultnya yang sebegini (klik untuk tumbesaran yg nyata)
-
-
-
-
-


Fuuhh..lega Alhamdulillah...ni nak kena jaga rekod ni..dah ter'missing' bayar beberapa bulan dah dalam tahun ni. Bukannya tak nak bayar tapi TAK INGAT..hehe..

Kenapa Blog?

 Selamat Petang Semua...

Petang2 ni best jugak kalau ada goreng pisang ke, jemput-jemput ke atau kuih muih penyedap mulut ni..amboi-amboi, asyik pikir nak makan jer aku ni ek?! patutla berlemak jer sana sini. tapi nak bersenamnya malas..hishh..

By the way ini tag kedua dari blog ME..SUYA yang aku kena jawab dua hari lepas..diulangi..dua hari lepas.. tapi hari ni baru terhegeh-hegeh nak menjawab.. sory yer dik.. akak bukannya apa, kalau dah penyakit al-malas nak meng'hapdate' ni datang, akak layankan jer..hehe.. pastu time rajin pulak nak kena berperang dengan anak2 berebutkan laptop..ekekeke.. mana taknya sorang nak main games, sorang nak tengok youtube..papanya pulak sibuk nak berfesbuk.. nampaknya lepas ni kena beli laptop sorang satu la no..hihi

Oklah nak jawab soklan dari Suya > KENAPA BLOG? bagus soklan ni..10 markah untuk suya.  Pasal apa ek aku wat blog ni ? emmm..jap nak pikir..

Kalau diimbas kembali sejarah akak berblogging ni bermulanya DI SINI ataupun korang tengok kat sebelah kiri tu aku ada tulis kan sebab apa aku berblogging ni.. masih ingat pertama kali aku menulis di blog ni pasal pemergian abah.. masa tu aku berasa sedih sangat dan aku berasa ingin meluahkan dan berkongsi perasaan ku di tempat yang sepatutnya..maka di sinilah penulisan ku bermula..itu pun anak sedara ku yang umur 13 tahun yang ajar.

Ekceli aku langsung tak tau apa2 pasal dunia blog ni..seriyes aku datang dengan '0' tapi dek keberanianku menerjah dan menggodek sendiri perihal dunia blog ni maka jadilah aku blogger picisan yang hidup segan mati tak mahu ni..huhu. Kadang-kadang aku malu jugak dengan blog ku ni.. entry rasanya banyak yang 'sampah', bahasa pulak tunggang langgang.. orang baca entahkan paham entah tidak..huk~

Apapun setakat ni semangatku untuk berblogging ni belum luntur. Sebab? Korang semualah sebabnya..korang lah yang menggembirakan ku bila mana aku dapati penulisanku ni boleh di terima. Bukti? dari adanya komen dan sapaan mesra setiap kali aku bukak blog ni. Dengan bilangan followers yang bertambah membuatkan aku tak sampai hati pulak nak tutup blog ni..walaupun pernah ada niat. Dari sini jugak lah baru ku tahu bahawa xtvt berblogging ni sangat menarik dan menghiburkan bila aku dapat ramai kawan yang sangat baik dan mesra walaupun kami tak pernah bersua muka yang rajin bertegur sapa di blog ku ini.

Blog pasal duit?? oh, rasanya tidak..walaupun ada iklan Nuffnang diblogku ini. Aku sendiri pun tak paham konsep iklan dan duit nuffnang ni.. lagipun trafikku bukannya bagus sangat.. alah, berapa kerat jer  orang yang baca blog ni, itupun berdasarkan bilangan followers yang aku ada.. cuma time aku rasa nak share kat fesbuk aku tu aku letak jer la link kat situ..kasi up trafik tu kan..

Hmm..rasanya dah panjang lebar dah berceloteh di entry ni. Nak tag orang lain la pulak..sila jawab yer teman-teman bloggers sekalian :)


Tq.

Mari berlari-lari @ BlogLarian


Banner BLOgLarian

 Salam 1 Malaysia...

Uolls buat apa cuti hari ni? mesti semuanya tengah syok tu pasal ari ni cuti kan? time cuti ni la boleh rehat memanjang sket..btw make sure uolls dapat rehat yang cukup sebab esok lusa nak kena back to office atau pun kalau ada adik2 yang masih study tu haruslah masuk ke kelas semula kan..

Oklah, tanak ngomel panjang2 disini pasal akak dah kena tag oleh adik SUYA dari nun jauh diutara untuk jawab tag ni.. Syarat-syaratnya ialah :

1- Menjadi Follower BLogLarian..OK

2- Melengkapkan Slogan *aargghh..tenat nak kena pikir nih*

" Saya suka berblogwalking kerana saya memang suka membaca entry orang sampai blog saya sendiri tak ingat nak hapdate..kat blog orang lain jugak saya banyak dapat info, dapat mengenali pelbagai spesis manusia dan macam2 benda yang saya jumpa kat blog orang lain yg takde kat blog saya.."

hehehe..boleh ker camtu? :P

3- Tag 3 orang :: ada yang sukarela ke? silakan2...

4- bagitahu tag melalui komen :: ok after dis ek *tangguh lagikk*

5- Tinggalkan link post bersama nama blog :: Okess

Amacam?? Dah siap rasanya ni..boleh la kan? kejap jer buat rupanya..bukannya susah pun..ngeeee...

Friday, December 10, 2010

Tak Dapat Tido



Aaaarrrgghhh..
Jam sudah menginjak ke pukul 2.08 pagi sekarang
tatkala ini aku masih pening-pening lalat
puas kucuba pujuk mata ni tak mau lena la pulak
orang kelate kata 'tak jenero'

dah lama keadaan macamni tidak berlaku pada diriku
tapi aku tau malam ni kenapa
sebab macam2 benda bersawang dalam kepala aku sehari dua ni
terutama pasal kerja

mujurla esok cuti (mingguan)
kalau tidak kepeninganlah aku
jadi burung hantu la malam ni nampaknya T_T


jom lawan tenung..nak?? :P

Thursday, December 9, 2010

abc 1st contest


 Salam teman-teman..

waduh2.. tetiba rasa kepingin sekali untuk nak join contest akak ni sebab nampak macam senang bangat seh..hihi (padahal jawapannya yang susah bangat tu..)

Okeh..enggak mau bicara panjang2..terusnya ke isi nya ya teman-teman..

1. korang kena teka berapa bijik karipap dalam dulang kat dalam gambar tu.
*dulang hijau, yang paling atas je ye!*
-Hmmm..rasanya dalam 125 jibik bijik kesemuanya..amacam kak? btul tak? betul la tu..ngeee~..nak hadiah?!

2. dah tau berapa? buat satu entri pasal contest *abc* nih, kasi iklan sikit la kan..

>ho..ho..hoo yang ni susah jugak sih..tapi enggak mengapa..aku cuba yer kak..

*baca dalam versi bahasa indon ya*

Pada pengamatan saya, belog 'akubersamacahya' a.k.a ABC ini tersangatlah CANTIK, MENARIK dan TERTARIK' kau memang da bom gitu..di belognya juga ada bermacam blink2 yang bisa mencerahkan mata ini. jugak bisa menghilangkan rasa mengantuk di kala sore sekiranya kita mengunjungi belognya (apa aku merepek ni?.hak2)

Jikalau kamu semua enggak percaya apa kata kita beramai2 pergi menyerbu blog akak kita tu SEKARANG. .. ayuh!! Nampaknya dia udahpun menggoreng karipap kat dulang tu untuk kitak semua.. T_T

Oppss...teman2 semua!! kalian jangan lupak ya join contest ini..hadiahnya jugak lumayan..kakek ini udah menelfon ku tadi..haha *jangan mare ye kak*

adios..